E-Book Rahsia Buat Duit Dengan SMS Di Pasaran!

30 10 2006

Salam Sejahtera,

Akhirnya, seperti yang saya janjikan. Anda boleh perolehi e-book ini sekarang.

Bersyukur kepada Allah mempermudahkan kerja-kerja menyediakan infrastruktur dan kandungan e-book tersebut. Juga kepada Sabri, Zhafran, Aris, Hisham dan semua partners yang memudahkan kerja saya kali ini.

Secara dasarnya ebook ini saya mengupas satu persatu langkah dalam menjalankan perniagaan SMS. Kepada yang masih baru dalam perniagaan SMS, jangan risau. Buku ini menyentuh dari asas perniagaan SMS sehingga memberi beberapa petunjuk kepada anda bagaimana anda boleh menggunakan SMS sebagai alat untuk anda menjana pendapatan.

E-Book ini didatangkan dalam 3 pakej istimewa untuk jangkamasa terhad sahaja! Pakej Basic hanya berharga RM27, Pakej Regular RM37 dan Pakej Super RM67. Sudah tentunya terdapat keistimewaan yang besar dalam ketiga-tiga pakej. Cuba selak-selak bonus yang saya berikan. Saya merancang untuk melaksanakan satu bengkel untuk mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan SMS ini kelak.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai affiliate, saya sedang mengenakan ’sentuhan terakhir’ untuk mewujudkan irwandahnilAffiliate. Nantikan. Komisennya pasti lumayan.

Saya juga telah mewujudkan SMSBlog. Saya berazam untuk mengisi blog ini dengan pengisian yang dapat membantu mereka yang ingin menceburi perniagaan SMS. Lagipun, belum wujud blog yang seumpamanya berbahasa Melayu di Malaysia!

Akhir kata, terima kasih kepada semua sekali lagi atas sokongan kalian.






Apakah jenama PC pilihan anda?

26 10 2006

Salam Sejahtera,

Dalam beberapa tahun lepas, saya sering keliru dengan jenama PC yang ‘terbaik’ untuk dicadangkan kepada pelanggan. Ada yang kata Dell bagus, ada yang kata HP lebih baik. Untuk prestasi yang lebih baik ada yang mencadangkan IBM (sekarang Lenovo). Tidak kurang yang memuji kehebatan Fujitsu.

Memandangkan saya adalah usahawan, saya tidak peduli sangat dengan jenama. Apa ada pada jenama!? Asalkan pelanggan puas hati, itu sudah mencapai matlamat. Tetapi berbalik kepada soalan asal saya, PC mana yang lebih baik, bagi saya masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan. Biarlah ia terus menjadi misteri…

Perspektif saya sebagai usahawan teknologi, saya lebih memilih ‘market trend’ dan pilihan pengguna global sebagai PC pilihan saya. Mengapa? Kerana saya bukanlah pengeluar komputer, tetapi menjadi trader untuk perkakasan tersebut. Tambahan pula, pengguna di Malaysia juga sebenarnya terbuka dengan jenama (ada brand dah ok lah tu!), so tidak terlalu memilih sekiranya ada jenama dan jaminan kualiti.

Mengikut kajian terkini, HP telah mendahului Dell dari segi jumlah jualan PC secara global. HP hanya berkelebihan sedikit daripada Dell, iaitu kira2 0.02% lebih dari Dell. Ini diikuti oleh Lenovo, Acer dan akhir sekali Toshiba..

Ini menjadi ‘rahsia menjual’ saya.. (nak pecah rahsia ni..)

Bila client saya tanya, saya akan ceritakan statistik tadi. Selain dari membantu pelanggan saya memilih jenama, menampakkan saya ni usahawan yang berilmu, ye tak ??

p.s : Client memang suka vendor/syarikat yang berpengetahuan luas, dan selalu bagi consultancy percuma!! Cuba lah kalau tak percaya :)






Masih dalam mood raya?

25 10 2006

Salam semua,
Finally, its done! Lega rasanya saya dah selesai upgrade utk blog saya..

