Gerak Usahawan 2006 Peringkat Nasional

4 09 2006

Saya berkesempatan pergi on 2nd of September. Nak pegi juga hari kedua lebih2 lagi untuk mendengar seminar dari sifu hartanah kita Azizi Ali, tapi keadaan tak mengizinkan.. Dah 2 kali weekend tak bersama famili :)…

Anyway, saya tak buat banyak persediaan untuk program kali ini. Sempat download borang dan juga tengok tentatif program. Banyak aktiviti yang menarik dan berguna untuk usahawan. Cuma saya terfikir, program macam ni dah acapkali diadakan. Bagaimana peratus kejayaannya?

Beberapa photo aktiviti yang dapat saya rakamkan


Logo Expo


Pelbagai bantuan dari agensi kerajaan melalui klinik perkhidmatan


Penuh dewan dengar peluang perniagaan francais


Taklimat peluang perniagaan

Tapi satu perkara yang saya rasa syukur, bila saya tengok ramai orang yang sebangsa dengan saya mengambil kesempatan atas usaha kerajaan ini. Bersemangat saya tengok. Tapi ramai yang makcik-pakcik datang berbanding dengan graduan@golongan muda. Tidak tersahutkah cabaran “Keusahawanan Kerjaya Pilihan” ?


Actions

Informations

7 responses to “Gerak Usahawan 2006 Peringkat Nasional”

4 09 2006
NasiaQ !! (03:42:17) :

bagus betul usahawan sorang ni, malam2 buta menarikan penanya…

sebagai salah seorang peserta, juga exhibitor di salah sebuah gerak usahawan peringkat negeri, here are my comments: it seems that with all the hypes about moving the nation towards entrepreneurship, much need to be done to improve it, and to achieve results as you’ve pondered upon.

1. based on events throughout the country, seems to me, that this Gerak Usahawan is an event management program, initiated by wanita besi kita with its anchor purpose for promoting her commercial motivational course. mcm azizi ali, sen ze, fione tan etc la, free seminar to advertise their more expensive, the whole shabang course/workshop.

2. the state bodies assigned to run the event seem to complete their task seperti melepaskan batuk di tangga, buat kerana disuruh, tanpa sebarang motif untuk membantu membina atau menggerak daya keusahawanan. asalkan kerja mereka selesai dan dapat gaji bulan, walaupun mereka dirangkum dalam jabatan bernama, unit pembangunan perniagaaan negeri. (apa lagi kalau nak gerakkan pembangunan ekonomi bumiputera di negeri yang dikuasai oleh orang bukan bumiputera, kedua-dua politik dan ekonominya — yang membuatkan Dato Ibrahim Saad tak senang duduk, kononnya lah… Mr KJ pun join la menghangatkan keadaan, apa lagi, boleh distract from accusations made towards himself).

3. Kenapa orang senior yang pi, dan kurang org muda? berbalik pada #1 & #2 — extremely POOR MARKETING on MeCD & state bodies!! They manage to reach veterans already in business but failed to reach the youngs, the college grads etc. Where are the call for participation to the thousands of IPTA/IPTS around the country? The crowd was a disappointment. Most attendants to govt events seem to be monopolized by high school students, goverment officers and GLC staffs. where the real entrepreneurs?? buat apa panggil usahawan muda? menyusahkan kerja agensi kerajaan saja. diorang ni banyak songel, byk demand, byk pendapat.

tu je kot dulu… dah start kelas ni…

4 09 2006
irwan.dahnil (03:50:22) :

Saja tak edit your comment this time :) . I’ll leave my thought for last

4 09 2006
NasiaQ !! (08:29:02) :

selalunye kena edit ke? tak sedar pun… ayya, bukan free press ke ni?? hmm..

4 09 2006
irwan.dahnil (08:59:28) :

Tak pernah edit pun… saje je… tak genuine la kalau ada edit2 :P

4 09 2006
Fuad (12:03:26) :

Urm..Stuju pasal promosi tu. Sebab yang saya tgk kursus keusahawanan yang kat dalam paper memang berbayar pon ramai orang pegi.. Tapi yang muda2 ni lebih suke pegi tgk wayang kot dari pegi kursus2 camni.. Heheh.. Anyway.. Rasanya masih ramai yang berminat jika informasi dapat disampaikan semaksimum mungkin…

Hanya pemikiran 2 sen saya…

22 11 2006
Badzai (21:33:13) :

Apa pun kita support selagi boleh.Pedulilah tua ker muda ker yang penting minat. Nak buat apa paksa orang yang tak minat. Yang penting mereka yang betul-betul minat dan ingin berusaha pasti akan berjaya. Cuma kiat masih tertumpu pada soal remeh temeh sedangkan perkara pokok seperti modal dan ilmu permiagaan perlu ditambah lagi.

4 07 2008
nana (05:55:26) :

sebab sekarang ni masa bergerak pantas, mana yang ada kesedaran tu memang tak lepaskan peluang yang ada, bagi yang dah berusia tu mereka tak nak ketinggalan dalam dunia internet yang serba pantas ni, kalau mereka tak mula kan sekarang bila lagi..? masa mereka dah tak banyak, bagi yang muda sebaliknya mereka pikir byk lagi masa dan byk benda lagi yang perlu di buat, tapi tak fokus…..yang tua2 mereka lebih fokus…..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>