Kertas Kerja Perniagaan - Apa Yang Perlu Ada?
9 01 2007Salam Sejahtera,
Saya ada poskan beberapa minggu lepas mengenai kertas kerja mantap , mengapa dan kenapa kita memerlukannya. Perlu diingat, kertas kerja disediakan untuk audiens atau pembaca yang khusus. Kenali audience anda. Apabila anda sudah tahu siapa, anda perlu memberi penekanan yang lebih dalam bab-bab yang khusus. Sebagai contoh, sekiranya kertas kerja saya disediakan untuk penilaian pelabur, saya perlu tekankan apakah keistimewaan produk dan perkhidmatan saya, bagaimana saya boleh memenangi persaingan, berapa jumlah pelaburan yang saya perlukan, dan berapa pulangan yang pelabur bakal perolehi.
Sebenarnya masa yang paling lama dalam menyiapkan kertas kerja perniagaan adalah MENGUMPULKAN MAKLUMAT.
Terdapat pelbagai ‘mazhab’ atau kaedah penyusunan kertas kerja.Tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kebanyakan kertas kerja boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian
1. Isi Kandungan
2. Ringkasan Eksekutif
3. Jenis Perniagaan
4. Produk atau Perkhidmatan Yang Ditawarkan
5. Pasaran dan Persaingan
6. Perancangan Pemasaran
7. Perancangan Operasi
8. Ramalan Jualan dan Kewangan
9. Analisa Kewangan
10. Apendiks
Biasanya, setiap format kertas kerja adalah berbeza mengikut organisasi, tetapi tetap merangkumi chapter yang disebutkan diatas. Mungkin perbezaan ketara adalah dari segi persembahan, fokus atau penekanan dalam bab2 khusus.
Kita akan bersambung lagi dalam kertas kerja mantap dengan huraian mudah bab2 diatas. Jumpa lagi.















saya amat berminat untuk mengetahui bagaimana membuat satu keras kerja yang menarik dan berkualiti.di dalam laman ini, bolehkah pihak anda memaparkan apakah item-item atau contoh panduan untuk mereka yang sedang menjayakan satu kertas kerja untuk memulakan perniagaan seperti saya?
Nina,
Saya akan cuba buat posting yang berterusan mengenai membuat suatu kertas kerja yang mantap yang biasa digunapakai dalam permohonan pinjaman dari MARA dan juga bank.
Selalu2 lah jenguk blog ini. Insyallah posting2 lain akan muncul
assalamualaikum..
kumbang, tahniah atas kejayaaan..
wsalam linda.. tq for the support…
salam…
saya nak contoh kertas kerja untuk buat pinjaman mara untuk buka perniagaan
saya nak tau macamana format sebenar kertas kerja.contohnya untuk mendapatkan kebenaran untuk mengadakan lawatan ke satu tempat
salam
sy masih belajar.
sy nak lihat satu contoh RP lengkap bagi memulakan sesuatu perniagaan kecil utk assigment berkumpulan sy. Harap pihak tuan dapat memberi kerjasama. terima kasih.
salam……..
saya nak contoh kertas kerja untuk mengembangkan perniagaan di bawah pinjaman skim tabung ekonomi belia
(STEB)..bawah jabatan belia dan sukan
akum’. begini ceritanya, saya dan rakan saya ingin membuka sebuah perniagaan yang memberi perkhidmatan elektronik komputer. masalahnya, saya tidak tahu bagaimana caranya untuk memulakan perniagaan itu. saya harap saudara dapat membantu masalah saya ini. sekian, terima kasih…