Wordpress - Kaedah blog ekpress

18 09 2006

Sudah hampir 2 bulan kandungan irwandahnil.com saya andalkan pada kecekapan Wordpress. Sehingga kini Wordpress tidak memberikan sebarang masalah kepada saya, malah Wordpress adalah antara perisian percuma yang paling mudah pernah saya digunakan untuk mengelolakan blog.

Wordpress adalah satu perisian percuma yang dibangunkan untuk memudahkan kerja2 mengemaskini kandungan web dan hasil penulisan (irwandahnil. com adalah satu contoh yang sesuai) yang digunakan secara meluas. Dahulunya saya pernah menggunakan laman web blog percuma seperti Blogspot yang saya rasa mudah, tetapi Wordpress muncul dengan version 1.5 sebagai tool yang lebih popular yang boleh diperolehi secara percuma. Sejak 2005, Wordpress telah dimuat turun lebih dari 900,000 kali dan telah digunakan secara meluas.

Kepada golongan teknikal : Wordpress adalah Projek Open-Source. Jadi anda boleh gunakan, costumize juga seperti perisian open-source yang lain. Menggunakan php dan MySQL dan dibawah lesen GPL. Adalah kesinambungan dari projek b2/cafelog dan sekarang merupakan versi yang stabil

Bagi saya apa yang bagusnya Wordpress, adalah betapa mudahnya untuk pemasangan dan juga penyelenggaraan. Setiap modul saya boleh tambah dan buang dengan mudah. Malah tema blog saya pun saya dapat secara percuma. Anda juga boleh mendapatkan blog percuma di Wordpress.com. Kepada sesiapa yang ingin mencuba, saya berikan 4 1/2 bintang untuk Wordpress… :)

Jangan lupa, setiap yang hebat, pasti ada yg cacatnya.. Cari lah .. Kita kongsi sama2






Bila aku nak kaya?

14 09 2006

Ramai orang berkata, “Seronoknya engkau, dah kaya berniaga!” atau “Tak pe la, ko orang business, duit banyakkk”..

Saya selalu didengarkan oleh rakan2 disekeliling saya mengenai frasa di atas atau seumpamanya. Saya cuma mendengar dan sekadar tersenyum. Mengiyakan tidak, menggelengkan pun tidak. Cuma tersenyum…

Hakikatnya cuma saya sahaja yang tahu. Malah sesiapa yang menjadi usahawan, pasti tahu bila ‘roda’ itu akan berputar. Bila ada wang di saku, bila pula ‘kering-kontang’. Bila rasa seronok bila memegang wang, bila pula hati berduka dan gundah-gulana bila semua serba tak kena.

Cuma alhamdulillah, kita mesti memegang prinsip berpijak di bumi nyata. Life goes on. Business pun macam tu jugak. Bila dah start, memang tak boleh nak buat U-turn. Selalu2 lah ingatkan diri, gagal itu adalah permulaan kepada kejayaan.

CUBA NILAI DIRI ANDA !!….

1. Saya masih boleh terus membayar gaji pekerja saya, sewa ofis, bil utilitii dan hutang masih dalam kawalan.

2. Saya masih boleh berbelanja untuk diri sendiri dan keluarga.

3. Saya masih boleh membayar ansuran kereta saya (walau hanya kereta kecil seperti saya :) )

4. Saya masih boleh membeli rumah dan harta (walau tak banyak)

5. Saya masih menjadi pengguna kad kredit yang tak dibeban hutang keterlaluan

6. Saya tidak pernah berpatah balik makan gaji selepas memulakan perniagaan

Kalau anda mempunyai statement seperti diatas, TAHNIAH! Perniagaan anda sudah lepas di peringkat ’survival’.

Walau pun kecil, itulah ‘indicator’ kepada perniagaan yang telah usahakan beberapa tahun. Ramai juga kawan yang cuba berniaga, tetapi kembali makan gaji. Ramai juga yang terus terbeban dengan hutang bila berniaga. (Saya juga berhutang, tapi slow2 bayar). Banyak juga projek yang terbengkalai :). Tapi itulah asam garam, sepak terajang perniagaan. Mencabar!

Mungkin kadang kala kita terlupa sejauh mana kita sudah berada bila kita terlupa apa yang telah kita capai dan apa yang Allah telah berikan. Bersyukur is the word… Masa anda untuk kaya dunia dan akhirat akan tiba .. Insyallah






Gaji di Copenhagen, Belanja di KL .. CEPAT KAYA !!

13 09 2006

Kajian Price & Earning 2006 oleh UBS mendedahkan beberapa fakta yang menarik untuk dikongsi. Kajian ini adalah untuk menentukan kos kehidupan, gaji dan kuasa beli di bandaraya tersebut. Daripada kajian yang dilakukan terhadap 71 bandaraya di dunia , KUALA LUMPUR ADALAH BANDARAYA YANG PALING RENDAH KOS KEHIDUPAN!!

