Bila taksub dengan perniagaan internet ..

3 10 2006

Memang tidak dinafikan, perniagaan internet memberikan pulangan yang baik kepada sesiapa yang mengusahakannya dengan cara yang betul. Tetapi menurut satu kajian, disebabkan oleh perniagaan internet yang boleh dilaksanakan dimana-mana, produktiviti kakitangan didapati menurun.

Ini disebabkan mereka sentiasa rasa ‘terganggu’ untuk melaksanakan kerja-kerja pejabat apabila PC mereka sentiasa ‘connected’ kepada internet. Sukar untuk mereka untuk fokus kepada kerja mereka, apabila ada kawan online yang ‘BUZZ‘ mereka atau ada instant msg yang masuk. Bagi mereka unsur ini adalah sangat susah untuk ditangkis.

Hahahah…. itu baru symptom2 je… Ramai je kawan2 kita yang buat internet marketing mereka dipejabat. Niat untuk tambahkan pendapatan (kerana rasa gaji tak cukup), tetapi niat baik tidak menghalalkan cara. Saya yakin produktiviti mereka akan menurun, apabila masa di pejabat lebih banyak digunakan untuk mengurus perniagaan dari bekerja untuk boss… Berikanlah saya 1000 alasan dan bukti sekali pun, bahawah produktiviti anda tidak menurun, saya tidak percaya produktiviti anda tidak tergugat!

Pengiraan mudah :

1. Checking email 10 minit
2. Baca utusan.com.my 15 minit
3. Baca berita2 sensasi yang lain 15 minit
4. Tengok order dari pelanggan dan update katalog 30 minit
5. Uruskan operasi perniagaan internet 15minit
6. Bagi komen dalam forum 20 minit
7. Bagi komen pada blog kawan2 30 minit
8. Update blog 30 minit
9. Upgrade sikit website perniagaan 30minit

Huhuhu.. itu baru sikit… bukan itu sahaja kan? Banyak lagi masa yang terbuang kalau saya senaraikan. Kepada kawan2 yang masih makan gaji, ingat2 la setiap saat kita bekerja dibawah boss kita, kita dibayar gaji. Itu adalah satu amanah dan janji kepada syarikat. Kalau syarikat anda menghasilkan RM1000 dalam masa 1 minit, cuba anda darabkan dengan berapa minit anda telah ‘curang’ terhadap kerja anda, anda telah menghasilkan ribuan ringgit kerugian kepada syarikat anda.

Patutkah anda dipecat?


Actions

Informations

13 responses to “Bila taksub dengan perniagaan internet ..”

3 10 2006
Fuad (23:05:59) :

Stuju2.. :-) Kene la wat kat rumah ye..

4 10 2006
zhafran (06:36:39) :

nak senang jadi jer full time internet marketer

takde org nak marah

ngadap la pc tu 24 jam pon

hehe :)

4 10 2006
irwan.dahnil (12:36:16) :

Ramai yang tak setuju dengan pendapat saya diatas.. Ramai yang menyatakan perniagaan internet boleh dibuat secara part time waima dari pejabat sekali pun…

Yang penting adalah disiplin.. kalau benar sekali pun di office, tetapkan jngkamasa.. jangan keterlaluan.. Tetapi berapa ramai antara kita yang cukup disiplin untuk mengawal diri dari sekurang2nya membalas mesej kawan di YM??

4 10 2006
Azahari (17:54:38) :

Betul la apa yang dikata tu.. saya setuju. Tapi pada pendapat saya kalau keje gomen yg memang takde keje/tak banyak sangat kerja nak buat,lebih baik la buat bisnes internet dari tidur kat tempat sendiri je.. hehe… tapi kalau banyak kerja di pejabat,kena kawal diri tu.Jangan sampai terjejas mutu kerja.

