Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2006 » August

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

Protected: Progress Report - BPU Project : Minit Mesyuarat 2

20 08 2006

This post is password protected. To view it please enter your password below:








Mengapa saya menulis blog ? Untuk orang bijak and opportunist…

20 08 2006

Beberapa hari lepas, saya ada postkan mengenai falasi atau pandangan mereka yang berbeza dari pendapat saya mengenai penulisan blog. Pendapat mungkin berbeza, tapi bagi opportunist, dapat melihat blog antara model perniagaan, branding development malah mengumpul pengaruh. Bagi saya, forum saya akan gunakan secara kreatifnya sebagai :

1. Share of thought
Sekadar berkongsi apa yang kita rasa terhadap persekitaran dan apa yang berlaku. Memberi pandangan dan bertukar-tukar pendapat. Anda berhak untuk menulis apa sahaja dalam blog anda. Persetankan mereka yang tidak setuju dengan anda. Anda cuma berkongsi apa yang anda rasa dan bukannya meminta pengunjung blog anda bersetuju dengan apa yang anda rasa.

2. Make contact
Secara mudah, bila pengunjung datang ke blog anda, anda telah ‘menjual diri’ anda. Sekiranya mereka mempunyai minat yang sama dengan ada, peratusan mereka untuk datang kembali ke blog anda adalah tinggi. Mereka akan kembali, bukan sekali, bahkan berkali2. Sebagai medium perantara, pengunjung laman semakin lama akan mengenali anda. Dari perspektif perniagaan, portfolio diri anda akan berkembang selari dengan porttfolio perniagaan anda. Mungkin bukan sekarang mereka perlukan anda, tetapi perkhidmatan @ nilai anda akan mereka perlukan nanti.

3. Menjadikan blog kepada RM$$
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan internet, blog merupakan alat yang paling mudah untuk menjadi ‘umpan’ kepada enjin carian. Enjin carian gemarkan website yang selalu dikemaskini dan mengandungi kandungan yang releven. Dengan beberapa teknik memanipulasikan website, blog menjadi agen untuk pengemaskinian kandungan website. Kalau anda pernah dengar Adsense, sebuah perkhidmatan pengiklanan oleh Google, anda bole jadikan blog anda sebagai agen pengiklan kepada Google dan anda dibayar terhadap iklan yang anda lakukan ! Seronok bukan? Anda dibayar terhadap apa yang anda suka lakukan.

Memandangkan saya juga terlibat dalam perniagaan, secara fizikal atau internet, saya gunakan untuk menguji pasaran dengan pelbagai produk atau perkhidmatan. Membantu saya untuk memilih pasaran yang tepat. Ini dapat menjimatkan masa saya dari bersusah2 untuk melompat dari satu website ke satu yang lain. Yang saya pasti, setiap pengunjung yang datang ke blog saya, ada minat tertentu dan untung-untung, minat yang sama dengan saya!

4. Populariti mudah ..
Percaya atau tidak, blog adalah showcase yang paling jelas dan nyata tentang diri anda sendiri. Sekiranya blog ditulis atau disampaikan dengan kemampuan anda sendiri ( walau teruk mana sekalipun hasil penulisannya ), tetapi itulah diri anda. Dan itulah diri anda yang sebenarnya anda paparkan kepada pengunjung. Biarkan pengunjung menilai anda. Biarkan kandungan blog anda membantu pengunjung membuat kesimpulan tentang diri anda.

Selain itu, kadang kala blog ini dapat juga mencuri perhatian pihak berwajib… tepuk dada, tanyalah apa yang anda mahu….

Sekadar makluman, saya telah lama berkecimpung dengan blogging cuma saya tidak war2kan kepada semua dengan publisiti secara meluas mahupun dengan iklan2 murahan. Lebih kepada catatan program saya setiap hari, perkembangan, dan pencapaian untuk rujukan sendiri. Cuma sekarang nie saya rasa lebih bersedia untuk secara serius berkongsi dengan yang lain .. Memandangkan blog2 berunsur fitnah dan berniat jahat sedang dipantau, saya mengambil langkah selamat tidak terlibat dengan sebarang unsur2 yang menimbulkan provokasi atau pun menimbulkan masalah.. (saya cari makan nie :) ) Hidup nie tak lama.. saya tak rasa amalan yang saya buat di dunia nie sudah memadai utk akhirat kelak. Mana yang baik, boleh dijadikan tauladan, sekurang2nya ilmu yang baik dan diamalkan, menjadi bekalan jariah saya kelak…








Bagaimana Forum di Internet Membantu Jualan Produk Saya ?

