Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/irwany3m/public_html/wp-settings.php on line 18
Usahawan, Perniagaan, Kembara & Inspirasi » Bagaimana Menyediakan Sebutharga?

Bagaimana Menyediakan Sebutharga?

15 01 2007

Salam Sejahtera,

Antara perkara yang paling penting dalam menyampaikan ‘hajat’ kita kepada pelanggan adalah dengan menyediakan sebutharga. Kadang-kala dalam suatu perniagaan yang tidak formal, sebutharga ini memang hanya melalui lisan sahaja. Sesuai dengan nama ’sebutharga’.

Tetapi dalam suatu transaksi yang formal, sebutharga merupakan bukti kepada pelanggan tentang komitmen kita dalam menjanjikan suatu bentuk harga dan perkhidmatan yang dijanjikan. Selalunya di dalam sebutharga juga mempunyai beberapa terma dan syarat yang bukan dinilai daripada nilai wang ringgit sahaja. Sebarang pertikaian mengenai harga, hendaklah merujuk kepada sebutharga yang diserahkan. Jadi tidak berlaku pertelingkahan daripada segi tawar-menawar dan sebagainya.

Berikut adalah contoh sebutharga yang biasa saya sediakan untuk pelanggan.

Sebutharga boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan style. Kadang-kala sebutharga juga mencerminkan imej syarikat terhadap pelanggan. Tetapi biasanya elemen-elemen berikut ada dalam sesebuah sebutharga :

1. Logo, Alamat, No Telefon dan Fax : Sekiranya anda mempunyai email atau laman web, boleh dimasukkan sekali.

2. Maklumat Penerima : Maklumat ini mencerminkan sejauh mana anda mengenai pihak yang ingin menjadi pelanggan anda. Lebih banyak maklumat yang anda masukkan, lebih familiar anda dengan persekitaran kakitangan pelanggan. Kebiasaannya cukup dengan nama pelanggan, alamat dan nombor telefon.

3. Salutation / Greeting : Memaklumkan tujuan sebutharga anda. Ini tujuannya adalah lebih untuk mewujudkan kemesraaan dengan pelanggan.

4. Maklumat produk / perkhidmatan : Senaraikan produk atau perkhidmatan anda secara detail seperti jenama dan model atau sebarang ciri-ciri istimewa yang ada.

5. Harga dan Kuantiti : Merujuk kepada harga seunit produk, kuantiti yang diperlukan dan jumlah harga. Terdapat juga perkhidmatan dan produk yang dikira sekaligus yang diistilahkan sebagai Lump-sum.
6. Syarat dan Terma : Ini merujuk kepada syarat-syarat lain yang tidak termasuk dalam produk atau perkhidmatan. Lebih merujuk kepada syarat-syarat umum sebarang urusniaga.

7. Siapa yang menyediakan sebutharga : Tuliskan nama dan tandatangan. Juga boleh selitkan jawatan sekiranya perlu. Ini memudahkan pelanggan untuk menghubungi anda untuk sebarang pertanyaan mengenai sebutharga anda.

Penggunaan letterhead bercetak juga menjadi kelebihan syarikat dengan menonjolkan identiti korporat. Sekarang ini, dengan teknologi percetakan moden, biasanya letterhead boleh dicetak sendiri dengan menggunakan printer warna. Seboleh-bolehnya, pastikan logo anda mempunyai warna (selain dari hitam dan putih).


Actions

Informations

16 responses to “Bagaimana Menyediakan Sebutharga?”

9 01 2008
Bagaimana Menyediakan Sebutharga? « Malaysia Enterpriser | Enterpriser.wordpress (15:03:51) :

[...] Bagaimana Menyediakan Sebutharga? Posted on January 9, 2008 by narsqo79 Bagaimana Menyediakan Sebutharga? [...]

20 04 2008
Perbezaan Antara Invois dan Delivery Order « enterpriser.wordpress :: my daily fix of entrepreneurial ideas (20:36:55) :

[...] Format invois juga adalah bebas. Formatnya juga seakan-akan sebutharga, tetapi dibawah invois biasanya dinyatakan maklumat mengenai kaedah pembayaran, nombor akaun syarikat dan alamat bank. Ini akan memudahkan pelanggan untuk melakukan pembayaran mengikut terma yang anda telah tetapkan. [...]

