12 Ciri Individu Wajib Cuba Nasib Luar Negara

12 Ciri Individu Wajib Cuba Nasib Luar Negara

Ramai menghubungi aku bertanyakan peluang untuk bekerja atau berpindah ke luar negara. Aku pun tolong setakat mana yang mampu. Tapi bolehkah semua orang mencuba nasib ke keluar negara ?

Cerita aku bermula pada September 2013. Dimana pertama kali aku menjejak kaki ke Eropah. Trip selama 14 hari itu mengubah hidup pandangan aku terhadap kehidupan 180 darjah. Disember 2014 aku sudah bertapak di Glasgow. Selebihnya ia adalah sejarah.

Kenapa jadi begitu, sebab aku balik dari melihat Eropah dengan pandangan berbeza. Aku tengok negara aku yang berbeza. Ia mengubah aku sebagai individu.

Susah aku nak describe pandangan aku tu. Cuma aku boleh kongsikan beberapa ciri berbeza aku dahulu dan sekarang.

Ciri #1 : Minat Travel

Kalau memang suka travel, melancong, melawat tempat dan bercuti, itu adalah salah satu ciri-ciri penting mengapa perlu cuba kerja di luar negara. Apabila bekerja di luar negara, ia seperti menyelam sambil minum air. Kerja dapat gaji, dapat pula peluang berjalan ke luar negara. Orang panggil Paid Holiday.

4

Langkah menjelalajah mencari lebih panjang.

Satu lagi ciri yang best bekerja di luar negara ni, kita berpeluang berpindah-pindah tempat kerja. Hari ini di Melbourne, tahun depan di Perth dan seterusnya. Tidak membosankan bila berada di tempat baru. Semakin hari semakin jauh kita melangkah.

Ciri #2 : Suka Budaya dan Bahasa

Masa aku pergi ke Amsterdam buat pertama kali, aku jakun! Tiada jem teruk seperti di KL, budaya orang disana menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama. Awesome. Memang kat Malaysia tak boleh buat kalau taknak ketiak berpeluh dan melekit. Tapi budaya tu buat aku jatuh cinta.

15

Basikal pun turun beratur. Disiplin

Bila aku di Glasgow, kebanyakan orang putih mempunyai ciri peramah standard dengan menyebut Hello, Hi, Thank You, Cheers. Ada yang lebih peramah ending ayat dia ada perkataan macam ” Thank you, dear”, “That’s fine, love”. Walaupun nampak macam skrip dalam drama je, tapi serius best lebih-lebih lagi tengok anak sekecil umur 4 tahun menyebut perkataan macam tu.

11

Bila semua tunduk membaca, kita pun terasa mahu membaca. Walaupun baca signboard je.

Ada satu perkara yang aku suka tengok, bila dalam bas, train atau trem semua orang gemar membaca. Semua tunduk membaca sesuatu walau suratkhabar tabloid. Budaya membaca dan cintakan ilmu itu sangat terserlah.

Ciri #3 : Mencuba Makanan Baru

Bagi yang suka makan, ini adalah masa untuk mencuba bentuk makanan tempatan. Hari-hari nasi lemak, roti canai dan teh tarik tu sangat mainstream. Cuba yang lain sikit. Seperti di Thailand, cara masakannya memang sedap dan secocok dengan selera. Tapi di Cambodia, cengkerik goreng pula dijual di atas dulang. Aku tak sanggup makan eksotik macam tu.

2

Ada dua perkara mengapa Malaysian takut betul nak hampiri kedai di Eropah. Satu sebab status halal. Satu lagi sebab harga dalam Euro terasa macam kos makan 3 hari mahalnya.

Tapi aku cukup suka ikan salmon yang digrill. Salmon kat Malaysia mahal. Di Eropah, secara purata ikan ni maybe macam ikan kembung di Malaysia. Sekitar beberapa pound di UK. Begitu juga dengan makanan yang mahal di Malaysia, boleh diperolehi dengan mudah dan murah.

3

Last-last bawak Brahims, Maggi dan serunding. Malaysian sungguh!

Tapi aku sendiri sebenarnya pernah masuk hospital sebab makanan di Indonesia. Penangan siput sedut beli tepi jalan, cirit birit muntah-muntah. Last-last seminggu juga aku terlantar kat wad, masuk air dalam badan. Muka dah biru-biru, sejak tu aku sangat memilih makanan baru. Perut dah jadi nipis.

Ciri #4 : Terlebih Suka Tengok Kemajuan Negara Lain

Aku kagum bila di German, sistem pengangkutan awamnya sangat cekap dan menepati masa.