Kalau tempat saya duduk/kerja ada internet,saya pun jadi antara yang disebut di atas…hehehe…

4 10 2006
zamrizain (19:12:52) :

memang benar produktiviti menurun jika wat keje sendiri di pejabat. Jika YM online, Ade je spam, kawan2 tegur. email2 yg kita subcribe mesti dibaca. Utusan dan Bharian nk kene baca gak… akhbar alternatif nak kene baca gak.. blog2 bisnes selalulah! pastu ikut thread di forum n respon…. tup -tup….. tgk jam kul 11 dah wei………. aduh 1 keje ofis blm sentuhpun w’pun keje dlm komp gak! jadi kawan2, kalau dpt OT byk n byk dpt duit dr OT tp duit tu sekejap dkt kita habis pandanglah blk ke belakang duit tu dr sumber yg bercampur dgn duit tak betul…..maksudnya curi tulang kt pejabat la tu.. sory ye jgan mare ye sbb ia terjadi kt sypun!

4 10 2006
abdfatah (22:53:32) :

waaaaaaaaaaaaa… taksubnya. buat duit dengan internet. memang power beb!

5 10 2006
Labanon (04:42:54) :

You Fired.. tq Mr.Trump… HOHOHOHO rase2 baik wak kat umah laa check2 email aper.. sabar2 laa sedikit masa dok dlm pejabat :D .

5 10 2006
linn_comel (19:39:19) :

labanon..bila dah keje nanti, tahulah camner..hehe
Sebenarnya mmg tak digalakkan guna harta pejabat untuk bisnes. No komen, sbb saya [un tgh guna pc pejabat untuk taip komen ini

5 10 2006
irwan.dahnil (22:41:56) :

yeap..

Macm linn ckap… sape yang dah kerja tu tau la macam mana ‘daya tarikan’ internet tu bila dah ada depan mata….

Kalau 8 jam kerja dalam sehari, mmg bukan 8 jam kerja yang betul2 .. :)

6 10 2006
NasiaQ !! (00:20:21) :

Kalau ikut kata Tan Sri MK, buat kerja halai-balai, atau curi masa kerja tu namanya, makan GAJI HARAM. (that explains why some Malays/Muslims are so taken offensively by him).

jadi, pk2 kan lah. tapi byk lagi isu indirect lain misalnya, pelajar yg diberi biasiswa/pinjaman boleh-ubah utk belajar, tapi byk habiskan masa berniaga sampai tak dapat result memuaskan. adakah ini juga tergolong dlm “pecah amanah”? bagaimana pula dengan penggunaan harta awam, universiti, kerajaan etc.? i guess, it comes back to, kalau still score periksa/kelas, or still contribute to public economy — bagi org lain makan, kerja etc. xpe la kot…

my lima-dit…

8 10 2006
anonymous (18:20:14) :

Salah satu faktor…yeap sayer setuju bebenor, tapikan …org gomen jangan marahlah yer…kalo ader internet lagi elok bleh mencambahkan ilmu sekurang-kurangnyer, tapi kalo yg tak ngadap internet tetap jugak buang masa e.g breakfast sampai pukul 9.30, gayut tepon opis, nyibuk cakap pasal si polan dan si polan , semayang lepas jam 2.00 siap tido kekadang, tengok direct selling nyer katalog, mak cik-mak cik avon, cosway, CNI etc …u name it… sempena raya, ngedar senarai tempahan kueh raya.. Dah setel sume tue dah pukul 5.00….effisyen n multi task kan….hahaahhah :) Again, tepuk dada tanyer iman …. DISIPLIN!!!! Kalo nak buat sume tu pun sekurang-kuangnyer pastikanlah amanah yg dipegang tu dilaksanakan.. :)

9 10 2006
irwan.dahnil (23:00:01) :

pedas..pedas…

No comment …

20 10 2006
suri (08:14:51) :

ya disiplin..penting..

kalau nak buat businees internet buat kat rumah waktu malam..
office.. buat keje pejabat..jangan campur adukan..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>