6 11 2008
aleng (21:54:19) :

Trima kasih..sumber ni bnyk mmbantu saya dlm mnyiapkan assgmnt..

14 05 2009
Perbezaan Antara Invois dan Delivery Order | akhasari.blog (13:59:02) :

[...] invois juga adalah bebas. Formatnya juga seakan-akan sebutharga, tetapi dibawah invois biasanya dinyatakan maklumat mengenai kaedah pembayaran, nombor akaun [...]

20 11 2009
wan zamri (17:23:55) :

Tuan,..

boleh bantu saya, macam mana format untuk buat sebut harga untuk cetak sijil dengan hot stamping dan sebagainya ?

saya harap tuan boleh bagi contoh sekali…

sekian terima kasih

irwandahnil : Tuan Wan Zamri hanya perlu masukkan senarai item dan perkhidmatan yang dikenakan caj. Di lajur seterusnya letakkan harga seunit/lump sum dan pada lajur terakhir letakkan jumlah harga mengikut selepas didarabkan dengan kuantiti. Di baris bawah sebutharga masukkan jumlah harga yang ditawarkan.

16 03 2010
saipol azry (15:16:11) :

saya perlukan bantuan sb saya blum pernah buat surat ini sebelum ni…surat untuk pinjaman perniagaan..jd mereka mintak saya sediakan kotesen bg peralatan untuk perniagaan kecil (gerai minuman/makanan) contoh seperti meja,kerusi,payung,peti sejuk dan lain-lain .

saya harap dengan ini dapat membantu saya bagaimana untuk menyediakannya.

terimakasih.

3 11 2010
Masleha (21:58:44) :

blog ini sungguh membantu usahawan-usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan..teruskan usaha anda..tq

24 02 2011
nazri (19:18:06) :

thnks wat mcm nie.. untuk kesenangan….

17 03 2011
ZAIDI (14:56:16) :

thnks.. mmg membantu..

10 06 2011
shida (15:04:02) :

Terima kasih. Info ini membantu saya menyiapkan tugasan.

6 07 2011
irwan.dahnil (11:44:06) :

Sama-sama

22 09 2011
ayu (11:46:04) :

camne nk buat sebut harga bg produk2 kecantikan….satu jenis jenama prodk mempunyai 6-8 barang…klau 8 jnama produk?bntuk cmne ek nk buat sebut harga…bleh bg cntoh???

22 09 2011
irwan.dahnil (12:08:32) :

1. Buat secara itemized maksudnya contoh No 1. Barang 1 kemudian dibawahnya 1.1 Gincu 1.2 Bedak disertakan dengan harga dan kuantiti. Kemudian No. 2 Barang 2 diikuti dibawahnya 2.1 Gincu 2.2 Bedak beserta harga.

2. Buat ringkasan sahaja, kuantiti dan harga. Sertakan katalog sebagai lampiran.

Selamat Berjaya!

10 11 2011
Ahmad Zaki (ITTAR KL 2001) (10:21:31) :

Assalamualaikum….

Kebetulan pula.. saya sedang dalam proses membuat sebutharga untuk pelanggan… Ber “Google” untuk buat perbandingan format “sebutharga” yang saya sediakan dengan contoh-contoh lain, terus je terjumpa artikel ini.

Sebutharga ini juga sama pentingnya dengan katalog dan profail syarikat. Malah penyediaan yang lengkap ibarat senjata ampuh bagi sesebuah syarikat dalam memikat hati bakal pelanggan, cuma bezanya sebutharga ini adalah berdasarkan permintaan yang khusus dan semasa dan jangka hayatnya lebih pendek jika dibandingkan dengan dokumen perniagaan yang lain kerana harga barang / bahan mentah atau kos operasi boleh berubah bila-bila masa….

15 02 2012
HALIMI (12:07:54) :

salam. mcmne cara penyediaan invois setelah kite mendapat LO?

15 02 2012
irwan.dahnil (20:31:29) :

Untuk cara yang paling mudah, Tuan hanya perlu memasukkan nombor rujukan LO dalam invoice (biasanya di bahagian atas). Kemudian maklumat dalam invoice juga sama seperti L.O dan sertakan kuantiti, harga seunit dan harga keseluruhan. Di bahagian bawah sebelum tandatangan, tuliskan juga maklumat bank seperti nama bank, nombor akaun bank dan penama akaun.

Moga membantu!

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>