Ex Schoolmate - Pelanggan Paling Besar tetapi sering dilupakan
29 01 2007Salam Sejahtera,
Saya ingin bertanya diantara anda :
1. Yang masih berhubungan dengan rakan2 sekolah, baik dari tadika, sekolah rendah, menengah mahupun universiti?
2. Mempunyai nombor telefon, atau email kawan dan berkongsi2 cerita?
3. Masih berjumpa dengan kawan2 sekolah, sambil minum teh tarik di kedai atau bermain futsal atau beriadah bersama2?
(p.s: Soalan2 ini tidak sesuai dijawab oleh budak2 yang masih sekolah atau belum memasuki alam pekerjaan)
Saya berani menyatakan disini, 9/10 dari kalangan kita akan MELUPAKAN kawan2 yang pernah melalui zaman persekolahan bersama2 dengan kita… Setuju?
Dengan kesibukan kerja harian, keluarga dan anak2 menyumbang kepada kerenggangan hubungan. Tentunya perkara ini bukan disengajakan, tetapi inilah hakikat kehidupan.
Tahukah anda : EX Schoolmate merupakan PROSPEK PELANGGAN ANDA YANG PALING SETIA?
Mengapa ?
Cuba anda renungkan seketika. Sekiranya kita berjumpa dengan seseorang yang kita pernah jumpa sebelumnya disekolah, kita akan berkata “Macam kenal lah.. kau dulu sekolah kat …. satu kelas ngan aku kan? “.
Sewaktu kecil ingatan kita sangat kuat, justeru walau kawan kita jumpa itu sudah berubah dari segi fizikalnya ( sudah tentunya badan makin berisi, atau kepala semakin botak
), tetapi otak kita masih dapat mentafsir dan mengenalpasti mereka.
Ini bermakna lebih mudah proses ‘ice-breaking’ atau berkenalan yang bertujuan untuk menimbulkan suasana selesa dan yakin prospek pelanggan kepada kita sehingga mereka membuat belian.
Antara tugasan paling rumit dalam perniagaan adalah mendapatkan pelanggan. ‘Art of business’, merupakan suatu seni. Prospek akan hanya menjadi pelanggan kita apabila dia berasa yakin dan selesa dengan kita. Selagi tidak berasa yakin, atau tidak selesa, mereka masih belum menjadi pelanggan kita. So kita kene berusaha extra untuk terus meyakinkan mereka.
Jadi, disinilah kelebihan kawan sekolah. Kita tidak perlu introduce diri kita, malah kita tak perlu bersembang panjang untuk mendapatkan maklumat dari prospek. Sebaliknya, perbualan akan lebih mesra apabila bahan yang dibuatkan terselit unsur2 nostalgia di sekolah dulu…
Pengalaman saya… awal2 perniagaan saya pelanggan saya 10/10 adalah daripada sekolah, atau tempat belajar yang sama…. Merekalah yang membantu saya mula-mula bertapak dalam perniagaan.
“Kalau bukan kawan yang tolong kawan, siapa lagi? “
Bagaimana dengan anda? Hubungi lah rakan2 anda.. mula berhubungan dengan mereka.. Sekurang-kurangnya berjalin kembali silaturrahim…
















Kawan-kawan sekolah “Selayang” ke? hehe..
Itula pasal aku rasa macam penah tengok mamat ni (kau la),
rupa-rupanya betul sangkaan aku.
Anyway, kenangan manis zaman persekolahan aku dulu masa
kat Selayang la tapi sayangnya selepas aku berpindah, satu demi
satu rakan-rakan lost contact.
Satu inspirasi bagi aku, walaupun kau sibuk dengan kerja,
projek internet tetap jalan! pantas pulak tu.
noraizham
nmd,
Mmg lepas sekolah kalau nak jumpa semula mmg nipis… Kalau jumpa kira nasib baik.
So dah jumpa kita, selalu2 keep in touch… ada project, sure share sama2
hehe, termasuklah sedara irwan kita ni yang jadi client aku, walaupun kecik je. tq bro! xpe2, nanti kita sembang deal besar lagi, lepas aku clear up my messy 2-yr of procrastinated office chores. (baru 70% done. guess, that’s what you’ve sorta gone thru last sem, after completed full-time school schedule - quite a revelation, on looking back at things).
ni pun, aku nak iklankan sikit lagi kat kawan2 (believe it or not, i still am in touch with some 200+ ex-classmates on residual basis!). minggu lepas, i met another mrsm school mate who happens to teach at the same institution with my ex primary school (yes, sekolah rendah) good friend. yep, kawan sekolah rendah pun boleh buat bisness — aku promo aku nye service, wife dia jual insuran kat aku, hehe.
ish, x sabar nak breathe life back to my web life, now that dah tak payah pi kelas tiap2 minggu. sapa kata buat masters tak siksa??