Cyberlaw - Adakah hak anda di Internet dilindungi ?

20 09 2006

Beberapa lama saya menunggu bentuk undang-undang perdagangan di Internet. Lebih-lebih lagi banyak berlaku kes-kes penipuan (seperti SwissCash), kita sebagai pembeli atau penjual di Internet, sangat terdedah dengan risiko seperti ini.

Saya telah membaca berita di akhbar Utusan ini ketika di Kota Kinabalu, tetapi belum berkesempatan untuk mengulas. Apa pun, selepas ini, saya akan post kan beberapa artikel dan penemuan kajian undang-undang siber (cyberlaw) yang berkaitan (sekiranya ada) bagi anda. Ini mungkin membantu anda. Anda perlu tahu apa yang melindungi anda …

Berita ini saya edit, hanya untuk fokus kepada perkara utama…

Lindung e-dagang: Akta Pengguna 1999 dipinda

ALOR STAR 5 Sept. – Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi melaksanakan Akta Perdagangan Elektronik 2006 yang bertujuan melindungi pengguna yang membuat transaksi secara elektronik atau e-dagang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S. Veerasingam berkata, langkah itu untuk membolehkan para pengguna membawa peniaga yang didapati melakukan penipuan ke tribunal pengguna dan dikenakan tindakan.

…………………………..

………………………….

‘‘Di bawah akta ini, kita boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat dan ejen yang terlibat dengan penipuan atau memberi maklumat palsu terhadap produk dan perkhidmatannya.

‘‘Jika masalah yang timbul melibatkan syarikat berpangkalan di luar negara, kementerian akan bekerjasama dengan rakan sejawat kami di negara terlibat ataupun tribunal pengguna di negara itu untuk mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan,” katanya.

………………………….

………………………….

Veerasingam berkata, pindaan akta itu akan dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada penggal pertama tahun hadapan.

Pada masa ini, katanya, negara tidak mempunyai undang-undang yang mengawal penjualan melalui Internet atau e-dagang bagi membolehkan pengguna mengambil tindakan terhadap peniaga.

Pengguna, tegasnya, perlu berfikir secara bijak terutama apabila berhadapan dengan ‘tawaran’ pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak 300 peratus dalam tempoh 15 bulan.

p/s : Bagaimana pula melindungi hak peniaga internet terhadap pengguna/pembeli yang tidak asli ? Yang hanya ’suka-suka’ untung mempermainkan peniaga ?? Harap2 akta yang dipinda lebih menyeluruh ..


Actions

Informations

2 responses to “Cyberlaw - Adakah hak anda di Internet dilindungi ?”

25 10 2006
e-1 (07:03:08) :

Beberapa lama saya menunggu bentuk undang-undang perdagangan di Internet. Lebih-lebih lagi banyak berlaku kes-kes penipuan (seperti SwissCash) - Maaf empunya blog.. Tolong carikan bukti atau mana-mana individu yang tertipu dengan swiss cash? pls.. dah 3 hari saya redah.. tak jumpa pun.. semua puji.. ajer.. semua payment dapat. Saya teringin benar klu ader rakyat negara ini ditipu Swisscash. Tapi orang yang tertipu tuh jangan main cakap ajer.. sila kepilkan bukti-bukti. saya nak masukkan dalam blog saya. Pls…
Note : Harap moderator blog tidak memasukkan fakta tanpa bukti.. nanti keluhuran blog anda di ragui..

25 10 2006
irwan.dahnil (09:33:19) :

e-1,

Saya akan postkan beberapa bahan menarik tentang undang2 siber.. mungkin membantu. so, kene selalulah berkunjung ke blog saya ya…

p.s : Saya memang dan telah memastikan kandungan blog saya mengikut fakta sebenar.. biasanya kalau bukan fakta, saya tuliskan sebagai bukan fakta…

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>