Bersatu kita teguh..
13 11 2006Salam Sejahtera,
Berita ni bulan lepas dipublishkan di Berita Harian. Cuma saya tidak buat posting awal kerana tarihk tersebut orang masih sibuk beraya
. Saya bukan untuk mengulas program yang dikendalikan oleh SKALI, cuma yang penting sebenarnya saya suka dengan konsep dan pendekatan perniagaan yang dilaksanakan. Program yang mengumpulkan syarikat2 kecil yang berwibawa ini akan mewujudkan rangkaian perniagaan yang kuat.
Inilah yang sebenarnya kita sebagai usahawan perlu wujudkan. Rangkaian perniagaan! Kebanyakan lebih seronok berniaga sendirian, tetapi percayalah, dengan rangkaian merupakan fast track untuk perniagaan berkembang.
Mengapa perlunya rangkaian perniagaan ?
Anda tentunya pakar dalam bidang khusus anda. Dalam rangkaian perniagaan, setiap rakan dalam rangkaian juga mempunyai bidang pengkhususan masing2. Complement each other. Tak perlu berebut peluang yang sama. Anda boleh fokus bidang anda, dan begitu juga dengan yang lain.
Daripada kita bersaing, baik kita berganding!
Berita Harian 25/10/2006 : SKALI, penyedia penyelesaian, perkhidmatan dan sistem e-perniagaan, akan melancarkan program penyumberan luar dikenali sebagai together@skali mulai Januari tahun depan.
Presiden dan pengasas bersamanya, Tengku Farith Rithaudeen, berkata program itu bertujuan membantu dan memberi peluang kepada lebih banyak usahawan tekno Bumiputera mengambil bahagian secara lebih berkesan dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kian berkembang di negara ini.Beliau berkata, syarikat ICT Bumiputera terlalu kecil bilangannya mewakili hanya kira-kira 20 peratus penguasaan pasaran.
Walaupun berwibawa, tetapi memandangkan kebanyakannya bersaiz kecil dan berbekalkan modal kecil, orang ramai kekal skeptikal akan kemampuan sebenar mereka.“Kalau diberi peluang, mereka akan berkembang,†katanya dalam satu temu bual dengan Berita Harian baru-baru ini. Tengku Farith berkata, menerusi program together@skali, Skali menawarkan kepakaran dan mengembangkan idea e-Perniagaannya kepada rakan ICT bagi membolehkan kepakaran rakan ICT itu dimanfaatkan secara komersial.
Beliau berkata, antara tumpuan utama program itu ialah membolehkan produk rakan ICT terbabit mendapatkan akses pasaran. “Kami mensasar 400 rakan ICT menerusi program itu dalam tempoh lima tahun akan datang, yang mana 70 peratus daripadanya adalah syarikat Bumiputera†katanya.















bagus ler camtu, bantu membantu laa
Bersatu teguh, Bercerai Roboh.. tapi mestilah dalam situasi Menang-Menang, jangan yg kaya makin kaya, yang miskin kena buli.
bagus..bagus..
Kadang-kala kena rajin2 amik peluang… peluang selalu datang, tapi kita bukan hari2 amik peluang yang lalu
Saya rasa yang paling penting Mindset kita. Kalau mindset kita lari dari tujuan asal iaitu bantu-membantu, itu yang kalau bergabung berami-ramai pun tak boeh berjaya
Saudara Irwan
Terima kasih di atas komen dan pandangan yang diberikan oleh saudara Irwan kepada program Together@skali. Sememangnya kami mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan kepada program ini. Saya bersetuju dengan pendapat saudara Irwan, ia akan mempercepatkan lagi proses perkembangan syarikat di samping menggalakkan persaingan lebih sihat dan positif di kalangan peneraju bidang ICT.
Program Together@skali ini akan dilancarkan pada bulan Januari 2007 di mana kami akan menjemput rakan-rakan perniagaan ICT untuk bersama-sama terlibat di dalam projek-projek outsourcing ICT SKALI. Kami di SKALI berasa adalah perlu untuk menubuhkan rangkaian perniagaan yang kukuh dengan mengumpulkan rakan-rakan niaga berpotensi di bawah satu bumbung untuk meningkatkan persaingan perniagaan yang lebih jitu.
Program ini adalah selari dengan moto syarikat kami, iaitu ‘Togetherness’ yang bermaksud ‘Bersama-sama’ dan dengan falsafah inilah menguatkan lagi semangat kami untuk bergiat cergas dan bersaing di persada ICT negara. Kami di SKALI percaya apabila kita berganding bahu, kita bukan sahaja dapat membantu syarikat-syarikat lain untuk berkembang dan maju bersama-sama, malah dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman di dalam bidang ICT ini.
Terima kasih.
T.Farith Rithauddeen, SKALI