16 08 2006

Alhmdulillah, dalam masa 2 hari saya dapat memulakan satu lagi perniagaan internet ( Saya panggil as Project B) saya secara online. Kali ini mungkin tidak sesukar projek jualan software di internet. Kali ini lebih kepada produk fizikal dan saya rasa mempunyai lebih permintaan di internet. Oh ya! Pasaran saya hanya tertumpu pada pasaran Malaysia sahaja. Saya juga dengar bitol dan najmi sedang siapkan e-book mengenai internet marketing melalui power of forums… Saya masih menunggu..

Sepanjang masa tu juga, beberapa point dapat saya catatkan khususnya bagaimana forum2 dapat membantu dalam meningkatkan jualan. Saya rasa ini dapat dikongsi :

1. Sediakan bahan yang cukup
Walaupun saya rasa dah lama bergelumang dengan community forum dan sebagainya, saya sedar satu perkara yang tidak cukup sebelum saya dapat memulakan promosi saya. Bahan2 yang saya maksudkan termasukkan marketing material, photos, price schedule (memandangkan ada lebih dari satu produk), kaedah tempahan, kaedah pembayaran, kaedah pengeposan, cara untuk menghubungi saya dan juga saya berikan money-back guarantee.. Lagi banyak maklumat yang saya dapat berikan (secara extensive tetapi padat), lagi mudah ahli forum memahami. Ini dapat mengurangkan pertanyaan2 asas dan sentiasa berulang (FAQ) dalam forum.

2. Susunan bahasa yang baik / teknik sales letter yang menjual
Saya perlu menyusun ayat demi ayat yang tepat dan padat. Yang penting ada sedikit kuasa memujuk. Ayat- ayat saya tidak perlu berbunga2, lebih ringkas dan mudah difahami. Beberapa teknik membuat sales letter yang saya pelajari dari Saifulsham saya cuba praktikkan ( Memang saya perlu berlatih banyak berkenaan sales letter since bahasa saya ni lebih teknikal dari marketing!) Suatu yang saya pasti, setiap post @ tread yang saya cipta dalam forum hendaklah ringkas, padat, tepat bagi mengelakkan kebosanan kepada ahli forum untuk membaca maklumat yang panjang lebar.

3. Know your audience
Saya tidak terlibat dengan semua forum. Saya tidak join forum yang saya tiada kepentingan :) . Forum2 yang saya sertai ( ada yang menghampiri 7 tahun saya join ), mempunyai interest tersendiri. Saya boleh membezakan minat ahli forum, latar belakang, kecenderungan dan perkara yang membuatkan mereka teruja! heheh.. Secara ringkasnya saya telah opt-in mereka yang saya rasa merupakan target market. Saya tidak sekali2 secara semborono mengiklankan produk saya di sebarang forum. Saya tidak perlukan promosi yang besar-besaran tetapi saya inginkan promosi yang berkesan!! Istilah ringkasnya, kalau kene pada audience, saya belum buka mulut, barang dah terjual .. Hebat bukan? Sekali sekala, kalau ahli forum buat gathering, join them … Mengapa tidak? Kalau ahli forum dah kenal anda in -person, lagi senang anda nak jual produk anda. Kredibiliti anda telah kukuh!

4. Bina kredibiliti
Apa yang ada post kan dalam forum sering menjadi bahan pertimbangan untuk orang menilai anda. Semakin senior anda dalam forum, lagi ramai yang akan membaca posting anda. Isi kandungan post anda menentukan ilmu anda sedalam mana dalam topik yang dibincangkan. Memberi komen juga adalah digalakkan supaya ahli forum dapat menilai cara pemikiran anda dalam sesuatu topik perbincangan. Elakkan menulis sesuatu yang tidak berkaitan. Jangan lupa tinggalkan signature anda dalam setiap posting ya!

5. Pendekatan offer dan bukan menjual!
Saya bersifat jual mahal ketika menjual! Saya mewujudkan keadaan dimana barang yang saya jual ini exclusive dan tidak boleh dimiliki oleh semua orang. Hanya orang yang terpilih sahaja saya akan jual. Tidak semua mampu miliki, saya gambarkan produk saya ini stok terhad, atau special edition. Saya wujudkan suasana demand yang tinggi dan supply yang terhad. Hidupkan suasana orang berebut2 untuk dapatkan produk anda … Contoh yang paling mudah, iklan seperti

” Harga promosi sempena Hari Merdeka… 100 , 10 stok terakhir menjadi rebutan….

Anda tentu biasa melihat iklan seperti ini bukan ?

Walaupun saya cuba pasaran dengan pelbagai produk, tetapi saya rasakan ini dapat membantu saya mengenalpasti hotselling product. Mana2 yang rasa kurang @ tiada sambutan akan saya eliminate. Ada beberapa tips yang saya cuba praktik.. dan saya masih menunggu result dari promosi dan kempen yang telah dirancang… Saya akan terus update mengenai perkembangan projek ini.








Mengapa saya menulis blog ? Serong dan terpesong

13 08 2006

Ada rakan2 yang rapat dengan saya bertanya kenapa tiba2 saya buat blog. Ramai jugak yang cakp, orang macam saya ni memang susah nak maintain blog ( work nature tak sesuai ) … Membuatkan saya berfikir seketika mengapa saya menulis blog. Sebenarnya, saya tak perlu nak fikir mengapa saya perlu ada blog sebab pada awal lagi saya sudah tau apa yang saya buat dan apa yang saya ingin kan. Apa yang membuat saya berfikir sejenak adalah bagaimana untuk menjawab soalan rakan saya tadi. Dengan mengambilkira pandangan mereka, saya dapat simpul kan beberapa falasi mengenai blog :

1. Blog untuk orang yang kesunyian
Blog ni hanya untuk orang yang tiada kawan dan kesunyian. Tiada siapa yang sudi nak bercakap. Orang yang tak sunyi dan ceria sentiasa ada benda yang ingin dibuat dan bukan hanya duduk depan PC untuk mencatatkan sesuatu… Kan ke kera sumbang namanya tu??

2. Blog untuk mereka yang pandai berbahasa
Blog hanya untuk orang yang pandai berbahasa dan pandai menyusun ayat. Ayat mestilah sedap didengar dan setiap patah disusun dengan teratur. Ayat2 mestilah mempunyai unsur2 pemujukan dan dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca sehingga ke akhirnya. Elemen berbunga bahasa menjadikan blog anda indah dibaca dan menarik hati.

3. Blog untuk orang yang tidak berkawan
Disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman (e.g. pemalu, rendah diri) atau faktor2 luaran (e.g. rasa diri tak cantik, atau badan yang besar). Orang seperti ini menjadikan blog sebagai teman untuk berkata2 dan meluahkan perasaan. Comment dari pengunjung menjadi penawar dalam erti kata masih ada yang sudi untuk bercakap dengan penulis blog.

4. Orang yang tidak pandai berkata2, tapi bijak berbahasa
Melayu ni penuh dengan sopan santun dan nilai2 ketimuran. Kadang2 mulut malu untuk berkata2 sesuatu. Tetapi lebih mudah nak ditulis kerana dengan tulisan tiada ekspresi wajah. Cuba tengok berapa ramai yang berani mencarut di laman web @ blog @ forum, berbanding dengan dengan orang mencarut kat sekitar kita ?? :)

5. Blog menjadi Diari alaf millineum
Blog pengganti diari. Cuma tidak perlu ditulis sebaliknya ditaip. Diari pula dikaitkan dengan luahan hati yang tidak terungkai. Diari dikaitkan pula dengan wanita. Brapa ramai lelaki yang ada diari ? :) .. Blog hanya utk wanita ….

6. Mesti ada idea
Takder idea la ape nak tulis.. sedangkan penulis pun perlukan ilham, apatah lagi kita ni yang selalu je kekeringan idea.. mana boleh nak tulis panjang lebar dalam blog.. malas la.. buat sakit otak je …

Sesungguhnya cetek dan dangkalnya pemikiran kalau ada yang berfikiran demikian. Tidak kreatif dan banyak memberi alasan. Melihat dari persepektif yang sempit… Kalau macam itulah pemikiran saya, bagaimana dapat saya ekspresikan perasaan saya seperti gambar di bawah.

Bagaimana dengan anda ?








Roda motivasi sentiasa berputar

8 08 2006

Bagi saya usahawan nie boleh diistilahkan sebagai orang yang kebal, tahan dengan dugaan dan kalau boleh saya quotekan dengan istilah ‘survivor‘. Mereka adalah golongan yang sanggup mengharungi apa jua rintangan dan cabaran, mencuba sesuatu walau belum pasti tahap risiko yang mereka bakal hadapi. Bagi saya usahawan adalah mereka yang betul2 cekal, mempunyai fizikal @ mental yang kuat demi untuk mencapai apa yang mereka idamkan…

Saya percaya saban hari pasti ada usahawan baru yang muncul .. Malaysia memang tidak ketandusan mereka yang ingin menjadi usahawan. Ayat2 seperti ” Aku dah tak larat makan gaji, gaji ciput je ” atau ” Aku business sendiri dari elok dari jadi kuli orang” atau ” kalau nak kaya, meniaga adalah jawapannya ” adalah biasa kita dengar. Itu antara mereka yang sanggup untuk meninggalkan keselesaan hidup untuk mendapatkan keselesaan hidup yang lebih diluar sana. Tahniah usahawan! Anda memilih langkah yang betul untuk menentukan nasib diri anda sendiri …

Mewujudkan usahawan baru atau menjadi usahawan bagi saya bukan menjadi isu. Dengan berbekalkan pengalaman minima dan setakat pandai membaca, mengira sudah memadai buat permulaan. Cabaran sebenar usahawan adalah dalam mengekalkan rentak usaha yang dilaksanakan, meningkatkan prestasi dan memperolehi pendapatan yang diinginkan. Kaya bukan dalam sekelip mata! Untuk mengekalkan motivasi menjadi faktor mental yang menentukan ketabahan seseorang usahawan. Banyak usaha dilakukan sekerat jalan, atau tidak fokus terhadap apa yang dilakukan. Akhirkan, usaha tidak menjadi. Bukan kerana tidak boleh, tetapi tidak konsisten.

Pagi ini, saya menerima email dari sahabat-sahabat yang sama2 menghadiri seminar internet marketing Saifulsham Sessi 2 pada bulan Julai lepas. Kebanyakannya selepas hampir sebulan menghadiri seminar masih mencari2 idea perniagaan atau produk yang ingin dipasarkan .. Memang betul, setiap usaha perlu berhati2, dan mengambilkira aspek daya maju dan potensi. Tetapi bagi saya, MASA YANG DIAMBIL TERLALU LAMA! Selagi anda tidak mulakan sesuatu, selagi itu lah usaha perniagaan anda tidak bermula. Ini bukan nya nak menentukan anda jutawan atau tidak, tetapi business is all about taking risk! Buat je dulu, cuba, mulakan langkah… Kalau nak ditunggu produk yang perfect, saya rasa baik upah consultant utk buatkan market study utk kita !! :)

Jangan sampai motivasi kita turun sebelum kita berada dipuncak.. Anyway, motivasi dalam perniagaan tu memang ibarat roda.. ada kalanya kita akan rasa di bawah. Apa yang lebih penting supaya kita jangan berada di bawah terlalu lama. Cepatkan kitaran…

p/s : Saya pun dah mulakan .. main start je dulu .. dah terpalit lumpur tu kat badan, baru tau kat mana yang betul, mana yang tak berapa betul ..








Bangkok International ICT Expo 2006

8 08 2006

Berkesempatan untuk pergi ke expo yang baru kali ketiga diadakan. Saya salute dengan penganjur. Walau pun masih baru, tapi saya rasakan perbezaan dengan expo yang pernah saya hadiri. Kalau nak dibandingkan dengan SMIDEX lagi jauh laaa.. :)

Mungkin, susun atur , tema dan konsep expo agak macam ‘kekampungan’ (ayat Abg Din SKIT). Semua perkara ada dalam expo.. Kebanyakan expo akan mengasing-asingkan segemen tumpuan dengan yang lain … Tapi maybe yang best nye expo ni, ada perkhidmatan ‘foot massage‘ oleh makcik-makcik siam yang sangat terror… Sekali sentuh memang terasa aura dia tuuh… Sampaikan ramai yang tertido bila diurut :)

p/s : sorry, tak terlibat dengan urut mengurut ni, buat geli kaki je








Windows Vista 1st Preview in Thailand

8 08 2006

Berkesempatan mencuba Windows baru yang dijangka menambah kekayaan En. Gates - Windows Vista ketika mengunjungi Bangkok International ICT Expo. Agak keliru dengan strategi pemasaran Microsoft kali nie kerana dijangkakan akan releasekan 6 jenis lesen sekaligus.

1st Time Preview kat Thailand

Dijangkakan akan mula dijual pada awal suku tahun 2007. Sebelum ini Microsoft pernah membuat kenyataan mengenai spesifikasi PC yang compatible dengan Windows Vista. Sekadar mengimbas semula, Vista yang pada awalnya dikenali sebagai Longhorn, sepatutnya berada di pasaran pada akhir tahun 2006, merupakan sistem operasi yang telah lama dinanti-nantikan. Lebih-lebih lagi dikatakan Vista telah mengalami perubahan yang besar dalam keluarga Microsoft khususnya dalam aspek bagaimana sistem ini bekerja.

Sekali dia cakap Siam.. Memang tak paham...

Secara keseluruhan Microsoft telah menyatakan beberapa perkara penting dalam Vista :

1. Spesifikasi minimum dan recommended. Bererti, sistem operasi kali nie hanya untuk komputer yang ‘terpilih’ sahaja. Microsoft memberitahu bahawa sekiranya PC anda hanya mempunya spesifikasi minimum, maka beberapa ciri2 baru Vista tidak akan diaktifkan. Antara perubahan yang paling besar adalah bentuk grafik antaramuka - dibentuk menjadi 3D seperti kebanyakan permainan 3D.

2. Perubahan besar terhadap bagaimana Vista mengendalikan sound dan networking.

3. Boleh dapatkan tool untuk check kan sama ada PC kita comply atau tak untuk run Vista.

4. Minimum RAM 512, recommended 1G

Sekali fikir, saya rasa Vista hebat.

2 kali fikir, saya rasa Vista nie menyebabkan saya terpaksa melabur lebih pulak untuk upgrade PC. Vista menggunakan terlalu banyak resource PC, lebih2 lagi menggunakan 64bit & 128bit.. Memang cantik, tapi saya rasa buat masa sekarang, saya rasa baik saya tunggu sehingga PC saya nie kene total change baru saya tukar ke Vista. Anyway, XP saya berfungsi dengan baik… tak perlu tergesa2… Satu lagi , saya rasakan harga Vista tentunya lebih mahal dari XP.
Sape2 nak beli Vista ?? Anyone ?








Rokok anyone .. ??

8 08 2006

Kami sempat kat 7-11 somewhere Bangkok singgah beli sebotol air and a pack of rokok. Bentuk kotak sama, brand yang sama, aroma rokok juga yang sama.. Tapi yang tak samanya iklan rokok …

Jadi tengkorak

So far yang sempat saya tengok ada tiga kotak rokok yang mempunyai design amaran yang berbeza …

Cantik tak ?