9

Train yang lebih moden menyediakan skrin paparan maklumat perjalanan. Kita tahu masa dan destinasi seterusnya

Masuk ke pengangkutan awamnya seperti tram tiada palang. Beli tiket, masuk je terus ke tram. Tak payah susah nak touch and go bagai atau ada palang besi yang mahu tiket yang sah. Ini bukan sahaja train, bas ala intrakota tu pun punctual juga. Aku respek disini kereta boleh dipandu laju tanpa sebarang had di Autobahn, pun begitu jumlah kecelakaan atau kemalangan sangat rendah.

17

So far, aku belum pernah di check ticket. Tapi aku tak tergamak pulak naik trem free.

Yang paling aku suka tengok adalah mentaliti rakyat dia. Walau pun pengangkutan awam tiada inspektor yang mahu check secara teliti, kebanyakan orang yang menaikinya akan memiliki tiket. Tiada siapa yang paksa. Pemandu kereta itu juga tahu, kalau kereta tidak sehebat mana, tidak perlu dipandu begitu laju.

Mentaliti kelas pertama!

5

Pernah cuba memandu sebelah kiri ? Driver mentaliti kelas pertama, dia akan bagi jalan kepada kereta yang terhuyung hayang macam hilang arah atau sesat.

Ciri #5 : Tidak Kisah Kerja Apa

Setiap pekerjaan dipandang sebagai penting dalam menggerakkan sebuah negara. Tidak kira apa jenis pekerjaan. Tanpa tukang sapu, persekitaran akan kotor, tanpa pemandu bas, maka pengangkutan awam tidak efisien. Bukan sahaja doktor atau engineer sahaja yang penting, tetapi sekecil pekerjaan itu dipandang hormat kerana ia benar-benar menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Tiada istilah pekerjaan kelas kedua atau kelas bawahan. Pemetik buat, tukang kimpal, pemeriksa tiket. Sebut sahaja, semua itu penting. Itu satu pekerjaan mulia.

16

Banyak street performer, busker dan entertainer. Mereka cari duit dengan cara ini. BUkan sebab duit, tapi diorang memang suka apa yang dilakukan. Bebas

Di sekolah, ada sesi dimana ibu bapa dipanggil untuk berkongsi dengan pelajar tentang pekerjaan masing-masing. Kalau bapa dia seorang kerani, maka bapanya akan datang depan kelas dan bercerita tentang pekerjaannya. Dan kanak-kanak akan menghormati pekerjaan tersebut. Diakhirnya kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada kerani tersebut kerana membuat kerja yang terpuji. Indah bukan bila pekerjaan itu tidak membezakan status manusia ?

Aku penat nak hormati orang kerana pekerjaan. Aku  mahu hormati orang sebab kebaikan yang di buat beri bermanfaat kepada orang lain. Salut!

Ciri #6 : Rasa Dunia Itu Tersangat Luas

Selama berapa tahun sudah kita duduk di Malaysia, kita hanya kenal negara luar itu diatas peta sahaja yang diajar cikgu Geografi. Paling jauh, kita akan cuba tengok Singapura, Indonesia atau Thailand.

Cuba tengok peta betul-betul. Cuba kira ada berapa banyak negara di dunia. Kalau dihitung dengan masa, dapatkah kita melawati semua ? Sangat luas. Amerika tu sahaja mempunyai 50 negeri, lebih kurang 50 negara dalam Eropah. Australia tu sangat besar, sehingga menjadi benua sendiri. Aku sendiri geleng kepala, pada usia aku nak menjejak 4 siri ni, baru 3 negara ASEAN aku jejaki!

8

Selain padang gurun, di kawasan tanah lapang dan luas baru terasa kecilnya kita diantara banjaran ini.

Rasai sendiri macam mana salji itu. Bagaimana kita memandang fenomena itu memang luar biasa. Jakun sangat bila tengok salji. Merasai sendiri tengok ia jatuh dari langit. Tetapi ketahui juga bahawa rakyat yang hidup di negara bersalji ni sebenarnya menyebabkan banyak masalah. Pakai baju berlapis-lapis, cermin kereta beku, kena bersihkan laluan. Sehinggakan menimbulkan gangguan aktiviti seharian.

Mungkin adalah masa untuk kita melihat dunia yang luas itu sedalamnya. Bukan yang seronoknya sahaja.

