10 Skop Peluang Perniagaan ICT
29 08 2006Saya sempat menghadiri seminar sehari setengah yang dianjurkan oleh MARA. Selain dari mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama usahawan, ada beberapa intipati dari sesi seminar tersebut yang saya rasa ingin saya kongsi. Khusus buat mereka yang menceburi bidang perniagaan ICT, ini sekadar senarai untuk anda semak dalam perniagaan tersebut. 10 bidang tersebut adalah :
1. Khidmat Sokongan
2. Communication Collaboration
3. Perolehan ICT
4. Pengurusan Data Center
5. Infrastruktur ICT
6. Perisian dan Aplikasi
7. Khidmat Runding
8. Sistem Aplikasi
9. Pembangunan Literasi ICT
10. Keselamatan ICT
Insyallah, berkesempatan nanti, saya akan cuba huraikan satu persatu. Skop sangat luas. Pilih dan fokus. Melibatkan perbelanjaan yang besar. Peruntukan juga adalah tinggi.
Kalau anda diberi pilihan, bidang mana pilihan anda ?
















kalau saya, saya pilih yg ni 6. Perisian dan Aplikasi
saya pun pilih no 6 lah,sbb lebih mudah di urus kot berbanding dgn yg lain2. Communication Collaboration tu cam mana yek?
Communication Collaboration melibatkan kerja2 perkhidmatan untuk mengintegrasi system komunikasi dalam sesebuah organisasi. Contohnya, integrasi server email, server web dan telecommunication. Pendek kata, apa2 tools untuk komunikasi.
Semua bidang adalah sama susah & senangnya. Bergantung kepada kepakaran dan fokus masing2.
kalau no 10.. tentang keselamatan ICT.. RFID technology termasuk kat sini ke?
kalau utk projek master skiters, bidang mana yg sesuai dan boleh difokuskan?
terima kasih.
gee,
RFID boleh menjadi satu tools utk diintegrasi dengan aspek keselamatan. Anyway RFID itself maybe masuk dalam infrastruktur ICT.. Aplikasi dalam RFID mungkin dalam aplikasi ICT.
Untuk projek master SKITERS … heheh.. tepuk dada tanya selera. terserah pada kekuatan masing2
Kalau perniagaan buka kedai beri servis ,jualan dan repair tu dalam kategori berapa?
Zul,
biasanya akan masuk dibawah khidmat sokongan dan infrastruktur ICT
assalamualaikum..
sy perlu buat satu paper work ttg aplikasi ict dlm bidang keselamatan..
blh huraikn dgn lebih lanjut ttg bidang tersebut??
ain,
kertas kerja tu untuk tujuan education ke, commercial ke atau utk memulakan perniagaan?
Asasnya tetap sangat dengan huraian setiap bahagian dalam kertaskerja tersebut. Cuma dibezakan oleh pembaca… Maknanya utk business lain, commercial lain, education lain…
Ain boleh ikuti artikel yang saya akan postkan dari semasa ke semasa mengenai menyediakan kertas kerja yang mantap untuk perniagaan. Mungkin membantu
kertas keje 2 utk education..
tp sy bukanlah pakar dlm bidang ni.sy perlu myelesaikan kertas keje ni secepat mgkin.sy agak blur ketika mnerima tugasan ni.. jd sy harap encik dpt mmbantu sy..
terima ksh..
air, saya bukan expert utk bidang education… x byk saya boleh bantu
Banyak maklumat yang anda boleh perolehi tentang keselamatan di internet. Cuma perlu sesuaikan dengan keperluan education anda.
Selamat Berjaya!
salam
saya ingin mengetahui pendapat En tetang semua skop yg En terang kan di atas,terutama sekali tetang perolehan ICT,infrastruktur ICT,sistem applikasi,khidmat runding,dan pembangunan literasi,ini kerana sy ingin mendapat idea untuk memulakan perniagaan dalam ICT,saya juga ingin dapat tahu skop yg mana mempunyai potensi yg besar di malaysia@Penang.Skarang saya sedang menjalani seminar keusahawan di dalam bdang ICT di bawah MDEC and MSC di penang.