Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2006 » November

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

Belanja Iklan Internet Diramal Naik

6 11 2006

Sebenarnya petikan ini ingin saya ulas kerana fakta2 yang ada merupakan alert kepada internet marketer sekelian. Apa yang boleh diterjemahkan daripada berita ini :1. Potensi perniagaan berasaskan internet masih berdiri kukuh malah bertambah dengan peningkatan perbelanjaan iklan di internet.

2. Medium pengiklanan di internet semakin diterima ramai, meningkat dari segi jumlah golongan sasaran.

3. Peluang perniagaan bagi internet marketer utk menyediakan perkhidmatan perundingan pengiklanan yang sesuai untuk si pengiklan. Sebagai contoh, saya mahu iklankan produk baru saya dan saya mahu dan tahu internet merupakan pilihan baik dan berkesan. Cuma saya tak tahu di laman web mana yang perlu saya iklan kan… Nahh! ini sudah satu peluang..

Rajin2 buat research, orang akan mencari perkhidmatan profesional anda.

———————————————————————————

PERBELANJAAN iklan dalam internet di seluruh dunia diunjurkan tumbuh 84 peratus antara 2005 hingga 2008.

“Perbelanjaan iklan dalam internet di seluruh dunia diramal meningkat daripada 4.7 peratus pada 2005 kepada 5.7 peratus tahun ini dan kepada 7.3 peratus 2008.

“Pada kadar ini, jumlah perbelanjaan iklan akan mencapai dua angka di seluruh dunia pada 2011,” kata Gerald Miranda, Ketua Eksekutif ZenithOptimedia Malaysia, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, iklan dalam internet akan menguasai lebih 10 peratus keseluruhan perbelanjaan iklan dalam dua pasaran tahun ini, iaitu United Kingdom (UK) sebanyak 12.9 peratus dan Sweden 10.5 peratus.

“Ini adalah kali pertama perbelanjaan iklan dalam internet mencapai dua angka,” katanya.

Pada 2008, perbelanjaan dalam internet bagi lapan pasaran diramal melebihi 10 peratus, iaitu di Australia, Israel, Jepun, Norway, Korea Selatan dan Taiwan, dengan UK dan Sweden masing-masing 17.2 peratus dan 13.3 peratus.

Jumlah perbelanjaan iklan dalam internet akan mengatasi jumlah perbelanjaan iklan luar premis tahun ini dan ia menyaingi jumlah perbelanjaan iklan di radio.

Jurang antara jumlah perbelanjaan iklan dalam internet dan radio diramal mengecil daripada 3.9 peratus pada 2005 kepada 0.7 peratus pada 2008.

Bagaimanapun, pengiklan dalam 10 kategori teratas telah mengambil langkah berhati-hati untuk memasuki pasaran iklan dalam internet.

Antara 2001 hingga 2005, jumlah peruntukan iklan dalam internet meningkat daripada 2.2 peratus kepada 3.2 peratus.

Dalam tempoh yang sama, jumlah perbelanjaan iklan dalam internet melonjak daripada 2.5 peratus kepada 4.7 peratus.

“Ini bermakna pengiklan kategori kecil telah membelanjakan lebih daripada biasa bagi iklan dalam internet.

“Disebabkan iklan dalam internet murah dan berkesan, ia sesuai untuk pengiklan kecil.”








Post Pelancaran Rahsia Buat Duit Dengan SMS

3 11 2006

Salam Sejahtera,

3 hari lepas merupakan tarikh pilihan saya untuk pelancaran E-Book Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Alhamdulillah, walau dengan banyak masalah ketika pelancaran, ia berlangsung dengan baik dan memberikan hasil yang sangat luar dugaan saya.

Beberapa perkembangan yang berlaku yang ingin saya kongsikan :

1. Hari pertama telah mewujudkan 58 affiliate pemasaran dan berjaya menjana pendapatan pada hari pertama pelancaran. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang sama-sama mengambil kesempatan ‘mengisi poket’ selepas banyak kehabisan wang beraya sakan! Nantikan cek di pintu rumah anda di akhir bulan okay!

2. Mailing list saya bertambah 100% dari jumlah sebelum pelancaran. Saya hanya sempat menghubungi mereka yang mendaftar awal untuk mendapatkan free copy ebook. Insyallah, saya akan hubungi lagi selepas ini khususnya untuk memaklumkan perkembangan terbaru E-Book.

3. Ramai yang tertanya2 kandungan e-book tersebut. Adakah bagus isinya? Ada ‘nilai’ istimewa tak dalamnya? Atau satu lagi percubaan untuk menambahkan bilangan e-book yang umpama tong kosong?… Saya ambil langkah berdiam diri dalam hal ini. Let the book do the talk. Walau apa respon atau pandangan orang lain, for better or worse saya akan terima. Itu pandangan masing2. Saya juga akan dapatkan beberapa review dari pembaca yang telah mendapatkan buku ini. Kita dengar apa kata mereka!

4. Saya akan pindahkan seluruh kandungan yang berkaitan dengan SMS ke rumah baru di www.smswang.com/smsblog. So, ape2 perkembangan berkaitan SMS boleh anda rujuk disana. Saya nak ‘bersihkan’ irwandahnil.com untuk kembali kepada niche asalnya semula iaitu keusahawanan.

5. Kalau berkesempatan, saya nak buat catatan perjalanan internet marketing saya sepanjang mewujudkan smswang.com. Mungkin saya buat dalam bentuk ebook percuma… dah edarkan kepada semua. Saya rasa mungkin boleh menjadi golden nugget kepada mereka yang rasa2 nak berkecimpung dalam internet marketing ni…

Module comment blog ni tak berjalan rupanya.. Terima kasih kepada Galadriel kerana inform kepada saya. Patutla dalam masa 3 hari ni sunyi je blog tanpa sebarang komen.. ingatkan semua dah tak sudi :)