Ciri #7 : Biar Miskin Duit, Asal Kaya Pengalaman

Seperti duit, pengalaman juga mesti dicari. Belanjakan sedikit duit yang kita cari untuk cari pengalaman. Kumpul duit, pergilah mengembara. Berjimat belanja, supaya dapat mencari pengalaman yang baru.

6

Dulu aku ingat rumah macam ni ada dalam Hollywood je. Rupanya betul!

Adakah ia membazir ? Tidak sama sekali. Mana satu yang gajinya mahal, pekerja tanpa pengalaman atau tidak berpengalaman ? Yang mana satu diangkat jadi pemimpin, berpengalaman atau tidak berpengalaman ? Yang mana satu lebih bijak ? Yang mana satu lebih matang ? Yang mana satu lebih berdikari ? Yang mana satu lebih berani. Anggaplah semua duit itu digunakan sebagai pelaburan untuk membeli sekelumit ‘aset’ yang dipanggil pengalaman.

Sendiri jawab. Tepuk dahi kepada sesiapa yang belum pernah keluar mencari pengalaman.

Ciri #8 : Tidak Kisah Lakukan Apa Sahaja

Di Scotland sebagai contoh, selepas 16 tahun semua boleh meninggalkan sekolah tanpa menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Semua boleh buat kerja apa yang dia suka. Kerja impian masing-masing. Sebab disini peluang kerja sama rata. Yang pandai di sekolah ada tempatnya, yang tidak suka belajar di sekolah juga ada tempatnya. Siapa suka muzik, pergilah ke sekolah muzik. Siapa suka main bola, sepaklah bola tu sampai jadi pemain profesional. Mungkin kerana itu mereka hebat ketika masih di usia muda.

7

Ramai orang pencen atau tidak bekerja buat aktiviti secara sampingan. Contohnya tinggal di sebelah tasik dan menyediakan boat untuk bersiar-siar. Sebab seronok, bukan sebab duit

Bebas untuk menentukan kehidupan masing-masing. Standard gaji di UK sebagai contoh lebih kurang £7.20 sejam sekitar RM40 sejam. Itu baru kerja kuli biasa. Kerja 3D (Difficult, Danger, Dirty) pun mereka akan sanggup buat sebab dibayar dengan bayaran setimpal.

Ciri #9 : Bila Terasa Life Is Too Short

Memang ajal maut di tangan Tuhan. Tapi selagi kita masih hidup, sebenarnya masa kita untuk hidup semakin pendek. Di negara Eropah, pelajarnya digalakkan untuk keluar mengembara dengan pelbagai cara. Pertukaran pelajar atau menjadi sukarelawan. Pergi keluar dan lihatlah dunia sana. Pelajari sesuatu dari sesuatu tempat dan bawa pulang pengalaman itu.

Ketika cuti musim panas (summer) ramai mereka ini akan aktif terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan. Bantu kemiskinan, mengajar anak Afrika membaca, membuat rumah untuk kawasan lepas perang, menghantar makanan di tempat kebuluran. Mereka akan membantu walaupun terpaksa menganggu kos pengangkutan sendiri. Bagi mereka tertanam rasa untuk memberi dan membantu.

Kalau bukan kita mengubah, tiada apa yang akan berubah. Hidup itu terlalu pendek untuk tidak memberi apa-apa kebaikan kepada dunia.

Ciri #10 : Rasa Kerdil

Selama ini kita mungkin sudah terasa kita cukup baik. Tetapi bila kita ke luar negara lebih lagi ke negara Eropah yang berbadan besar, terasa kemetot sangat kita sebenarnya dari segi fizikal. Dari segi mentalnya, baru kita tahu betapa jauhnya tamadun kita berbanding dengan tamadun mereka yang beratus tahun.

Di sini, mereka dibesarkan dengan keadaan berjiwa besar. Otak mereka dicuci supaya kejarlah apa yang dimahu bersungguh-sungguh. Kerana itu mungkin gaya bercakap mereka memang konfiden, walau pun belum tentu betul. Mereka tidak dihalang untuk bercakap, dan tidak dihentam bila mengkritik. ‘Agree to disagree’ jadi perbincangan mereka bebas menyuarakan apa-apa walau tidak semua perkara itu betul.

Mahu cuba tawar-menawar, pergi ke carboot! Barulah kita tau macam mana keras lembutnya penjual mereka

Mahu cuba tawar-menawar, pergi ke carboot! Barulah kita tau macam mana keras lembutnya penjual mereka

Teringat aku kat sekolah atau masa kuliah dulu. Bila kelas sudah hampir tamat, cikgu akan bertanya jika ada soalan. Semua tiada soalan! Sebab nanti kena kecam dengan kawan-kawan atau menyebabkan kelas berakhir lewat.

