Langkah Jutawan dengan Projek SMS X

10 01 2007

Salam Sejahtera,

Saya telah memulakan kerja sejak minggu lalu. Selepas lebih seminggu saya tinggalkan pejabat, minggu lalu agak meletihkan. Tahun 2007 saya mulakan dengan jadual yang ketat dan sasaran kerja + kewangan yang lebih tinggi.

Masih ingatkan ketika saya agak sibuk beberapa bulan lalu apabila saya banyak menghabiskan masa di luar kawasan untuk menyiapkan projek akhir tahun. Alhamdulillah, first round trip, selesai dengan jayanya. Laporan dan kertas kerja juga telah selesai saya dokumentasikan.

Maka, CABARAN 2007 pun bermula pelancaran VCD Buat Sendiri Ringtone Anda. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Cabaran 2007 saya diteruskan dengan Projek SMS X. Ikuti perkembangan Projek SMS X bermula hari ini…

Pengambaran ‘Projek SMS X’

Saya mensasarkan untuk menyiapkan pengambaran Projek SMS X pada akhir Januari 2007. Mengikut perancangan Projek SMS akan mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk disiapkan. Kalau dikira-kira kemungkinan akan selesai pada penghujung Februari. Apa itu Projek SMS X? Nantikan… Yang pastinya tentunya mengenai niche yang saya gemari - SMS

Untuk peringkat pertama pengambaran, saya telah selesai menjelajahi kawasan utara secara spesifiknya Ipoh, Taiping, Alor Setar, Langkawi, Kangar dan Pulau Pinang. Jauh saya merantau, tetapi hasil pengambaran adalah cuma 5% dari content keseluruhan Projek SMS X! Jauh lagi perjalanan saya.


Sebelum shooting, cakap sorang2 dulu hafal skrip :)

Saya mencadangkan untuk menghasilkan suatu produksi 60 minit dalam pelbagai bentuk element multimedia termasuk teks, imej, persembahan slide, video clip, visual dan audio. Saya masih dalam proses rakaman dan menyiapkan shooting. Proses editing akan menyusul dan menentukan kualiti dan hasil post produksi nanti.


Beberapa scene yang ada di Perak dan Langkawi

Pengalaman pengambaran pusingan pertama benar2 mengajar saya erti berdikari. Shooting angle yang perfect cukup susah nak dapat. Di tambah pula dengan masalah audio dan logistik yang lain, untuk shoot 2 minit mengambil masa hampir 1 jam!… Dah lama tak shooting, kali ni terasa gugup pula untuk first scene! 2 jam di bawah lokasi panas mentari.. Biasalah, yang pertama mesti banyak silap, yang lain2 tu follow dengan smooth je..


Masjid tu…

Untuk pengambaran pusingan kedua, kemungkinan saya akan membuat pengambaran di Seremban, Putrajaya, KLCC, Johor Bahru dan Kota Bahru. 3 lagi lokasi masih belum disahkan kerana mempunyai masalah logistik. Anyway saya tidak risau, plan B dan C saya sentiasa stand-by untuk sebarang perubahan!

Pening cari lokasi pengambaran sesuai. Ada sesiapa nak cadangkan lokasi2 eksklusif seperti kampung dia, atau rumah dia? :)

p.s : Saya ubah sedikit nama Projek X ke Projek SMS X untuk mengelakkan kekeliruan dengan projek-projek yang lain.
p.p.s : Projek SMS X ini tiada kena mengena dengan Strategi X Dr Irfan Khairi. Sesungguhnya penggunaan perkataan ‘X’ hanya mewakili ‘unknown element’ dalam projek ini dan tidak lebih dari itu. Sekiranya anda mencari Strategi X, sila layari di SINI


Actions

Informations

7 responses to “Langkah Jutawan dengan Projek SMS X”

11 01 2007
Maizul (21:42:59) :

Wa menariknya produk ni tak sabar rasanya. Kira satu Malaysia la shooting ni.

11 01 2007
irwan.dahnil (22:10:05) :

Cikgu,

Saja2 try… lagi pun kene tambah 2 lagi produk selepas ebook, baru ada impak bila keluarkan killer product..

Wish me luck!

12 01 2007
Nasir (01:53:44) :

amboi, irfan ngan strategi x, irwan lak ngan projek x… seb baik tak triple x je…

12 01 2007
irwan.dahnil (07:41:36) :

Nasir,

ke patut tukar pembolehubah X tu kepada pembolehubah yang lain? Y ke ? Z ke? :)

12 01 2007
leila (07:48:37) :

Assalamualaikum…

bila nak dtg kota bharu? lokasi eksklusif?hmmm…u suka tak rumah tradisional? or taman? lokasi yg mcmana yg u expect?

12 01 2007
irwan.dahnil (08:10:20) :

Leila,

Sepatutnya will be a Kota Bharu pada 19 Januari. Tapi telah dijadualkan semula ke 5 & 6 Februari. Banjir tak ? :)

Saya mencari lokasi yang menjadi icon sesuatu tempat… Contohnya Dataran Helang adalah icon di Langkawi… atau rumah2 tradisi yg mencerminkan kawasan tersebut seperti rumah minangkabau di N9.

18 12 2009
Sya (02:17:33) :

abg ni dulu student ITTAR kn?mcm menarik je biz ni..

irwandahnil : Bukan. Saya pernah buka cyber cafe di ITTAR dahulu.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>