Persamaan SMS + Internet Business
29 11 2006Salam Sejahtera,
Catatan saya kali ini lebih istimewa kerana saya berada di tasik yang luasnya kira-kira 7,000 ekar di utara Malaysia. Di mana ya? Agak terkilan sedikit tidak dapat membuat posting beberapa gambar yang sempat diambil kerana tersilap bawak cable utk transfer gambar dari digital kamera to laptop. Anyway, tak pe.. nanti posting akan datang saya akan cuba siarkan ok ? Alah.. bukan superstar pun
Apa saya buat di tasik ini ?
Sebenarnya saya dalam hari pertama untuk pengambaran PROJEK ALPHA. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Tunggulah perkembangannya nanti ya. Masih lagi ‘big secret’.
Calling for My Business Partner
Oh ya … Dah terlari dari tajuk pula. Minggu lepas saya telah emailkan kepada semua pembaca ebook saya mengenai ‘temujanji’ kami. Saya sudah bersedia dan saya ingin mulakan sesi mentoring dan consulting kepada mereka yang betul2 berminat untuk menceburi perniagaan SMS. Dan ini adalah PERCUMA! Yeap, untuk mereka yang mendapatkan Pakej Super + Regular. So, jangan lupa jenguk2 email anda. Ada maklumat penting saya sampaikan. Sememangnya saya mencari partner yang sesuai.
Pilih Niche
Telah beberapa email saya terima yang meminta bantuan untuk perniagaan SMS mereka. Idea bagus, tetapi saya katakan pada mereka, walau apa perniagaan yang anda lakukan, anda perlu pilih produk atau perkhidmatan yang anda ingin lakukan. Apa yang membezakan anda dengan pesaing anda? Lagi pun saingan bukan sedikit. Perlu lebih berhati-hati. Sudahkah anda membuat kajian pasaran tersebut ? Kadang-kala kita rasa syok sendiri. Hati-hati!
Fikirkan model perniagaan
Dalam perniagaan internet, kita perlu fikirkan model laman web kita. Adakah mini site, sales letter atau shopping cart? Begitu juga perniagaan SMS. Apakah model perniagaan kita ? Di manakah ‘datang’nya hasil yang sebenar? Dari caj SMS atau dari pertambahan jualan hasil dari promosi SMS? Ini perlu dibezakan.
Kepada yang menghantar email untuk bertanya tentang perniagaan SMS, sebelum baca ebook saya, saya nasihatkan dapatkan ebook tersebut dan baca dahulu. Itu akan memudahkan ( sangat akan memudahkan ) anda memahami bentuk perniagaan anda.
Saya akan sambung lagi mengenai memilih produk atau perkhidmatan dalam post-post akan datang.
p.s : Oh ya! Saya dapat ilham di tasik ini untuk mengubah pakej dan harga EBook Rahsia Buat Duit Dengan SMS! Ada beberapa bonus yang ingin saya tambah, tapi yang pastinya saya TAMBAH juga harganya!








bukit merah ke? aku berada di sana 30/11 - 2/12, hmm… tak sempat jumpa la ye…
aiseh bro, baru tengok kalendar ko.. ko nye seminar kat dewan mana?
Yeap. Bkt merah. Dewan kalui. Dh kat langkawi ni. Kalu ada kt penang bole jumpa.. Jgn lupa tgk kalendar
Boss.. saya ada jugak bertanya pendapat kengkawan komen diorang ttg smswang ni.. tapi bagaimanakah utk menjawab tuduhan seperti.. kalo betul boleh buat duit.. kenapa dia buat bisnes jual ebook ni? bukannya buat marketing perniagaan sms sendiri? Ntah2 jual ebook dan consultancy lagi kaya drp buat perniagaan sms.. ha.. camana nak jawab ni? Saya nak jawab pun tak reti..
Mung,
Saya akan buat post istimewa untuk menjawab soalan tu .. menarik!
[...] Saya rasa soalan ni dah banyak kali diajukan kepada semua internet marketer dan juga usahawan sendiri. Saya merujuk kepada soalan sahabat saya yang dikenali sebagai ‘Mung’ yang bertanyakan soalan di ruangan comment [...]