Yang agak ironinya, dalam kita sedang bergelut dengan kos kehidupan yang semakin meninggi, KL tetap di ranking terbawah. Kuala Lumpur berada di tangga ke 53 dari segi gaji ( rendah sangat rupanya gaji kat Malaysia ni ) dan berada di tangga ke 39 dari segi kuasa beli. Kira boleh tahan jugalah kehidupan di KL ni berbanding dengan bandaraya lain. Syukur…

Beberapa fakta utama lain :

  1. Oslo, London, Copenhagen, Zurich dan Tokyo menjadi bandaraya yang mempunyai kos kehidupan yang tinggi.
  2. Zurich, Geneva dan Dublin merupakan top-three dalam kuasa beli.
  3. Orang Asia bekerja lebih kuat + lebih masa – LEBIH 50 hari ! berbanding Eropah Barat ( rajin betul orang Asia ni )

“Besar periuk, besar pula keraknya “. Dalam erti kata pendapatan dan perbelanjaan, mungkin merujuk kepada situasi di mana semakin besar pendapatan seseorang, semakin banyak perbelanjaannya.

Tetapi, kalau kita ikutkan peribahasa diatas, secara relatifnya, lagi besar pendapatan, semakin tinggilah belanja. Boleh tak agaknya, kita nak periuk yang besar, tapi kerak yang sedikit @ atau tak de kerak langsung?? Pendapatan yang besar, tapi perbelanjaan yang rendah. Kuasa beli yang tinggi! Jawapannya TENTUNYA BOLEH!!! Tajuk posting diatas menjawab soalan tersebut… :)






MAS pasca rasionalisasi

11 09 2006

Sebenarnya rasionalisasi MAS dan Airasia nie dah lama saya follow.. Cuma selepas trip pergi balik ke Kota Kinabalu dengan MAS minggu lepas membuatkan saya terpanggil untuk melihat sejauh mana perkembangan berita ini. Mungkin tidak perlu saya untuk mengulas ‘kejayaan-demi-kejayaan’ Airasia dalam perniagaan penerbangan tambang murah. Yang lebih menarik perhatian saya, apa yang telah berlaku dan akan berlaku pada MAS.

Saya tidak bercadang untuk menghurai panjang tentang keadaan MAS kerana saya rasa tidak layak pula untuk mengulas. Cukup saya katakan ini adalah pandangan peribadi saya dan saya percaya banyak isu atau hal2 lain yang tertinggal. Mungkin ada juga fakta2 yang tidak tepat atau mengelirukan. Itu lah tujuannya, supaya sesiapa yang dapat sumber dan fakta yang boleh dipercayai, dapat berkongsi.

Selepas MAS mengumumkan kerugian dalam akhir akaun, ramai yang terkejut. Justeru, kerajaan mengarahkan MAS mengkaji semula sebab2 dan juga meminta MAS untuk mengemukakan cadangan2 untuk memperbaiki prestasi syarikat penerbangan ulung negara. Antara perkara yang masih saya ingat adalah dengan melaksanakan VSS, mengurangkan kos operasi, cadangan menjual bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, rasionalisasi laluan penerbangan dan paling saya tak tahan tu, harga tiket naik lagi .. Fuhhhh!!… Ikut sedap je.. Alasan kukuh dengan menyatakan harga minyak yang semakin memuncak… Dan yang paling happy dengan langkah2 MAS ni, siapa lagi kalau bukan jaguh tambang murah, “Everyone can fly“….

Saya tidak menyalahkan MAS dalam usaha rasionalisasi mereka untuk menaikkan semula MAS. Saya tengok MAS betul2 bersungguh2 untuk mengurangkan kos operasi, malah tiket yang saya beli pun lebih ‘low-cost’ dari Airasia. Cuma sekeping kertas, printed atas kertas computer form. Hahah…

Walau macam mana pun, saya akan terus tengok lagi perkembangan industri penerbangan Malaysia ni.. Berita terkini adalah apabila Menteri mengumumkan pertambahan penerbangan ke Sabah dan Sarawak. Muskil, dulu dok pi gatal kurang kan flight ke sana, sekarang ni dok sibuk pulak nak tambah balik.. Saya jadi confuse dan keliru!!






Muat Turun Disini!

8 09 2006

Anda boleh muat turun ebook tersebut disini!

KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN






Tips untuk ‘tap’ pasaran sasaran

8 09 2006

Kebanyakan masalah usahawan baru adalah berkaitan dengan pasaran atau jualan. Secara khususnya, bidang ini yang menentukan sejauh mana perkembangan perniagaan anda, sama ada anda boleh survive dalam dunia perniagaan yang mencabar. Saya tidak nafikan ramai diantara usahawan boleh menghasilkan sesuatu dengan kualiti yang baik, tetapi ramai yang tersangkut ditengah jalan apabila tidak mempunyai strategi pemasaran yang lengkap boleh menjana hasil. Lebih2 lagi sekiranya produk kita adalah penemuan baru atau inovasi, pasaran menjadi semakin sukar ditembusi.

Bagi usahawan tekno, ini mungkin membantu anda :

1. Melalui Technology Update
Semasa lawatan saya ke Bangkok, saya dapat mencuba Windows Vista. Apabila saya balik ke KL, technology dan pendekatan terkini saya sebarkan kepada semua termasuk clients, supplier, business partners malah rakan sepejabat. Ini membantu saya memberi satu fasa awal untuk promosi jualan produk saya kelak. Anda perlu ‘knowledgeable’ dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi. Sekali berubah, pengetahuan anda juga bertambah. Pelanggan gemarkan vendor atau supplier yang berpengetahuan luas. Lebih baik menjadi usahawan yang lebih pandai dari client! Apa yang anda kata, pasti menjadi bahan pertimbangan dalam mempengaruhi keputusan pembelian pelanggan. Lambat laun, projek mesti masuk!

2. Request for Proposal (RFP)
Quote apa yang En Shahrizin cakap. Pelanggan tak mintak pun produk@service kita. Tapi kita ni yang pepandai dan secara proaktif memberi cadangan! Sama ada diterima @ tidak, perkara kedua. Usahawan perlu pandai menyampaikan idea bagaimana untuk menyampaikan ‘hajat’ kepada pelanggan.

3. Technology Focus
Khususkan kepakaran anda kepada beberapa area sahaja. Jangan tunjukkan anda boleh buat semua@supply semua. Nanti pelanggan ingat anda ni tidak lebih dari seorang trader. Bina kredibiliti dalam bidang yang anda khususkan.

4. Proof of Concept & Proof of Technology (POC & POT)
Saya sanggup berikan product @ perkhidmatan saya secara percuma asalkan saya mendapat green lite dari pelanggan untuk lakukan POC & POT. Ini bermakna 50% potensi produk saya telah diterima oleh pelanggan. Sekiranya POC & POT saya berjaya mencapai matlamat, lagi 40% keyakinan pelanggan bertambah. Tugas saya selepas ini, perlu mendapatkan lagi 10% kepercayaan untuk menjadikan ia suatu jualan! Lebih baik saya usahakan 10%, kerana 90% telah ‘melakukan promosi’ tanpa saya membuka mulut. Action speaks louder than word!

5. Pilot Site
Minta pelanggan untuk berikan satu pilot site. Cukup dengan alasan untuk mencuba produk anda. Mereka sudah 50% percaya kepada anda kalau anda dapat yakinkan mereka untuk memberi satu Pilot Site.

Bagi saya, kalau saya dapat laksanakan antara perkara diatas, merupakan satu ‘kemenangan‘. Saya bukan semata2 ingin produk @ service saya dijual, tetapi saya perlukan ‘laluan’ untuk memberitahu pelanggan apa produk yang saya ada dan apa yang saya boleh lakukan.

Saya selalu menggunakan kaedah 4 dan 5. So far, kaedah tersebut works for me. Apakah kaedah yang terbaik untuk anda ?






7 Laluan ke Pasaran

7 09 2006

Wahhh.. Minggu ni saya cuma bercerita tentang pasaran.. Begitu pentingnya pasaran, sampaikan saya sendiri akan anggap sebagai perkara yang paling penting dalam perniagaan. Tidak bermakna produk yang baik, kecuali memberi manfaat kepada orang lain. Itulah pemasaran, berfungsi menghubungkan produk@perkhidmatan yang baik kepada orang yang menerima manfaat.

Sebagai alternatif, ada beberapa channel of distribution kepada produk @ perkhidmatan anda. Anda perlu memilih salah satu/lebih dari satu, yang perlu ditetapkan pada awal perniagaan. DIINGATKAN! Jangan memulakan perniagaan kalau tiada laluan langsung yang anda pilih!

1. Memasarkan sendiri

2. Melantik agen

3. Melalui Pemborong

4. Membekalkan kepada pengedar

5. Membekalkan utk eskport

6. Pasaran kontrak

7. E-DAGANG

Opportunist sekalian….. Pilih mengikut kemampuan dan pengetahuan anda.. Tidak perlu buat semua! Kalau nak buat semua itu sebaik2nya :)

Anda pilih yang mana ya?






