Persamaan SMS + Internet Business

29 11 2006

Salam Sejahtera,

Catatan saya kali ini lebih istimewa kerana saya berada di tasik yang luasnya kira-kira 7,000 ekar di utara Malaysia. Di mana ya? Agak terkilan sedikit tidak dapat membuat posting beberapa gambar yang sempat diambil kerana tersilap bawak cable utk transfer gambar dari digital kamera to laptop. Anyway, tak pe.. nanti posting akan datang saya akan cuba siarkan ok ? Alah.. bukan superstar pun :)

Apa saya buat di tasik ini ?
Sebenarnya saya dalam hari pertama untuk pengambaran PROJEK ALPHA. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Tunggulah perkembangannya nanti ya. Masih lagi ‘big secret’.

Calling for My Business Partner
Oh ya … Dah terlari dari tajuk pula. Minggu lepas saya telah emailkan kepada semua pembaca ebook saya mengenai ‘temujanji’ kami. Saya sudah bersedia dan saya ingin mulakan sesi mentoring dan consulting kepada mereka yang betul2 berminat untuk menceburi perniagaan SMS. Dan ini adalah PERCUMA! Yeap, untuk mereka yang mendapatkan Pakej Super + Regular. So, jangan lupa jenguk2 email anda. Ada maklumat penting saya sampaikan. Sememangnya saya mencari partner yang sesuai.
Pilih Niche
Telah beberapa email saya terima yang meminta bantuan untuk perniagaan SMS mereka. Idea bagus, tetapi saya katakan pada mereka, walau apa perniagaan yang anda lakukan, anda perlu pilih produk atau perkhidmatan yang anda ingin lakukan. Apa yang membezakan anda dengan pesaing anda? Lagi pun saingan bukan sedikit. Perlu lebih berhati-hati. Sudahkah anda membuat kajian pasaran tersebut ? Kadang-kala kita rasa syok sendiri. Hati-hati!

Fikirkan model perniagaan
Dalam perniagaan internet, kita perlu fikirkan model laman web kita. Adakah mini site, sales letter atau shopping cart? Begitu juga perniagaan SMS. Apakah model perniagaan kita ? Di manakah ‘datang’nya hasil yang sebenar? Dari caj SMS atau dari pertambahan jualan hasil dari promosi SMS? Ini perlu dibezakan.

Kepada yang menghantar email untuk bertanya tentang perniagaan SMS, sebelum baca ebook saya, saya nasihatkan dapatkan ebook tersebut dan baca dahulu. Itu akan memudahkan ( sangat akan memudahkan ) anda memahami bentuk perniagaan anda.

Saya akan sambung lagi mengenai memilih produk atau perkhidmatan dalam post-post akan datang.

p.s : Oh ya! Saya dapat ilham di tasik ini untuk mengubah pakej dan harga EBook Rahsia Buat Duit Dengan SMS! Ada beberapa bonus yang ingin saya tambah, tapi yang pastinya saya TAMBAH juga harganya!






Adakah Ebook lebih baik dari Book?

28 11 2006

Salam Sejahtera,

Disebabkan oleh perkembangan teknologi, ebook menjadi pilihan pengguna untuk mendapatkan maklumat. Huruf “e” disitu membawa makna electronic, buku didalam format elektronik atau digital. Ia bukan buku bercetak atau produk digital, tetapi kandungannya adalah sama seperti yang didapati dalam Book.

Kebaikan
Ebook mempunyai kekuatannya sendiri. Mempunyai element yang bukan hanya merangsang mata dan otak ketika membaca, tetapi boleh dimasukkan element seperti warna dan hyperlink ke dalamnya. Dan ia boleh dilakukan dengan mudah dan murah!

Tidak dinafikan Book mempunyai nilainya yang tersendiri khususnya boleh dipegang. Maklumlah, kita kalau boleh nak pegang, rasa dan belek baru rasa puas hati beli buku. Sampaikan kadang2 bacanya tidak!!

Impak
Ebook sebenarnya memberikan impak yang besar dalam menyebarkan ilmu. Dahulunya dalam satu kajian, didapati rakyat Malaysia membaca hanya 2 buku setahun! Tetapi dengan ebook yang lebih murah dan mudah didapati di internet, menggalakkan kita lebih membaca. Walaupun saya tidak punya statistik yang kukuh dalam perkara ini, tapi saya percaya, ramai yang mendapat benefit dari konsep ebook ini.

Kedua-duanya ilmu. Tiada beza. Cuma jangan la sesekali meminta pekedai @ penjual buku antarkan ebook tu ke rumah anda! Itu memang tidak wujud!

p.s : Kadang2 pening bila orang tidak boleh bezakan formatnya…






irwandahnilAffiliate - Early Pay Day!

27 11 2006

Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya biasa menandatangan buku cek untuk pembayaran gaji staff. Disebabkan staff saya yang tidak ramai dan organisasi yang kecil, maka tidak terasa sangat kerja2 menyediakan pembayaran kepada mereka. Lebih2 lagi ada kerani akaun yang menyediakan akaun dan cek.

Tapi hari ini, saya mendapat pengalaman baru mengendalikan pembayaran komisen kepada semua affiliate saya. Rasa agak kekok dan agak tidak terurus sedikit. Mungkin pengalaman pertama mengendalikan kerja2 pembayaran. Anyway, saya akan cuma perbaiki mana2 kelemahan.

Anyway, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 27 orang affiliate aktif yang membawa jumlah komisen sebanyak RM1,722.80.

Untuk makluman lanjut mengenai pembayaran komisen irwandahnilAffiliate, layari SMSBlog. Sesiapa yang masih belum menerima bayaran, sila maklumkan ya..






Teknik Promosi Mengikut Pelanggan, Masa dan Tempat

25 11 2006

Salam Sejahtera

Semasa saya di Kuantan, saya tertarik dengan iklan yang dilakukan oleh pihak hotel ini. Iklan ini adalah iklan yang pertama sekali pengguna jalan raya utama akan nampak, berbanding dengan nama hotel itu sendiri.

Saya cuba bacakan untuk anda.. “Quick Lunch Promotion”. Pihak hotel mengenakan charge RM30 seorang untuk set makan tengahari dan menawarkannya dengan PERCUMA sekiranya set makanan yang dipesan dihidang lewat dari 15 minit!


*maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Snap pakai hp je dari dalam kreta pulak tu..

Menarik bunyinya tawaran tersebut. So, what’s the catch? Takkan promosi dilakukan membuta tuli je kan.. Mesti ada udang balik mee.. Kalau anda tengok di banner tersebut, tawaran tersebut sah sepanjang Oktober dan November 2006 sahaja. Disinilah twist promosi ini. Cuba anda bayangkan, bulan Oktober adalah bulan puasa dan November pula adalah bulan raya dan ramai bercuti. Tentunya tidak ramai yang datang untuk lunch bukan? Lebih2 lagi tempat tersebut adalah hotel. Tentunya orang lebih sibuk dengan urusan famili dari datang ke hotel.

Di sebelah kiri iklan tu pula tercatat “For Busy Executive On-The-Go”. Promosi ini ditujukan kepada pelanggan2 eksekutif yang sibuk tak hingat sampai lunch pun tak sempat. Kenapa pelanggan ini yang disasarkan? Heheh.. sudah tentunya tidak ramai orang yang datang berkeluarga untuk lunch di hotel!

Memang sesuatu promosi tu menggunakan sentimen yang dekat dengan pelanggan, dan seboleh2nya mendapatkan personal attention dari pelanggan. Mengapa saya membaca banner promosi ini? Mungkin saya salah seorang dari eksekutif yang sangat sibuk dan selalu on-the-go tu…

Nampak macam mana mereka memanipulasikan sentimen personal saya ?






Catatan sebelum bertolak ke Kuantan

22 11 2006

Salam Sejahtera,

Saya akan bergerak ke Kuantan untuk 4 hari. Paling cepat 3 hari… saya tak pasti hotel yang saya duduk ada internet ke tidak. Hotel di Melaka ada internet, tetapi tiada coverage di bilik hotel saya.. :( Jadi saya amik kesempatan untuk mencatatkan sesuatu.

Bandwidth SMSWang.Com bertambah lagi..
Ini kali kedua dalam bulan ini saya upgrade bandwidth laman web ini. Err… lebih tepat, kali kedua saya upgrade dalam masa 2 minggu. Saya tidak mahu berlaku seperti minggu sebelumnya bila mana laman web tersebut tidak dapat dibuka. Rugiiiii!

Untuk Affiliate
Sekembalinya saya dari Kuantan, saya akan menghubungi anda rakan2 perniagaan saya untuk ‘bonus’ bulan ini. Tidak kurang 20 orang rakan kita yang akan rasakan manisnya wang bulan ini :)

Projek SMS
Kalau tak kerana outstation 2 minggu berturut2, projek SMS saya telah sedia untuk dilancarkan! Sistemnya dah siap, cuma belum untuk promosi.