Ada yang tak betul dengan sistem pemikiran kita. Berat.

Ciri #11 : Bila Terasa Pencapaian Itu Kurang Bermakna

Orang yang berada di zon selesa mungkin tidak mahu lagi berubah. Dia mahu kekal dalam zon itu. Tetapi zon selesa itu sebenarnya pembunuh. Ia menjadikan kita tidak berubah atau semakin baik.

Cuba tengok mengapa Ratu Skuash negara Nichole David, berlatih diluar negara ? Mengapa Azizul raja basikal pecut berlama-lama di Australia berlatih ? Mengapa semua atlit mahu ke mencari peluang beraksi di luar ?

Untuk keluar dari zon selesa, kita kena ubah setting kehidupan yang berbeza. Kita kena masuk liga yang berlainan, dan mencari cabaran yang baru. Kita mahu pendedahan supaya kita menjadi orang yang lebih baik dengan kemahiran baru. Kita perlukan keadaan dimana kita diasak untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh.

Kita tidak mahu lagi terasa diri sebagai jaguh kampung. Kalau tidak berjaya di luar negara sekali pun, sekurang-kurangnya kita tidak pernah menyesal yang kita pernah mencuba.

Ciri #12 : Bila Sudah Rasa ‘Terbakar’ Bila Pergi Bekerja

Mula tengok website cari peluang kerja di luar negara. Walau menjadi pemetik buah atau housekeeper je. Asalkan dapat lari dari neraka di pejabat dengan boss macam singa. Lebih lagi dengar 1.5 juta sahabat baru akan datang bekerja di Malaysia. Macam tak semangat je dengan suasana kerja di Malaysia.

Ini petanda paling kritikal. Pack your back. Sila berangkat sekarang!

Catatan Kembara,
Anak Malaysia Yang Belum Mahu Pulang
Tapi Rindu Roti Canai & Teh Tarik

 

Komen melalui Facebook

komentar

10 Responses to 12 Ciri Individu Wajib Cuba Nasib Luar Negara

  1. Tulisan awak sangat ohsem. Terpikat dengan gaya penulisan anda. Itulah bila awak telah keluar dari kotak Malaysia. Sejauh mana saya mengembara, saya tetap rindu akan petai, belacan dan ikan kering.

  2. zairina says:

    suka dengan semangat ID…

  3. Zhy says:

    Asslamualaikum bang saya terpukau membaca pengalaman abang. saya terfikir nak keluar mengembara dan merantau ke luar negara dan skrg saya sedang kumpul duit. saya berfikir nak merancau dan bekerja spt mana abg cakap Paid Holiday. Bgaimana nak apply kerja kat sana bang? dan saya bimbang kalau dah ke sana x dapat kerja memandangkan di Malysia kini tenat nak dapat kerja tetap disebabkan lambakan graduan dan kemasukan 15 JUTA abg hitam haha..hubungi saya di Emel ok bang.. jazakallah

  4. Syaf says:

    Seronok baca entri ni. Saya teringin nak bekerja di luar negara. Petik buah pon jadilah. Nak try to be out of my comfort zone despite that I am an executive kat negara sendiri. Nak luaskan minda and pengalaman. Masih mengumpul duit sebelum ke luar negara. Wish me luck! Btw, all the best to u ID for ur business!

  5. Mohd firdaus says:

    Saya pun dah lama plan nak kerja oversea.Saya boleh bertutur bahasa inggeris agak lancar dan ada modal simpanan sedikit tapi masih tak jumpa jalan terbaik untuk keluar negara bekerja.

  6. Siti says:

    Lenkali pergi overseas angkut belacan banyak2.. belacan terbaik… dari bintulu.

  7. Azhar Sulaiman says:

    Terbaekk…sy shuke sy shukee sangat

  8. Lisa says:

    kalau ada peluang nak juga kerja di sana

  9. kathleen says:

    sy ni dah kira tahap kritikal dah.haha..tapi taknak keje petik buah sbb tahu hazabb nya.
    sekarang ni masih mencari utk menjamin masa depan saya dan anak.
    insyaallah.

  10. Ashok MZ says:

    orang kita memang berfikiran bebal, bila kita bercerita tentang tingginya disiplin orang barat dikatakan kita ni nak menunjuk-nunjuk malah ada yang kata depan kita saja dia baik belakang kita jahat nya nauzubillah, orang kita memang susah nak maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *