Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2006 » October

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

SMS untuk Anda

9 10 2006

Salam sejahtera,

Saya pilih yang ini .. Bagaimana ??? Setuju?

Pertama kali saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang subscribe dalam mailing list saya, tapi ada error. Sebenarnya masih ada error… Yang paling menyedihkan saya tak punya masa untuk repair kesilapan tersebut. Anyway, maklumat email anda semua masuk ke database saya. Subscription anda dikira berjaya.. Dont worry !

Sebenarnya blog saya sedang dalam kerja-kerja integrasi dengan sistem SMS, jadi menimbulkan sedikit masalah teknikal pada database. Maaf banyak2 ye…
Seperti yang saya janjikan, saya akan EMAIL kepada anda PERSONALLY link untuk download buku RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS - Evaluation Copy secara percuma. Kepada yang subscribe sahaja ya!

Ebook yang akan anda download mempunyai maklumat lengkap seperti yang akan saya lancarkan cuma satu perkara yang tidak saya sertakan adalah dari segi BONUS!! Sorry, tiada BONUS… Bonus hebat2… Antaranya, consulting dan SMS business coaching, juga dengan peluang perniagaan SMS dengan modal RM0 !!

Itu saja catatan pendek saya.. Kepada mereka yang telah subscribe, jangan lupa perika mailbox anda ya… Minggu depan saya akan berada di Johor Bahru.. Ada presentation projek, so agak sibuk sikit minggu nie untuk preparation

Selamat Meneruskan Puasa!








Lubuk Duit SMS

9 10 2006

Dibawah saya boleh senaraikan rancangan realiti dimana rakyat Malaysia membelanjakan wang melalui SMS :

1. One In A Million
2. Mentor
3. Malaysian Idol
4. Akademi Fantasia 1-4
5. Audition
6. Rock Unite
7. Pop Stars
8. Project Superstar
9. Blast Off

Banyak betul orang bermurah hati untuk ‘mengundi’! Kalau satu undian dikenakan caj RM0.50, berapa agaknya jumlah wang yang rakyat Malaysia telah ‘laburkan’ ?

Mengikut trend, rancangan berbentuk hiburan menjadi kategori menyumbang paling banyak pendapatan. Kepada anda yang mahukan wang melalui SMS, hiburan (tidak semestinya nyanyian sahaja) menjadi kunci kepada pendapatan terbesar SMS..

Tahu mengapa ??

p/s : Sudahkah anda subscribe newsletter irwandahnil.com ? Pastikan anda tidak terlepas dengan
pelancaran RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS… Cepat, cepat…








Terbongkar jua akhirnya..

6 10 2006

Saya dah tak larat membendung email bertalu2 mintak saya releasekan ebook tu cepat2… Bukan saya tak mahu, tapi saya rasa ada beberapa perkara yang saya belum selesaikan. Dan kandungan nya juga saya sedang perbaiki..Semuanya yang terbaik untuk anda.. So, sabar ya!

Mana satu pilihan anda??

Cuma dibawah ni saja saya boleh bongkarkan untuk anda.. Saya sedang pilih2 cover yang sesuai utk ebook ini … mana satu pilihan anda ? Vote anda menentukan cover yang akan saya pilih nanti..

A .B.

C. D.

p.s : Seni adalah subjektif… Design ni je ada .. ke ada orang nak tolong designkan utk saya ?? heheh

p.p.s : Insyallah minggu depan dah boleh download dah sebahagian dari ebook ni… Sabar ok.. Nak full version, 1 minggu lepas raya

p.p.p.s : Buku ini bole didownload PERCUMA utk 10 orang pertama sahaja … tapi jangan download sekarang ….lepas raya untuk full version








Jimatkan perbelanjaan buat website anda…

6 10 2006

Tahukah anda sekiranya anda ingin membuat e-commerce website, anda boleh mendapatkan potongan cukai dari pihak kerajaan ?? Tidak tahu?? Jom, saya bagitahu berita baik ini..

Sebenarnya berita ini bukan berita baru. Walaupun cerita ini adalah pada tahun 2003, masih ramai yang belum tahu mengenai perkara ini. Sebenarnya kalau anda bila satu laman web yang berasaskan e-commerce, anda boleh memperolehi potongan cukai 20% dari jumlah kos pembangunan web tersebut.

Caj la pembangunan web anda mahal2 sikit (tapi munasabah) .. 20% dari Rm100,000 kan menjimatkan RM20,000 dari duit anda? Anda tidak mahu ??








Bila taksub dengan perniagaan internet ..

3 10 2006

Memang tidak dinafikan, perniagaan internet memberikan pulangan yang baik kepada sesiapa yang mengusahakannya dengan cara yang betul. Tetapi menurut satu kajian, disebabkan oleh perniagaan internet yang boleh dilaksanakan dimana-mana, produktiviti kakitangan didapati menurun.

Ini disebabkan mereka sentiasa rasa ‘terganggu’ untuk melaksanakan kerja-kerja pejabat apabila PC mereka sentiasa ‘connected’ kepada internet. Sukar untuk mereka untuk fokus kepada kerja mereka, apabila ada kawan online yang ‘BUZZ‘ mereka atau ada instant msg yang masuk. Bagi mereka unsur ini adalah sangat susah untuk ditangkis.

Hahahah…. itu baru symptom2 je… Ramai je kawan2 kita yang buat internet marketing mereka dipejabat. Niat untuk tambahkan pendapatan (kerana rasa gaji tak cukup), tetapi niat baik tidak menghalalkan cara. Saya yakin produktiviti mereka akan menurun, apabila masa di pejabat lebih banyak digunakan untuk mengurus perniagaan dari bekerja untuk boss… Berikanlah saya 1000 alasan dan bukti sekali pun, bahawah produktiviti anda tidak menurun, saya tidak percaya produktiviti anda tidak tergugat!

Pengiraan mudah :

1. Checking email 10 minit
2. Baca utusan.com.my 15 minit
3. Baca berita2 sensasi yang lain 15 minit
4. Tengok order dari pelanggan dan update katalog 30 minit
5. Uruskan operasi perniagaan internet 15minit
6. Bagi komen dalam forum 20 minit
7. Bagi komen pada blog kawan2 30 minit
8. Update blog 30 minit
9. Upgrade sikit website perniagaan 30minit

Huhuhu.. itu baru sikit… bukan itu sahaja kan? Banyak lagi masa yang terbuang kalau saya senaraikan. Kepada kawan2 yang masih makan gaji, ingat2 la setiap saat kita bekerja dibawah boss kita, kita dibayar gaji. Itu adalah satu amanah dan janji kepada syarikat. Kalau syarikat anda menghasilkan RM1000 dalam masa 1 minit, cuba anda darabkan dengan berapa minit anda telah ‘curang’ terhadap kerja anda, anda telah menghasilkan ribuan ringgit kerugian kepada syarikat anda.

Patutkah anda dipecat?








ANDA suka baca yang senget ke tepi ATAU seimbang ?

1 10 2006

Mana Satu PILIHAN ANDA?

Posting kali ini saya sengaja tidak ‘justify’kan kandungannya (biasanya susunan ‘justified’).. tidak seimbang kiri dan kanan .. Kali ini, semua ke kanan… MANA SATU PILIHAN ANDA ? Bantulah saya untuk memberi keselesaan kepada ANDA untuk membaca!!


Hampir satu minggu saya tidak dapat mengemaskini kandungan blog. Kepada mereka yang memerlukan lebih banyak bahan, sabar, saya akan cuba sedaya upaya untuk masukkan posting yang menarik dah ‘fresh’ untuk anda. IrwanSyah.com Irwandahnil.com akan terus menjadi sumber maklumat keusahawanan anda!
Cerita 1

Saya sedang deploy macam2 tools dalam blog ni.. ada yang OK, ada yang KO! .. tu sebab jadi huru-hara tu .. Saya sedang preparing untuk pelancaran ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS ! Jadi minta maaf lah kalau kurang beri perhatian kepada perkara2 teknikal ini. Kalau2 anda ada jumpe sebarang masalah dengan features dalam blog ni kasi tau ye…

Cerita 2

Akhirnya Wordpress saya jumpa ‘kelemahannya’.. Hahah… Anda sedar atau tidak dalam masa seminggu lepas menu disebelah kanan blog saya ‘terturun’ ke bawah… Macam2 usaha saya cuba.. apa yang tak kena.. Saya masuk forum, ask around apa problemnya… Tension juga. Saya agak sibuk sepanjang minggu lepas, blog pulak nampak macam rumah tak siap! Tapi alhamdulillah, saya dapat setelkan masalah ‘kecik’ ni..

p/s : Baru je rasa nak puji2 wordpress… huhu.. kensel..!

Cerita 3

Saya terpaksa ‘retract’ @ tarik balik kandungan yang mengandungi fadhilat solat terawih tu.. ada kawan yang maklumkan content yang saya postkan itu bukan dari sumber yang kuat. Wallahualam. Saya pun tidak mahu mengambil risiko, lebih2 lagi kalau dalam hal-hal agama nie..