Wordpress - Kaedah blog ekpress

18 09 2006

Sudah hampir 2 bulan kandungan irwandahnil.com saya andalkan pada kecekapan Wordpress. Sehingga kini Wordpress tidak memberikan sebarang masalah kepada saya, malah Wordpress adalah antara perisian percuma yang paling mudah pernah saya digunakan untuk mengelolakan blog.

Wordpress adalah satu perisian percuma yang dibangunkan untuk memudahkan kerja2 mengemaskini kandungan web dan hasil penulisan (irwandahnil. com adalah satu contoh yang sesuai) yang digunakan secara meluas. Dahulunya saya pernah menggunakan laman web blog percuma seperti Blogspot yang saya rasa mudah, tetapi Wordpress muncul dengan version 1.5 sebagai tool yang lebih popular yang boleh diperolehi secara percuma. Sejak 2005, Wordpress telah dimuat turun lebih dari 900,000 kali dan telah digunakan secara meluas.

Kepada golongan teknikal : Wordpress adalah Projek Open-Source. Jadi anda boleh gunakan, costumize juga seperti perisian open-source yang lain. Menggunakan php dan MySQL dan dibawah lesen GPL. Adalah kesinambungan dari projek b2/cafelog dan sekarang merupakan versi yang stabil

Bagi saya apa yang bagusnya Wordpress, adalah betapa mudahnya untuk pemasangan dan juga penyelenggaraan. Setiap modul saya boleh tambah dan buang dengan mudah. Malah tema blog saya pun saya dapat secara percuma. Anda juga boleh mendapatkan blog percuma di Wordpress.com. Kepada sesiapa yang ingin mencuba, saya berikan 4 1/2 bintang untuk Wordpress… :)

Jangan lupa, setiap yang hebat, pasti ada yg cacatnya.. Cari lah .. Kita kongsi sama2


Actions

Informations

7 responses to “Wordpress - Kaedah blog ekpress”

18 09 2006
cikgubiz (09:20:12) :

Betul tu wordpress memang best….

18 09 2006
zhafran (15:11:07) :

good review..act aku nak wat blog jugak. niche dah ade tp skrg ni quite bz la. masih menunggu-nunggu ebook terhangat dipasaran oleh irwan dahnil ;)

19 09 2006
Labanon (01:01:43) :

Wordpress no 1!!!

Ia mudah utk diselenggarakan berbanding blogspot

20 09 2006
starstreet (20:41:30) :

saudara irwan… saya ada ac wordpress jugak baru bukak… masalah saya tiap kali bukak blog saya ni atau sesiapa pun… akan keluar error yang suruh send error report… kemudian samaada kita click send or dont send dia tetap akan tutup semua ie yang telah dibuka…. so macam mane nak buat yerk… saya guna opera ok… tapi kawan2 yang baru masuk terus hilang link saya…. dan orang taknak datang lagi sebab dia dah tutup sume window explorer yang ada…

21 09 2006
irwan.dahnil (00:33:57) :

starstreet,

Saya rasa bukan masalah wordpress… tapi saya rasa itu adalah masalah IE @ Windows… Kalau boleh bukak guna browser lain, saya rasa, tak der masalah…

p/s : Gunalah mozilla.. :)

21 09 2006
Azahari (17:25:12) :

Saya nak tanya kenapa guna link
http://www.irwandahnil.com/?p=52 sebab ada pilihan tukar kepada yang bentuk macam ni:-

http://www.irwandahnil.com/09/06/Wordpress-Kaedah-blog-ekspress/

ini lebih SEO friendly :)

21 09 2006
irwan.dahnil (18:35:52) :

Azahari…terima kasih atas cadangan. Nanti saya ubah option utk lebih SEO friendly ya. Cuma masa mulakan blog ini belum ada strategy utk buat marketing utk blog ni… insyallah, ada masa lapang sikit ada beberapa perubahan juga hendak dilakukan…

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>