E-Book Rahsia Buat Duit Dengan SMS Di Pasaran!

30 10 2006

Salam Sejahtera,

Akhirnya, seperti yang saya janjikan. Anda boleh perolehi e-book ini sekarang.

Bersyukur kepada Allah mempermudahkan kerja-kerja menyediakan infrastruktur dan kandungan e-book tersebut. Juga kepada Sabri, Zhafran, Aris, Hisham dan semua partners yang memudahkan kerja saya kali ini.

Secara dasarnya ebook ini saya mengupas satu persatu langkah dalam menjalankan perniagaan SMS. Kepada yang masih baru dalam perniagaan SMS, jangan risau. Buku ini menyentuh dari asas perniagaan SMS sehingga memberi beberapa petunjuk kepada anda bagaimana anda boleh menggunakan SMS sebagai alat untuk anda menjana pendapatan.

E-Book ini didatangkan dalam 3 pakej istimewa untuk jangkamasa terhad sahaja! Pakej Basic hanya berharga RM27, Pakej Regular RM37 dan Pakej Super RM67. Sudah tentunya terdapat keistimewaan yang besar dalam ketiga-tiga pakej. Cuba selak-selak bonus yang saya berikan. Saya merancang untuk melaksanakan satu bengkel untuk mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan SMS ini kelak.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai affiliate, saya sedang mengenakan ’sentuhan terakhir’ untuk mewujudkan irwandahnilAffiliate. Nantikan. Komisennya pasti lumayan.

Saya juga telah mewujudkan SMSBlog. Saya berazam untuk mengisi blog ini dengan pengisian yang dapat membantu mereka yang ingin menceburi perniagaan SMS. Lagipun, belum wujud blog yang seumpamanya berbahasa Melayu di Malaysia!

Akhir kata, terima kasih kepada semua sekali lagi atas sokongan kalian.


Actions

Informations

7 responses to “E-Book Rahsia Buat Duit Dengan SMS Di Pasaran!”

3 11 2006
Galadriel (08:00:56) :

huhu… dah dapat tulis komen kat blog awak ni…

kami tengah tunggu program affiliate untuk RBDDSMS…

3 11 2006
irwan.dahnil (13:53:35) :

Oh ya.. Program Affiliate is running and kickin.. so dah boleh register…

3 11 2006
matzis (16:07:54) :

Saya dah beli ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS ni memang bagus, idea yang sangat kreatif dan boleh menguntungkan kepada mereka yang ingin mencuba. Modal kecil tapi pulangan wow!!. Cuma ada beberapa pertanyaan iaitu kalau boleh beritahu atau berikan contoh nama penyedia gateway sms. Macamana nak memohon gateway tersebut? kat mana nak memohon penyedia gateway sms tersebut? dan banyak lagi ler…cuba kaji semula

Apa-apapun tahniah kerana memberi jalan dan ruang untuk menyediakan plan perniagaan melalui sms ini.

3 11 2006
irwan.dahnil (16:34:44) :

matzis,

Terima kasih kerana membeli. Semoga memberi manfaat kepada saudara.

Kalau baca bebetul saya ada mention dalam ebook tersebut beberapa penyedia gateway sms. Kita bole approach mereka untuk dpatkan perkhidmatan mereka. Cuma kena berhati2 dengan harga dan perkhidmatan yang mereka beri. Dalam ebook tersebut saya ada nyatakan range harga perkhidmatan mereka. Kalau mahal sangat, itu dah tak genuine..

Nak dapatkan perkhidmatan mereka ni umpama kita mendapatkan perkhidmatan web hosting. Kalau kita baik dengan mereka, mereka pun tidak berkira sangat dengan kita.

Bukan saya tak nak huraikan panjang tentang SMS gateway tu, tapi nanti jadi tebal pulak ebook tu.. kalau dah tebal, tentu kena jual mahal ye tak? :) . Ebook tu sebagai pembuka selera je..

Jangan khuatir. Saya sedang memasukkan maklumat2 berguna untuk perniagaan SMS di SMSBlog… Mana yang termampu saya akan bantu.

3 11 2006
Sukeri (17:57:00) :

Saya juga dah beli ebook ni, memang sesuatu yang baru bagi saya dan potensinya memang sangat bagus.

Saya juga dah mula mempromosikannya, ni ada seorang pelanggan yang komplen dah buat bayaran tapi masih tak terima ebook tu di blog saya http://tinyurl.com/u43ya

Harap Irwan boleh follow-up.Saya juga ingin cadangkan Irwan buat ruangan forum ekslusif untuk pembeli ebook ni supaya kita dapat bertukar-tukar idea dan memahami dengan lebih terperinci.

3 11 2006
irwan.dahnil (19:06:20) :

Terima kasih kerana membeli.

Sukeri,

Saya telah menghantar email ebook tersebut kepada beliau. Terdapat sedikit masalah mail server ketika penghantaran tersebut yang menyebabkan email tersebut tidak sampai. So far, cuma beliau sorang sahaja yang tidak menerima ebook tersebut kerana masalah teknikal.

Saya juga sedang menyediakan forum untuk memudahkan perbincangan. Sesiapa yang membeli pakej Regular & Super akan mendapat email khas dari saya untuk menetapkan jadual sesi review pelan perniagaan masing2.

4 11 2006
Siti (13:17:18) :

Sorry la kumbang.. aku dah tak reti nak tulis.. nko tgk.. website aku tu.. dok hantor gambor jer.. nak tulis pun tak reti..tapi teringat jugak nak jadi blogger mcm nko ..haha..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>