1. Autoresponder sudah berfungsi. Terpaksa export current subscriber ke sistem yang baru. Dah amik masa berminggu2 nak selesaikan. Banyak outstation (lagi..) dan tak dapat nak selesaikan. Tapi sekarang dah ok.. Cubalah!

2. PERHATIAN! Kepada semua yang berminat dan TELAH mendaftar utk mendapatkan 10 copy E-Book Rahsia Buat Duit Dengan SMS, sila check mailbox anda. Siapa cepat dia dapat! 10 SAHAJA! Saya telah emailkan ketika pada Hari Raya Pertama :)

3. Kepada sesiapa yang tidak sempat mendaftar, boleh mendapatkan preview E-Book Rahsia Buat Duit Dengan SMS bermula 24 Oktober 2004. Dan ianya adalah PERCUMA!

4. Tarikh Pelancaran Rasmi E-Book Rahsia Buat Buku Dengan SMS adalah 31 Oktober 2006! Kunjungi laman web yang akan diiklankan dalam masa beberapa hari ini, dan mungkin ada surprise untuk anda!
5. Blog saya sudah berwajah baru versi 1.2. Saya cuma besarkan sedikit tulisan supaya mudah baca dan saya tambah banner di atas… Saya masih mengekalkan latarbelakang putih dan modul2 yang saya gunakan sebelum ini…

Selalu2lah datang ya dalam 2-3 hari nie.. Mana tau saya nak jamu dengan ‘ketupat + rendang + open house’ ke..






Selamat Hari Raya - Minal Aidil Walfaizin

24 10 2006

Selamat Hari Raya!

Alhamdulillah. Selesai sudah kita menunaikan puasa selama sebulan sepanjang Ramadhan. Saya rasa bersyukur kali ini dapat menyempurnakan ibadat dengan baik. Semoga segala amal kita diterima oleh Allah. Insyallah.

Tidak seperti ramai ‘bloggers’ yang lain yang mengambil cuti untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga, saya dapat meneruskan pengisian blog saya pada kali ini di rumah orang tua saya di Selayang. Capaian internet 24 jam dan saya rasa, musim raya ini memberi saya lebih masa untuk blog dari hari2 kebiasaan.

Bukan saya nak berkongsi cerita raya. Memang tak banyak pun cerita raya yang dapat dikongsi. Mungkin, maybe seronok juga dapat mengayam ketupat, dan gotong-royong bersihkan rumah bersama adik beradik yang lain.

Apa pun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat kesilapan bahasa, atau tutur kata yang tidak menyenangkan. Sesungguhnya dijadikan setiap hari itu untuk kita menginsafi diri dan bermaaf-maafkan. Bermaafan itu adalah pengubat jiwa.

p.s : Ketupat tersebut adalah gambar ketupat sebenar yang diambil 2 jam selepas masak!






Anda yang tidak segah ASTRO pun boleh buat duit SMS

21 10 2006

Bila tengok Akademi Fantasi, tidak mungkin kita ‘orang biasa‘ dapat membuat program seperti itu. Bukan sahaja popular, tetapi mampu menjana jutaan pendapatan. Kerana tiada modal, tiada pengaruh, tiada kuasa, susah untuk menyamai ‘teraju’ lubuk wang seperti Akademi Fantasia.

Saya sentiasa mencari jalan bagaimana ANDA dapat melaksanakan perniagaan SMS yang mudah, bermodalkan kecil dan sederhana, dan lebih releven dengan perniagaan anda (anda perlu tahu tentang industri hiburan sekiranya nak buat program seperti AF).

Banyak cara yang saya tengok telah dipraktikkan oleh mereka yang ‘celik teknologi’. Yang penting anda perlu ketahui rahsia wang SMS boleh ‘diculik’ hatta 1 SMS sekalipun!

Ebook RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS menghampiri tarikh pelancaran ! Subscriber akan mendapat “special gift” RAYA!!! Anda yang belum subscribe, jangan tunggu lama2 okay…






Tanda2 Hari Raya Sudah Hampir..

