Post Pelancaran Rahsia Buat Duit Dengan SMS

3 11 2006

Salam Sejahtera,

3 hari lepas merupakan tarikh pilihan saya untuk pelancaran E-Book Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Alhamdulillah, walau dengan banyak masalah ketika pelancaran, ia berlangsung dengan baik dan memberikan hasil yang sangat luar dugaan saya.

Beberapa perkembangan yang berlaku yang ingin saya kongsikan :

1. Hari pertama telah mewujudkan 58 affiliate pemasaran dan berjaya menjana pendapatan pada hari pertama pelancaran. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang sama-sama mengambil kesempatan ‘mengisi poket’ selepas banyak kehabisan wang beraya sakan! Nantikan cek di pintu rumah anda di akhir bulan okay!

2. Mailing list saya bertambah 100% dari jumlah sebelum pelancaran. Saya hanya sempat menghubungi mereka yang mendaftar awal untuk mendapatkan free copy ebook. Insyallah, saya akan hubungi lagi selepas ini khususnya untuk memaklumkan perkembangan terbaru E-Book.

3. Ramai yang tertanya2 kandungan e-book tersebut. Adakah bagus isinya? Ada ‘nilai’ istimewa tak dalamnya? Atau satu lagi percubaan untuk menambahkan bilangan e-book yang umpama tong kosong?… Saya ambil langkah berdiam diri dalam hal ini. Let the book do the talk. Walau apa respon atau pandangan orang lain, for better or worse saya akan terima. Itu pandangan masing2. Saya juga akan dapatkan beberapa review dari pembaca yang telah mendapatkan buku ini. Kita dengar apa kata mereka!

4. Saya akan pindahkan seluruh kandungan yang berkaitan dengan SMS ke rumah baru di www.smswang.com/smsblog. So, ape2 perkembangan berkaitan SMS boleh anda rujuk disana. Saya nak ‘bersihkan’ irwandahnil.com untuk kembali kepada niche asalnya semula iaitu keusahawanan.

5. Kalau berkesempatan, saya nak buat catatan perjalanan internet marketing saya sepanjang mewujudkan smswang.com. Mungkin saya buat dalam bentuk ebook percuma… dah edarkan kepada semua. Saya rasa mungkin boleh menjadi golden nugget kepada mereka yang rasa2 nak berkecimpung dalam internet marketing ni…

Module comment blog ni tak berjalan rupanya.. Terima kasih kepada Galadriel kerana inform kepada saya. Patutla dalam masa 3 hari ni sunyi je blog tanpa sebarang komen.. ingatkan semua dah tak sudi :)


Actions

Informations

6 responses to “Post Pelancaran Rahsia Buat Duit Dengan SMS”

5 11 2006
cikgubiz (08:47:34) :

Testing… mau tak pos dekat ruangan komen. Tahniah buat saudara Irwan Dahnil

P/s : kalau ada lagi free copy ebook pas le kat saya satu :)

6 11 2006
Siti (05:34:10) :

irwandahnilAffiliate dah siap ker? Cadangan saya.. perbanyakkanla, cerita success story tentang perniagaan ini untuk memberikan keyakinan yang tinggi kepada semua pembaca. Sertakan snapshot2 gambar sebenar check pembayaran2 yang telah dibuat kepada pelanggan…

6 11 2006
Dinn (09:48:15) :

Tahniah…sayer kejap lagi akan beli upon promotion dari kawan2 aper pun suatu langkah yang cukup baik dan mendapat komen positive kawan2 yang dah beli. Tapi pasal nak menghebahkan cheaque pembayaran nie hati2 ….soal soal keselamatan diri harus ambik kira juga….selain menjana wang secara halal ader juga yang menjana dan menipulasikan cheaque tu nanti atau menyalahgunakan informasi cheaque… jangan ikut rasa binasa….Mafia juga hidup virtually di sini …Careful Bro! Let the book do the talk…

6 11 2006
irwan.dahnil (10:38:44) :

Cikgu & Dinn, tq for the support

Setuju dengan dinn. Kadang kala hal ehwal kewangan ini mengundang perkara yang tidak diingini juga..

Siti,
Mengenai success story, saya akan sertakan untuk pembeli Ebook Pakej Super. Ini merupakan data perniagaan sulit syarikat yang menjalankan perniagaan SMS. Saya dapat terbitkan pun dengan mempunyai sedikit perjanjian dengan mereka. Sulit!
Kebanyakan yang mengusahakan perniagaan SMS ini tidak mendedahkan perniagaan mereka 100% kerana diklasifikasikan sebagai ‘trade secret’. Kebanyakan mereka risau kalau perniagaan mereka ditiru oleh orang lain.. itu hak mereka.
Kalau kita tengok ramai usahawan internet sekali pun, brapa ramai yang betul2 jutawan yang mendedahkan perniagaan mereka kan? cukup jarang..

p.s : Saya mencari usahawan tulen yang betul2 mahu join dalam SMS business as my business partner. Itu matlamat ebook saya.

7 11 2006
siti (02:53:55) :

Maksud saya mendedahkan pembayaran tu, bukanlah dedahkan semuanya.. ambil yg menarik saja, item2 peribadi tak payah la letak.. takkan tak pernah tgk kot mcm mana org buat snapshot..yang tak mendedahkan rahsia perniagaan..hek ele…

7 11 2006
Gigs (08:17:50) :

Saudara… saye cadangkan sekiranya berhasrat mendedahkan pembayaran tue mungkin pada pendapat saya tak perlu….saye setuju dengan Dinn. Lagi satu, kalo setakat snapshot sape2 boley buat …setakat masukkan jumlah beribu riban dan published, soal genuinenyer pulak akan menjadi isu lain…setuju dengan komen saudara kerana kewangan akan mengundang perkara yang tidak diingini…itu pendapat saya..tapi atas budibicara saudara Irwan sendiri.
Saya prihatin kerana saya pernah menjadi mangsa selepas saya dapat duit hasil simpanan dalam satu skim dan diiklankan oleh pihak Bank.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>