Iklan! Iklan!
Sesiapa yang berminat untuk join venture projek SMS saya, oleh emailkan saya secara peribadi. Kepada yang berminat sahaja ya! Keutamaan mereka yang rajin mengadap PC dan buat internet marketing!

Konvensyen Peserta Seminar SaifulSham
Calling..calling .. kepada kawan2 saya yang sama2 duduk sedewan ketika seminar dahulu, sifu nak buat konvensyen.. jangan lupa reply email sifu ok!

Jumpa lagi !






Kalau tidak selalu berada di pejabat..

18 11 2006

Salam sejahtera,

Baru sejam lalu saya sampai semula di KL setelah 4 hari berada di Melaka. Letih tak terkata, tapi apa boleh buat, saya terpaksa berkejar semula ke KL pada hari Ahad menghadiri wedding adik saya. Nasib baik sempat!

Ramai yang tanya saya, kenapa saya selalu tinggalkan office.. Nanti staff tak curi tulang ke? :) Saya cuma senyum mendengar soalan tersebut. Memang saya selalu tinggalkan office. Kadang-kala dalam seminggu cuma sekali 2 sahaja saya dok di office.. Itu pun tidak lama, dalam 4-5 jam sahaja. Yang selebihnya saya berada di luar office atau outstesen.

Sebenarnya, saya ada formula sendiri bagaimana nak tinggalkan office. Dalam erti kata lain bagaimana nak jadikan office kita dengan minimum supervision. Staff tetap buat kerja, office selamat, dan yang paling penting, kerja saya berjalan seperti biasa.. Dah 4 tahun saya amalkan formula ini ( anyway, ini bukan formula pakai SMS ya! :) ) Nantilah saya cerita… panjang pula nanti..

Gmail on mobile


Saya paling seronok dapat tinggalkan office tapi saya masih dapat check email saya seperti biasa. Sekurang2nya saya tidak terlepas membaca sebarang email. Mungkin kurang selesa sebab terbiasa dengan menggunakan mouse dan keyboard, tetapi bagi saya ini adalah penyelesaian terbaik daripada saya tidak tahu apa yang berlaku dan paling memeningkan kepala bila balik office, buka email, ada berpuluh2 email yang perlu dijawab! Lebih baik ada yang simple dan mudah dari tiada langsung. Tiada rotan, akar pun berguna kan?

Try everything first!
Itu nasihat Sabri yang saya akan kenang sampai bila2.. Cikgu, kali ni saya buat silap lagi.. Saya tak cuba autoresponder betul2 sebelum guna. Padahnya, saya terlambat seminggu dari perancangan untuk menghubungi pembeli ebook saya. Ramai dari mereka yang mahukan temujanji untuk perniagaan SMS mereka. Saya pun dah janji dengan mereka. Kepada mereka, ampun kan saya kerana terlambat seminggu!. Janji saya tak buat lagi!






Bersatu kita teguh..

13 11 2006

Salam Sejahtera,

Berita ni bulan lepas dipublishkan di Berita Harian. Cuma saya tidak buat posting awal kerana tarihk tersebut orang masih sibuk beraya :). Saya bukan untuk mengulas program yang dikendalikan oleh SKALI, cuma yang penting sebenarnya saya suka dengan konsep dan pendekatan perniagaan yang dilaksanakan. Program yang mengumpulkan syarikat2 kecil yang berwibawa ini akan mewujudkan rangkaian perniagaan yang kuat.

Inilah yang sebenarnya kita sebagai usahawan perlu wujudkan. Rangkaian perniagaan! Kebanyakan lebih seronok berniaga sendirian, tetapi percayalah, dengan rangkaian merupakan fast track untuk perniagaan berkembang.

Mengapa perlunya rangkaian perniagaan ?
Anda tentunya pakar dalam bidang khusus anda. Dalam rangkaian perniagaan, setiap rakan dalam rangkaian juga mempunyai bidang pengkhususan masing2. Complement each other. Tak perlu berebut peluang yang sama. Anda boleh fokus bidang anda, dan begitu juga dengan yang lain.

Daripada kita bersaing, baik kita berganding!

——————————————————————————–

Berita Harian 25/10/2006 : SKALI, penyedia penyelesaian, perkhidmatan dan sistem e-perniagaan, akan melancarkan program penyumberan luar dikenali sebagai together@skali mulai Januari tahun depan.

Presiden dan pengasas bersamanya, Tengku Farith Rithaudeen, berkata program itu bertujuan membantu dan memberi peluang kepada lebih banyak usahawan tekno Bumiputera mengambil bahagian secara lebih berkesan dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kian berkembang di negara ini.Beliau berkata, syarikat ICT Bumiputera terlalu kecil bilangannya mewakili hanya kira-kira 20 peratus penguasaan pasaran.

Walaupun berwibawa, tetapi memandangkan kebanyakannya bersaiz kecil dan berbekalkan modal kecil, orang ramai kekal skeptikal akan kemampuan sebenar mereka.“Kalau diberi peluang, mereka akan berkembang,” katanya dalam satu temu bual dengan Berita Harian baru-baru ini. Tengku Farith berkata, menerusi program together@skali, Skali menawarkan kepakaran dan mengembangkan idea e-Perniagaannya kepada rakan ICT bagi membolehkan kepakaran rakan ICT itu dimanfaatkan secara komersial.

Beliau berkata, antara tumpuan utama program itu ialah membolehkan produk rakan ICT terbabit mendapatkan akses pasaran. “Kami mensasar 400 rakan ICT menerusi program itu dalam tempoh lima tahun akan datang, yang mana 70 peratus daripadanya adalah syarikat Bumiputera” katanya.






Hati-hati dengan penipuan PayPal

9 11 2006


Salam Sejahtera,

Biasanya pagi2 saya berasa segar dan gembira. Tapi mood pagi saya pagi ini diganggu dek email yang saya terima dari PayPal yang menyatakan salah seorang dari pembeli ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS yang membayar menggunakan PayPal menyatakan bahawa beliau tidak membuat sebarang pembelian dan mendakwa telah berlaku kecurian identiti dan spoofing pada akaun PayPalnya. Jadi beliau menuntut wang dikembalikan.

PayPal sedang membuat penyiasatan. Tapi dari sumber yang boleh dipercayai, PayPal nie agak bias dan cenderung kepada pembeli dan bukan kepada penjual kepada saya. Walau pun PayPal menyatakan bahawa sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh PayPal sekiraya barangan telah dihantar, jadi bagaimana dengan barangan digital seperti ebook yang dihantar melalui email? Bagaimana saya dapat membuktikan pada PayPal bahawa saya telah menghantar ebook tersebut ? Hampir mustahil…

Saya diberi 2 pilihan oleh PayPal, sama ada memulangkan wang pembeli atau dapat membuktikan bahawa barangan saya telah dihantar kepada pembeli. Sudah tentunya saya tiada pilihan, melainkan untuk memulangkan wang tersebut! Dan ‘blacklistkan’ email pembeli tersebut dari berurusan pada masa hadapan.
Maybe ada cara lain…??






Usahawan dilahirkan, bukan dicipta

8 11 2006

Salam Sejahtera,

Saya tidak ingat pada hari apa saya melihat berita ASTRO mengenai laporan latihan keusahawan dan kemahiran teknikal yang dilaksanakan di salah sebuah universiti tempatan. Menurut Presiden universiti tersebut, program anjuran universiti diolah dengan memasukkan nilai keusahawanan dalam bidang teknikal yang dipelajari. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar mengambil diploma atau ijazah Teknologi Maklumat, maka diserapkan nilai-nilai keusahawanan dalam sepanjang kursus tersebut. Ini bermatlamatkan supaya pelajar tersebut dapat melihat potensi perniagaan yang ada dalam bidang teknologi maklumat dan menggalakkan pelajar akan memulakan perniagaan sendiri tanpa mengharapkan kerja makan gaji.

Saya sangat memuji langkah universiti tersebut diatas langkah tersebut. Inilah bagaimana sebenarnya kita mencari usahawan sebenar. Bagi saya, usahawan mestilah dibentuk melalui minat. Berniaga kerana memang suka berniaga. Rasa gembira dapat memberi servis kepada pelanggan. Dapat melihat peluang perniagaan dengan ilmu yang diperolehi. Tidak mengharapkan orang lain untuk mengisi kocek sendiri.

Nilai ini tidak dapat disekolah. Street Smart! Keusahawanan adalah pengajian sepanjang hayat. Teruskan belajar. Itulah guru yang paling berguna…






Selamat Pengantin Baru Adik ku…

6 11 2006

Salam Sejahtera

Dalam masa seminggu, saya benar2 terikat dengan jadual peribadi yang sangat ketat. Seminggu selepas raya, saya membuat pelancaran Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, dan diikut dengan persediaan perkahwinan satu-satunya adik perempuan saya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dan mulai hari ini saya boleh bekerja seperti biasa…

Post kali ini, tiada yang berkaitan dengan keusahawanan teknologi dan internet. Cuma saya ingin merakamkan tahniah kepada adik saya. Semoga jodoh berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Amin.