19 10 2006

Salam Sejahtera,

Sengaja saya tulis blog ni ketika semua umat Islam sedang menghadapi hari2 terakhir Ramadhan. Sebenarnya saya sudah mula bercuti dari kerja2 pejabat sejak semalam dan terus pulang ke ‘kampung halaman’. Walaupun masih awal, tetapi saya sudah rasakan ‘bahang’ hari raya..(** Kampung saya di Selayang je :) )

Hari ini sekadar bercakap2 kosong, tiada apa2 content berkenaan dengan keusahawanan yang khusus. Saya sedang dalam proses untuk menyiapkan Projek Ebook dan juga ‘up-lifting’ blog ni.. Asyik2 warna hijau je, saya rasa nak tukar jadi warna biru bermula hari raya nanti .. Amacam?

Bila hari raya menjelang, ada pelbagai simptom2 serius yang berlaku di Malaysia;

1. Kalau di pejabat, dah rasa semacam je nak pegi office.. mood nak keje pun dah menurun, kerja pun semakin menimbun. Bisik hati “Takpe lah.. siapkan lepas raya”

2. Jalan Tunku Abdul Rahman akan mula jem.. setiap hujung minggu
3. Mengira cuti lebih dari 3 kali.. kalau2 boleh nak extend cuti semaksima mungkin

4. Memastikan tiket bas yang dibeli adalah asli dan tulen. Akan beberapa kali call syarikat bas untuk pengesahan.

5. Dah tak tulis + terima kad raya. Sebaliknya mengira jumlah kad yang diterima tahun ini, dan ready2 nak gantung2…

6. Iklan2 di TV mula memaparkan iklan khusus perayaan, biasanya iklan yang ‘touching’ atau ada moral of the story..

7. Blog anda terasa sepi, dan anda akan terasa bercakap sorang2 di bulan Ramadhan  

Huhu.. banyak betul simptom2 yang ‘tak brapa sedap didengar’.. Tak pe lah.. saya simpan. Orang kata, “Raya setahun sekali….”






Nilai RM1..

17 10 2006

Salam sejahtera,

Saya rasa gembira dengan layanan yang saya terima dari kawan-kawan usahawan di Johor Bahru. Sediakan tempat untuk tidur dan office untuk bekerja ( ketika saya menulis blog ini, saya berada di Incubator UTM ). Saya yang cuma datang tanpa sebarang perancangan khusus, menerima sambutan yang baik dari mereka.

Terima kasih kepada mereka!

Sudah hampir 2 minggu saya tidak menulis, dengan sebenar2 penulisan sebagai seorang usahawan. Coretan saya lebih berkisar kepada apa yang berlaku pada saya khususnya dalam bidang usahawan. Juga beberapa post ‘provokasi’ untuk ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Selebihnya tidak banyak yang saya dapat catatkan.

Sepanjang bulan Ramadhan ni jadual memang penuh, terasa letih juga. Ketika saya menulis posting kali ini, kita akan memasuki hari ke 24 berpuasa.. Ini bermakna, tidak sampai 10 hari umat Islam akan merayakan hari kemenangan Aidil Fitri. Saya secara jujurnya, tidak banyak persediaan hari raya seperti tahun2 terdahulu. Mungkin sibuk dengan beberapa projek dan urusan peribadi.

Anyway, ini merupakan bulan Ramadhan yang terbaik pernah saya lalui.. Mengapa? Saya hargai nilai RM1 !! Saya dapat rasakan betapa susahnya untuk memperolehi RM1 ketika saya berniaga di bazar Ramadhan kira2 4 tahun lalu. Memang ketika itu nilai RM1 memang besar. Besar kerana berniaga bulan puasa memang mencabar, dengan keadaan letih berpuasa, terpaksa pula mengusung barang jualan, bukak kedai, tutup kedai… dan ada kalanya hujan ribut yang menerbangkan payung gerai saya…(saya dulu pernah meniaga pakaian baju melayu dan baju kurung kanak2 di Jalan Masjid India)
Sekarang ni, RM1 mudah sekali keluar dari poket. Mengingat kembali kenangan berniaga di Jalan Masjid India, saya bersyukur kerana saya tidak perlu lagi bersusah2 seperti yang pernah saya lalui. Pengajaran bagi saya, bukan RM1 yang menjadi nilaian tetapi usaha untuk memperolehi RM1 itu lebih bermakna..