Wahh.. memang insaf .. Buat geli tekak pun ada…

p/s : saya terfikir mengapa amaran merokok membahayakan kesihatan kat Malaysia nie sekadar dengan kempen “Tak Nak”. Hanya dengan gambar lelaki @ perempuan yang menutup mulut dengan tangan, tidak meninggalkan kesan yang menggerunkan ..

pps : Sape yang merokok, berenti la sebelum isteri @ awek anda rasa geli tengok gigi anda yang berkilat kuning tu …








Attention MOST2 & SKIT4 - Tarikh cadangan LPU 3

8 08 2006

Kepada MOST 2 & SKIT 4.

Saya cuma nak menyampaikan pesanan Abg Joe. Ikut perancangan nak buat LPU3 pada 4-8 Sept. Kalau tanya pada saya, memang setuju sangat (Azam MOST pun mesti setuju)… Kenapa saya menyokong :

1. MOST 2 & SKIT 4 sempat untuk graduate LPU menjelang akhir tahun. Kebiasaannya, akhir tahun MARA akan buat majlis ala-ala konvokesyen. Tarikh tak pasti. Tapi lagi cepat abes lagi bagus, so kita bole participate lebih proaktif dengan agenda MARA.

2. Kepada sesiapa yang berminat kepada bidang perundingan pembangunan usahawan. BERITA BAIK untuk anda! Kalau dah abes LPU, secara tidak rasmi kita boleh join consultan MARA as ‘associate consultant’. Boleh ikut diorg kendalikan LPU, at least we learn something about entrepreneur development. Caranya mudah saja! Abes kan dulu LPU. :)

3. Kalau ikut kan, tarikh LPU 3 tak leh terlalu jauh dengan LPU 2. Takut2 ilmu2 LPU 2 semakin pudar dan pupus :) … Anyway, sebagai revision, masih ingatkan anda lagi sebelah mana debit dan sebelah mana kredit ???

4. LPU 3 lebih menekankan kepada business plan. Business plan kelak akan digunakan oleh consultant MARA untuk menilai daya maju sesuatu perniagaan. Saya rasa lagi cepat kita adakan LPU 3, lebih baik kerana masing2 akan dapat gambaran dan mula merancang dari sekarang perniagaan masing2. Jangan tunggu hingga saat-saat akhir, business biarlah bermula lebih awal.

5. Kalau MARA dah propose tarikh LPU, saya akan SOKONG! Ikut kan pengalaman, BPU ada masalah untuk menetapkan tarikh LPU kerana koordinasi yang kurang efektif. Kalau kita boleh kasi tarikh cadangan dan beri sokongan terhadap perancangan BPU, so kita tak perlu tertunggu- tungu lagi bile BPU ’sempat’ nak menganjurkan LPU ….

So, apa kata kawan2 ??? Jot down some comment so saya boleh proceed dengan MARA on what I should do next..

p/s : sape2 yang ada any photo kat Pangkor masa LPU2, please send to me so we can share …








Deklarasi Bangkok ?

7 08 2006

Terima email dari Seha MOST with attachment DEKLARASI BANGKOK.. Agak blur.. Deklarasi ape pulak ni .. INi antara perkara dalam deklarasi tu :

1. Penubuhan Platform Entrepreneur Bumiputra Oleh MARA
2. Perkhidmatan Konsultansi Dalam Bidang Pemasaran Seperti E-Bay

Mengetengahkan produk-produk tempatan

    • Mengetengahkan produk-produk tempatan

  1. Join Venture MOST-SKIT
    • Partnership program

  2. Penubuhan 1 Persatuan / Kumpulan Sebagai Anchor Yang Memberi Khidmat Konsultansi Perniagaan
    • Memberi khidmat nasihat tentang peluang-peluang perniagaan yang ada
    • Lantik penasihat dari kalangan MOST, SKIT, MAMPU, atau sesiapa yang berkelayakan

  3. Tiada Pengkhususan Bidang
    • Adakan pengkhususan/focus
    • Adakan kerjasama (VB Expertise, Multisourcing, …..)
    • Cari pengalaman untuk menjadi expert (cth: bekerja di jepun selama 3 bulan)

Secara keseluruhannya, saya tidak faham deklarasi ni.. harap2 Seha dapat come up dengan kupasan kandungan yang lebih mudah difahami.