Catatan Kembara #236 : 11 Tips Masuk Imigresen UK Dengan Lancar

Catatan Kembara #236 : 11 Tips Masuk Imigresen UK Dengan Lancar

Mahu dijadikan cerita. Sepatutnya kami bertemu di airport Keflavik, Iceland jam 3 petang. Tetapi mereka tidak muncul.

Rupanya tetamu aku 5 orang ditahan dan disiasat di Gatwick Airport London. Sekitar jam 6 pagi sehingga terlepas penerbangan seterusnya ke Iceland.

Ditahan adalah kerana tidak dapat jawab soalan imigresen! Huhu.

Aku cuma mahu share sedikit. Mana tahu musim cuti sekolah ini, ada yang mahu berjalan ke UK.

Tip #1. Bila masuk ke kawasan Border Control, untuk Malaysian pilih lorong Non-EU. Lorong EU untuk warga Eropah dan Swiss. Ada satu lagi lorong ePassport Gate, sama seperti Malaysia. Orang Malaysia boleh memohon Registered Traveller menggunakan ePassport Gate jika selalu keluar masuk UK lebih 4 kali dalam masa 24 bulan yang lalu.

Pilih lorong betul-betul

Tip #2. Imigresen UK ni memang strict sedikit. Bukan garang, cuma standard prosedur biasa, dia akan tanya beberapa soalan sebelum dia cop paspot dan bagi kau masuk UK.

Tapi sikap kita pun kena betul juga. Mulut mesti manis dengan pegawai imigresen. Senyum sikit. Berdirilah dalam kotak yg disediakan depan imigresen dan bersedia depan camera tanpa disuruh berbuat demikian.

Beratur bersama jika kita datang secara berkumpulan. Ini lebih memudahkan, dan kebanyakan imigresen tidak syak kita ini ingin bekerja di UK. Kerja apa ya ramai-ramai kan?

Tip #3. Ucaplah Good Morning atau Hello.  Meletak tangan diatas kaunter imigresen seperti beli tiket wayang tidak sopan. Berdiri tegak sahaja.  Buka topi atau spek mata hitam. Buang semua penutup kepala jika boleh. Yang berniqab bukalah bila diminta. Bukan Islamphobia, cuma ada juga orang di Birmingham ditahan sekejap sebab bertudung.

Hulur passport cara baik, buka passport holder. Jangan campak begitu sahaja. Kecuali sudah menjadi Registered Traveller, isikan landing card terlebih dahulu. Landing card juga biasanya diedar dalam flight ke UK. Kalau tidak tahu isi, kebanyakan staf disitu boleh membantu. Yang penting  ringan mulut.

Landing card. Bawa pen sesiap, senang untuk diisi.

Jangan lah sibuk cari Wifi free atau asyik layan IG, FB atau Whatsapp. Simpan hanpdhone elok-elok.

Tip #4. Soalan popular seperti tujuan datang UK, stay di hotel mana, mahu jalan ke mana. Atau kekadang dia nak tengok tiket balik Malaysia. Atau mungkin dia mahu tengok itinerary trip atau berapa tunai di tangan dan kalau ada kad kredit boleh tunjukkan juga.

Ada kes di Australia, imigresen minta tunjuk payslip! Haah.. Tapi tiadalah soalan KBAT dia tanya. Soalan biasa yang mesti tahu jawab.

Tidak perlu kita terlebih peramah. Takut tersalah cakap pula. Cuma jawab apa yang ditanya.

Tip #5. Bila dia minta bukti, tunjukkan. Jadi pastikan semua dokumen perjalanan dipegang dalam tangan. Contohnya print siap-siap tiket balik Malaysia. Atau simpan dalam handphone. Bila imigresen mahu tengok, tunjuk sahaja. Jangan simpan dalam bagasi, apatah lagi kau pergi masukkan dalam beg check-in. Pengsan!

Bagi warga tua, ada juga ditanya tentang travel insurance. Bukan apa, UK memang tidak suka health tourists bila ramai datang musim cuti ambil kesempatan atas sistem kesihatan UK, lebih lagi di London. Tanpa health insurance, apa-apa masalah kena bayar. Bukan murah boi!

Tip #6. Soalan itu tidak susah, dijamin boleh jawap kalau kau ambil peduli tentang trip. Ada kita yang jenis follow saja, bayar duit, kemudian semua kawan buatkan. Ada kemungkinan tidak dapat jawablah.  Dapatkan maklumat sebanyaknya dari Tour Leader ya.

Tip #7. Kalau kau tidak tahu atau tidak pasti, cakap dengan dia yang kau mahu check dulu. Carilah dokumen yang sepatutnya. Jangan gelabah dan cepat sangat angkat bahu tidak tahu.

Tip #8. Bila kita tidak faham soalan, suruh orang imigresen itu ulang. Kadang-kadang English British memang berhabuk sepatah pun susah untuk faham. Bila tidak faham, jangan pula kau angguk geleng sahaja.

Tip #9. Dia akan ulang soalan. Kalau masih tidak faham, suruh dia cakap perlahan sedikit. Mungkin dia akan tunjukkan apa dokumen dia mahu. Jika perlu, boleh sahaja minta translator. Bukan satu masalah.

Tip #10. Yang penting, tunjukkan yang kau tahu apa kau buat. ‘Kondifen’ sikit. Lagi kau menggelabah, lagilah dia suspect. Imigresen ini bukan peduli, kalau dia tidak yakin, tidak masuk UK lah kau nanti.

Tip #11. Kalau kita belum pernah melalu pengalaman ngeri di imigresen, tidak mustahil kita akan kena lagi. Setiap perangan imigresen itu ada cara masing-masing. Ada muka baik, tapi strict. Ada muka ketat, tapi hati ada bunga. Chop terus!

Tetamu aku tadi memang tidak fasih bahasa Inggeris. Jadi kawan dia seorang lagi di kaunter sebelah tolong jawapkan. Itu yang membuatkan imigresen ragu-ragu,ingat ada agent mahu bawa pekerja asing ke UK.

Padahal tetamu aku umur sudah separuh abad boi! Bila sampai ke Iceland, muka semua sudah monyok. Mood sudah ke dasar laut. Sedih pula aku tengok. Mahu buat lawak, aku jadi takut pulak.

Dari Penang ke KLIA ke Dubai. Transit pula 22 jam sebelum sambung lagi 7 jam ke London. Punya penat badan, tidur kelam kabut. Sampai imigresen kena tahan. Apa perasaan ?

Aku cuma bagi pesanan. Kadang benda kecil ini boleh merenggut mood. Boleh hilang selera makan. Percutian yang sangt dinanti, tapi mungkin berakhir dengan kisah tragis dan ngeri.

Selamat bercuti kawan-kawan!

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Berdebar masuk sekuriti check airport
Reykjavik, Iceland

 

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *