Usahawan dilahirkan, bukan dicipta

8 11 2006

Salam Sejahtera,

Saya tidak ingat pada hari apa saya melihat berita ASTRO mengenai laporan latihan keusahawan dan kemahiran teknikal yang dilaksanakan di salah sebuah universiti tempatan. Menurut Presiden universiti tersebut, program anjuran universiti diolah dengan memasukkan nilai keusahawanan dalam bidang teknikal yang dipelajari. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar mengambil diploma atau ijazah Teknologi Maklumat, maka diserapkan nilai-nilai keusahawanan dalam sepanjang kursus tersebut. Ini bermatlamatkan supaya pelajar tersebut dapat melihat potensi perniagaan yang ada dalam bidang teknologi maklumat dan menggalakkan pelajar akan memulakan perniagaan sendiri tanpa mengharapkan kerja makan gaji.

Saya sangat memuji langkah universiti tersebut diatas langkah tersebut. Inilah bagaimana sebenarnya kita mencari usahawan sebenar. Bagi saya, usahawan mestilah dibentuk melalui minat. Berniaga kerana memang suka berniaga. Rasa gembira dapat memberi servis kepada pelanggan. Dapat melihat peluang perniagaan dengan ilmu yang diperolehi. Tidak mengharapkan orang lain untuk mengisi kocek sendiri.

Nilai ini tidak dapat disekolah. Street Smart! Keusahawanan adalah pengajian sepanjang hayat. Teruskan belajar. Itulah guru yang paling berguna…


Actions

Informations

5 responses to “Usahawan dilahirkan, bukan dicipta”

13 11 2006
soulof99 (13:53:01) :

Mungkin judul entry ni perlu ditukar skit kot. Rasa cam terbalik jer… ;)

13 11 2006
irwan.dahnil (14:20:03) :

Haha.. betul ke… itu amik petikan ayat dari Dekan Universiti yang di TV… :) .. Maybe ada kesilapan pada Dekan kot ..

p.s : Identiti dekan dirahsiakan :)

14 11 2006
soulof99 (04:09:30) :

Mungkin beliau salah sebut kot. Cam hero gak, bukan dilahirkan menjadi hero, tapi dibentuk untuk jadi hero. Camtu ah lebih kurang… ;)

16 11 2006
Kak Chik (13:34:23) :

ye ke dekan yang cakap..abg irwan salah dgr kot..
baik abg irwan “terciptanya usahawan”

18 11 2006
irwan.dahnil (12:34:52) :

Kak Chik,

bukan dekan FTM tau :)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>