p.s: Sedihnya Ramadhan hampir2 meninggalkan kita. :(






Buat WANG melalui SMS

17 10 2006

Cuba anda buat kira-kira jumlah pendapatan SMS yang dihasilkan melalui program Akademi Fantasia :

1. Bila Vince Chong menang AF1, jumlah undian yang diterima adalah 5 juta SMS
2. Rekod 20 juta SMS dicatatkan oleh AF2 apabila Zahid dinobatkan sebagai juara
3. AF3 yang mengangkat Mawi daripada anak Felda kepada selebriti disumbangkan oleh 12 juta undian
SMS
4. Sementara AF4, menjadikan Faizal jaguh dengan mengaut 7.4 juta undian SMS

Jumlah undian adalah (5j + 20j + 12j + 7.4j) 44.4 JUTA SMS !!

Kalau satu SMS dicaj sebanyak RM0.50,secara kasarnya mencatat pendapatan RM22.2 JUTA !!

Yang kayanya Astro dan Maxis (tokei yang sama).

Kalau orang biasa macam kita, yang modal tidak besar, macam mana nak catat keuntungan seperti
itu agaknya ? (psst.. Saya ada dedahkan dalam ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS).. Subscribe sekarang supaya tidak ketinggalan…






Kenapa buat duit dari SMS adalah MUDAH ?

17 10 2006

Kalau menjawab secara terus-terang, saya katakan bahawa rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling pemurah. Mereka sanggup menghabiskan beratus malah beribu ringgit hanya untuk menyaksikan calon pilihan (bukan kenal pun!) terus kekal dalam pertandingan!

Satu lagi adalah faktor hiburan. Rakyat Malaysia memang suka berhibur. Bagi mereka dengan SMS adalah sesuatu yang mengasyikkan dan menghiburkan. Mereka rasakan dengan SMS dapat ‘menghubungkan‘ mereka dengan dunia hiburan. Malah merasakan mereka sebahagian dari kejayaan sekiranya artis pilihan mereka menang!

SMS berfungsi 24 jam. Mudah digunakan. Ada kawan2 kita yang kesunyian malam-malam pun boleh antar SMS kepada orang lain, sekadar berkenalan dan menghilangkan bosan. Siang atau malam, SMS tetap dihantar! Malah, semakin larut malam, semakin banyak SMS dihantar!

Satu lagi faktor, mungkin masyarakat Malaysia, ingin memberi kekayaan kepada mereka yang tahu RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS!! :)






Rahsia Buat Duit Dengan SMS : Purfect writing ?? ;)

11 10 2006

Salam sejahtera, saya terima email dari mentor saya tadi. Saya dah berhubungan dengan mentor untuk pemasaran internet ni lebih kurang 3 bulan bagi mendapatkan bantuan dari segi teknik pemasaran yang betul.

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS merupakan hasil penulisan yang bukannya saya lakukan secara ‘melepas batuk ditangga’ @ sekadar buat, tetapi memang memerlukan komitmen dan pemikiran yang mendalam. Itu tidak termasuk kajian-kajian ilmiah yang berkaitan yang telah saya jalankan lebih setahun yang lalu. Jadi hasilnya, SAYA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA!!

Ebook ini pun dah beberapa kali saya ‘ubahsuai’ bagi kesesuaian pembaca. Membaca email dari mentor menjadikan saya rasa terharu ….Dalam ertikata yang lain, telah beberapa kali diubah mengikut pendapat mentor…. Let the email do the talk ..

Saya akan pastikan anda dapat yang terbaik!!

p/s : Jangan lupa subcribe untuk dapatkan Evaluation Copy Rahsia Buat Duit Dengan SMS