POP KUIZ untuk Usahawan Internet sekalian…..

6 09 2006

Saya sempat buat posting nie sebelum flight ke Kota Kinabalu… Penting untuk saya kongsi.

Memandangkan medium blog nie memudahkan saya mencapai usahawan internet @ pembeli sekalian, saya ingin mengambil kesempatan ini kepada semua untuk bertanya 2 soalan berikut. Sekadar untuk menguji anda :

1. Kalau anda pembeli barang melalui internet, apakah SATU cara utama perkara yang membuatkan anda yakin bahawa anda tidak akan ditipu ?

2. Kalau anda penjual barang di internet, apakah SATU cara paling penting yang anda akan lakukan untuk anda yakinkan pembeli anda yang anda bukan menipu atau ’scam’?

SAYA JAMIN 90% JAWAPAN ANDA ADALAH TIDAK TEPAT!!!

Apa kata anda ???  Cuma SATU sahaja tau jawapannya ….






Potensi Pasaran Malaysia!

6 09 2006

Cuba anda lihat fakta2 pasaran Malaysia di bawah ini.

  • 25.6 Juta Penduduk
  • Pertambahan Penduduk 650,000 setahun
  • Pendapatan Per Kapitan RM14,098 setahun
  • 17 juta pelancong asing setahun , sasaran 20.1 juta pelancong pada 2007
  • 1.82 juta pekerja asing
  • pendatang tanpa izin ??? (anggaran 465,000 orang)
  • 40,000 penuntut luar negara

TIDAK TERUJA KAH ANDA ??? Masih belum nampak apa perniagaan yang sesuai ? Belum nampak peluang perniagaan? Masih belum memulakan sesuatu perniagaan ?

Bangun… bangun.. bangun….

Itu belum statistik luar Malaysia…

Kalau lah dari pelancong asing saya boleh buat duit RM1 seorang, saya sudah jadi jutawan! Itu belum USD1…. :)

APA IDEA @ POTENSI PERNIAGAAN ANDA BOLEH LAKUKAN DENGAN STATISTIK DIATAS?






Sensasi.. sensasi…

5 09 2006

Sensasi 1

Saya memang minat abes Crocodile Hunter @ Steve Irwan Irwin tu.Tapi bila saya baca Yahoo! News semalam yang benar2 mengesahkan kematian beliau, saya terpaksa percaya. Sebelum ni ada khabar2 angin yang Irwin dah mati di baham buaya..Cerita karut tu saya tak percaya sebab saya tengok Irwin masih seronok dengan alam buaya dan binatang2 nya. Tapi this time, Irwin betul2 meninggal… And this time, for REAL!! Takder khabar2 angin dah.. Semalam pun saya turned TV RTM dan TV3 menyiarkan kesahihan berita kematian beliau. Channel TV lain saya tak pasti.

So, hakikat ini saya terima. Dah tiada lagi ‘orang gila’ macam Irwin yang melompat2, berlari2 mencari nahas bermain dengan binatang yang ‘jinak’ .. He will be remembered anyway… Mungkin ada tak dukun2 buaya Malaysia yang boleh buat dokumentari macam Irwin ??

Sensasi 2

Dah lama saya mengikuti perkembangan calon2 angkasawan Malaysia pertama. So semalam, Pak Lah dah umumkan 2 finalist yang akan mengikuti latihan dan ujian 12 bulan di Rusia untuk menentukan siapa wakil Malaysia utk keluar dari orbit bumi selepas 2 hari Malaysia menyabut ulang tahun yang ke 50 tahun. Bagi saya berita ini sensasi disebabkan saya rasa lepas2 ni susah betul nak cari peluang @ berita tentang angkasawan Malaysia. Ini pun dapat pergi sebab timbal balas kerajaan Rusia sebab Malaysia beli jet dari mereka. Kalau nak hantar sendiri, saya rasa baik duit yang digunakan kerajaan belanjakan untuk naik taraf pengangkutan awam. :)

True confession, saya juga salah seorang dari 10,000 orang yang memohon nak jadi angkasawan. Tapi mungkin disebabkan saya ni tak cukup kelayakan @ ‘tak cukup bagus’ saya tak dapat masuk. :) Saya kagumi kebolehan kedua2 calon finalis kita. Dr. Seikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed. Memang layak!

Sensasi 3

Saya akan buat ‘pendedahan‘ perniagaan berasaskan SMS… Ehh… Bukan nak ajak korang join affiliate ke ape… Cuma sape2 nak try buat business seperti ringtone, games malah nak buat konsep macam AFUNDI tu mungkin boleh membantu.Siapa2 yang berminat untuk belajar kaedah dan cara nya, rajin2 la datang jenguk blog saya yaaa!!