Kertas Kerja Mantap
27 12 2006Salam Sejahtera,
Minggu ini ramai orang yang mengambil cuti panjang sempena Krismas dan Aidul Adha. Capaian internet pun sedikit menurun akhir tahun ni. Sunyi je tak berpengunjung.
Bagus juga ada cuti, saya betul2 gunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan segera projek yang saya perlu selesaikan.
Minggu depan, saya akan membuat pelancaran produk baru yang berkaitan dengan SMS. Insyallah 2 Januari 2007 merupakan tarikh yang saya rasakan sesuai.
Walaupun masih cuti, tapi saya rasa, tiada masa yang sempurna kalau tidak dimulakan secepat mungkin. Apakah projeknya ? Nantikan 2 Januari 2007 ya!
Oh ya, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai topik yang saya rasa sangat penting. Tentunya ramai diantara kita yang dah biasa dengan membuat kertaskerja, tidak kira sama ada untuk tujuan perniagaan atau assignment pelajaran. Konsepnya tetap sama. Cuma mungkin format adalah berbeza.
Kertas kerja perniagaan, walaupun nampak remeh, tetapi memberikan makna yang besar dalam perniagaan. Secara istilahnya, saya selalu memanggil kertas kerja @ proposal sebagai ‘panduan dan pedoman’ dalam kehidupan sesuatu perniagaan. Sangat penting, dengan tiadanya proposal, kita mungkin akan terumbang ambing dalam mengharungi sesebuah perniagaan.
Proposal perniagaan ini disiapkan dengan pelbagai tujuan antaranya :
1. Panduan bagi perancangan perniagaan baru
2. Untuk mendapatkan dan meyakinkan share partner
3. Untuk membesarkan dan memodenkan projek perniagaan yang sedia ada
4. Mendapatkan bantuan pinjaman
5. Guideline untuk memulakan perniagaan
Kerana itu, proposal menjadi sangat penting. Baik dari memulakan perniagaan sehinggalah meningkatkan keupayaan perniagaan. Kalau kita tengok mana2 projek, mesti ada proposal.
Insyallah, kalau berkesempatan saya akan huraikan satu persatu mengenai kertas kerja tersebut.
















Tambah satu lagi produk baru tahniah En Irwan
Terima kasih kepada yang menyokong…
Lepas2 ni, insyallah ada lagi produk2 baru… tunggu ya!
[…] Saya ada poskan beberapa minggu lepas mengenai kertas kerja mantap , mengapa dan kenapa kita memerlukannya. Perlu diingat, kertas kerja disediakan untuk audiens atau pembaca yang khusus. Kenali audience anda. Apabila anda sudah tahu siapa, anda perlu memberi penekanan yang lebih dalam bab-bab yang khusus. Sebagai contoh, sekiranya kertas kerja saya disediakan untuk penilaian pelabur, saya perlu tekankan apakah keistimewaan produk dan perkhidmatan saya, bagaimana saya boleh memenangi persaingan, berapa jumlah pelaburan yang saya perlukan, dan berapa pulangan yang pelabur bakal perolehi. […]
Contoh kertas kerja yang sempurna
Fatimah,
Saya akan kongsi sedikit demi sedikit, kaedah saya buat kertas kerja. Harap2 selalu jenguk blog saya ini ok…
bleh x send kertas kerja mantap kt sy…tq.
irwandahnil : deng, kalau mahukan kertas kerja Taipkan : IRWAN[jarak]KKERJA[jarak]Email Anda dan hantarkan SMS ke 32728Â
saye nk bukak perniagaan cuci kereta di sebuah tempat yg agak besar so…pihak tersebut memerlukan satu proposal sbelum diluluskan.. so.. macammane nak menghasilkan proposal yang saya sendiri xtau nak buat tq