Mengapa saya menulis blog ? Serong dan terpesong

13 08 2006

Ada rakan2 yang rapat dengan saya bertanya kenapa tiba2 saya buat blog. Ramai jugak yang cakp, orang macam saya ni memang susah nak maintain blog ( work nature tak sesuai ) … Membuatkan saya berfikir seketika mengapa saya menulis blog. Sebenarnya, saya tak perlu nak fikir mengapa saya perlu ada blog sebab pada awal lagi saya sudah tau apa yang saya buat dan apa yang saya ingin kan. Apa yang membuat saya berfikir sejenak adalah bagaimana untuk menjawab soalan rakan saya tadi. Dengan mengambilkira pandangan mereka, saya dapat simpul kan beberapa falasi mengenai blog :

1. Blog untuk orang yang kesunyian
Blog ni hanya untuk orang yang tiada kawan dan kesunyian. Tiada siapa yang sudi nak bercakap. Orang yang tak sunyi dan ceria sentiasa ada benda yang ingin dibuat dan bukan hanya duduk depan PC untuk mencatatkan sesuatu… Kan ke kera sumbang namanya tu??

2. Blog untuk mereka yang pandai berbahasa
Blog hanya untuk orang yang pandai berbahasa dan pandai menyusun ayat. Ayat mestilah sedap didengar dan setiap patah disusun dengan teratur. Ayat2 mestilah mempunyai unsur2 pemujukan dan dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca sehingga ke akhirnya. Elemen berbunga bahasa menjadikan blog anda indah dibaca dan menarik hati.

3. Blog untuk orang yang tidak berkawan
Disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman (e.g. pemalu, rendah diri) atau faktor2 luaran (e.g. rasa diri tak cantik, atau badan yang besar). Orang seperti ini menjadikan blog sebagai teman untuk berkata2 dan meluahkan perasaan. Comment dari pengunjung menjadi penawar dalam erti kata masih ada yang sudi untuk bercakap dengan penulis blog.

4. Orang yang tidak pandai berkata2, tapi bijak berbahasa
Melayu ni penuh dengan sopan santun dan nilai2 ketimuran. Kadang2 mulut malu untuk berkata2 sesuatu. Tetapi lebih mudah nak ditulis kerana dengan tulisan tiada ekspresi wajah. Cuba tengok berapa ramai yang berani mencarut di laman web @ blog @ forum, berbanding dengan dengan orang mencarut kat sekitar kita ?? :)

5. Blog menjadi Diari alaf millineum
Blog pengganti diari. Cuma tidak perlu ditulis sebaliknya ditaip. Diari pula dikaitkan dengan luahan hati yang tidak terungkai. Diari dikaitkan pula dengan wanita. Brapa ramai lelaki yang ada diari ? :) .. Blog hanya utk wanita ….

6. Mesti ada idea
Takder idea la ape nak tulis.. sedangkan penulis pun perlukan ilham, apatah lagi kita ni yang selalu je kekeringan idea.. mana boleh nak tulis panjang lebar dalam blog.. malas la.. buat sakit otak je …

Sesungguhnya cetek dan dangkalnya pemikiran kalau ada yang berfikiran demikian. Tidak kreatif dan banyak memberi alasan. Melihat dari persepektif yang sempit… Kalau macam itulah pemikiran saya, bagaimana dapat saya ekspresikan perasaan saya seperti gambar di bawah.

Bagaimana dengan anda ?


Actions

Informations

5 responses to “Mengapa saya menulis blog ? Serong dan terpesong”

13 08 2006
Galadriel (20:40:50) :

huhu… ye memang Galadriel kenal awak! Muka you tak berubah sejak umur 18 tahun dulu tu… tengok gambar atas ni memang saya kenal …
hehehe…dulu saya member dengan Ted (Adlin) and geng-geng ‘minat komputer’ masa kat MLA, KMB, etc… kat MLA saya kelas Al-Azhar, hahaha …what a small world!
Well, saya dah kawin lak dengan one of my geng yang minat komputer tu - budak mrsm & kmb but dia tak gi MLA le… kami ni suami-isteri memang gila PC/PS2 games punye orang…

But I digress … why did I create my blog?
To teach orang melayu dalam bahasa melayu on internet biz and marketing. And I find it fun and satisfying when I can help people by giving my free advice… Why a technical blog and not a personal one? - well, I guess saya ni lagi suka benda technical macam software, hosting… dah bertahun biasa dengan benda engineering, technical stuffs, otak pun kearah tu…hubby saya pun engineer…

huhu…awak ni dari dulu lagi jiwang orangnye ye…

14 08 2006
NasiaQ (06:53:12) :

you are going to be a great writer… bravo!

asalkan dpt jauhi unsur2 plagiat, ia, bakal memberi manfaat kepada umat manusia sejagat… ;)

14 08 2006
admin (11:36:59) :

Galadriel.. gimme one name .. I’ll remember who … suspen pulak macam nie :) ..

Anyway, apa yang saya nyatakan cuma persepsi lapuk mengenai blog… Saya percaya , kebanyakan kita menulis blog bukan atas sebab2 diatas…

20 08 2006
irwan @ net » Mengapa saya menulis blog ? Untuk orang bijak and opportunist… (01:57:50) :

[…] Beberapa hari lepas, saya ada postkan mengenai falasi atau pandangan mereka yang berbeza dari pendapat saya mengenai penulisan blog. Pendapat mungkin berbeza, tapi bagi opportunist, dapat melihat blog antara model perniagaan, branding development malah mengumpul pengaruh. Bagi saya, forum saya akan gunakan secara kreatifnya sebagai : 1. Share of thought […]

8 07 2008
nana (05:39:15) :

blog..menjadi tempat meluah perasaan, banyak perkara boleh di buat dgn blog dari hiburan, berita, pengetahuan, luahan dan banyak lagi, juga menjadi terkenal dan membuka peluang perniagaan….ia seperti medium percuma yang dapat menghasilkan keuntungan…..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>