Gaji di Copenhagen, Belanja di KL .. CEPAT KAYA !!

13 09 2006

Kajian Price & Earning 2006 oleh UBS mendedahkan beberapa fakta yang menarik untuk dikongsi. Kajian ini adalah untuk menentukan kos kehidupan, gaji dan kuasa beli di bandaraya tersebut. Daripada kajian yang dilakukan terhadap 71 bandaraya di dunia , KUALA LUMPUR ADALAH BANDARAYA YANG PALING RENDAH KOS KEHIDUPAN!!

Yang agak ironinya, dalam kita sedang bergelut dengan kos kehidupan yang semakin meninggi, KL tetap di ranking terbawah. Kuala Lumpur berada di tangga ke 53 dari segi gaji ( rendah sangat rupanya gaji kat Malaysia ni ) dan berada di tangga ke 39 dari segi kuasa beli. Kira boleh tahan jugalah kehidupan di KL ni berbanding dengan bandaraya lain. Syukur…

Beberapa fakta utama lain :

  1. Oslo, London, Copenhagen, Zurich dan Tokyo menjadi bandaraya yang mempunyai kos kehidupan yang tinggi.
  2. Zurich, Geneva dan Dublin merupakan top-three dalam kuasa beli.
  3. Orang Asia bekerja lebih kuat + lebih masa – LEBIH 50 hari ! berbanding Eropah Barat ( rajin betul orang Asia ni )

“Besar periuk, besar pula keraknya “. Dalam erti kata pendapatan dan perbelanjaan, mungkin merujuk kepada situasi di mana semakin besar pendapatan seseorang, semakin banyak perbelanjaannya.

Tetapi, kalau kita ikutkan peribahasa diatas, secara relatifnya, lagi besar pendapatan, semakin tinggilah belanja. Boleh tak agaknya, kita nak periuk yang besar, tapi kerak yang sedikit @ atau tak de kerak langsung?? Pendapatan yang besar, tapi perbelanjaan yang rendah. Kuasa beli yang tinggi! Jawapannya TENTUNYA BOLEH!!! Tajuk posting diatas menjawab soalan tersebut… :)


Actions

Informations

3 responses to “Gaji di Copenhagen, Belanja di KL .. CEPAT KAYA !!”

13 09 2006
cikgubiz (12:38:56) :

Saya masih belum faham apa itu maksud kuasa beli boleh saudara irwan terangkan sikit…

13 09 2006
irwan.dahnil (20:09:46) :

Cikgu.. saya nie tak mahir sangat dalam istilah ekonomi. Mungkin andaian senario ini membantu :

1. Ahmad tinggal di KL = Gaji sebulan RM1000, belanja dapur RM800
2. Ali tinggal di A.Setar = Gaji sebulan RM500, belanja dapur RM100
* andaian brgn dapur yang dibeli adalah setara

Memandangkan kos kehidupan di A.Setar lebih murah, maka Ali mempunyai kuasa beli yang beli tinggi walaupun bergaji lebih rendah. Sedangkan Ahmad bergaji lebih besar, terpaksa membelanjakan 80% dari gajinya untuk belanja dapur sedangkan Ali cuma 20%. Maka Ali mempunyai lebih kuasa membeli kerana wang lebihan masih banyak (RM400) sedangkan Ahmad cuma ada RM200 lebihan.

Harga barang mahal @ inflasi merupakan faktor menentukan kuasa beli…

14 09 2006
linn_comel (11:54:22) :

Yup..gaji banya k pun kalau harga barang melambung susah juga..baik gaji sederhana tapi barang murah, kuasa beli pun besar. Agaknya klau kat Malaysia, kelantan mempunyai kuasa beli yang tinggi kut..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>