Bagaimana Saya Memilih Perniagaan

14 01 2007

Salam Sejahtera,

Ketika saya mula2 terlibat dalam keusahawanan, saya tidak ada strategi khusus dalam bentuk perniagaan apa yang ingin saya ceburi. Saya hanya REDAH dan TERJAH! Buat apa yang saya rasa betul dan menimba sebanyak mungkin pengalaman. Menimba pengalaman yang pahit adalah lebih mudah ketika di usia muda berbanding dengan usia yang ‘tidak-berapa-muda”.

Lama-kelamaan saya sedari bahawa antara banyak2 sebab saya ceburi sesuatu perniagaan adalah berdasarkan kepada 2 faktor ; menguntungkan + kepuasan. Selain dari mesti menjauhi pendapatan yang ‘kurang bersih’, saya memilih perniagaan biasa saya rasa akan memberi pengalaman baru kepada saya. Well, perniagaan adalah adventureous. Saya belasah je!

Saya sedari antara nilai2 dalam sesuatu perniagaan yang saya pilih, mempunyai elemen2 berikut :

1. Apabila saya menemui pasaran ‘niche’ yang baru yang memerlukan saya mewujudkan perkhidmatan atau membuat produk untuk memenuhinya.

2. Apabila saya perlu membuat sesuatu produk dengan kualiti yang lebih baik dari produk yang sedia ada dan bersaing dengan mereka secara terbuka.

3. Ketika saya membeli sebuah kafe siber pada tahun 1999, saya membeli kerana potensi yang belum diexplore sepenuhnya!

Satu lagi bidang yang saya rasa menarik tetapi saya masih belum berpeluang untuk menyertainya adalah bidang perniagaan franchise. Seperti KFC, McD, Stesen Minyak atau sebagainya. Kalau ada rezeki, insyallah..

Sesiapa nak join buka station minyak? :)






Langkah Jutawan dengan Projek SMS X

10 01 2007

Salam Sejahtera,

Saya telah memulakan kerja sejak minggu lalu. Selepas lebih seminggu saya tinggalkan pejabat, minggu lalu agak meletihkan. Tahun 2007 saya mulakan dengan jadual yang ketat dan sasaran kerja + kewangan yang lebih tinggi.

Masih ingatkan ketika saya agak sibuk beberapa bulan lalu apabila saya banyak menghabiskan masa di luar kawasan untuk menyiapkan projek akhir tahun. Alhamdulillah, first round trip, selesai dengan jayanya. Laporan dan kertas kerja juga telah selesai saya dokumentasikan.

Maka, CABARAN 2007 pun bermula pelancaran VCD Buat Sendiri Ringtone Anda. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Cabaran 2007 saya diteruskan dengan Projek SMS X. Ikuti perkembangan Projek SMS X bermula hari ini…

Pengambaran ‘Projek SMS X’

Saya mensasarkan untuk menyiapkan pengambaran Projek SMS X pada akhir Januari 2007. Mengikut perancangan Projek SMS akan mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk disiapkan. Kalau dikira-kira kemungkinan akan selesai pada penghujung Februari. Apa itu Projek SMS X? Nantikan… Yang pastinya tentunya mengenai niche yang saya gemari - SMS

Untuk peringkat pertama pengambaran, saya telah selesai menjelajahi kawasan utara secara spesifiknya Ipoh, Taiping, Alor Setar, Langkawi, Kangar dan Pulau Pinang. Jauh saya merantau, tetapi hasil pengambaran adalah cuma 5% dari content keseluruhan Projek SMS X! Jauh lagi perjalanan saya.


Sebelum shooting, cakap sorang2 dulu hafal skrip :)

Saya mencadangkan untuk menghasilkan suatu produksi 60 minit dalam pelbagai bentuk element multimedia termasuk teks, imej, persembahan slide, video clip, visual dan audio. Saya masih dalam proses rakaman dan menyiapkan shooting. Proses editing akan menyusul dan menentukan kualiti dan hasil post produksi nanti.

Baca Selanjutnya »






Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari - Siri #2

9 01 2007

Salam Sejahtera,

Kepada mereka yang mengikuti tutorial ini, teruskan membaca. Dalam masa beberapa hari lagi saya akan memberikan ole-ole istimewa untuk anda.

Hari #2 – Buat Sesuatu Yang Anda Tahu

Andainya anda seorang yang biasa atau berpengalaman dalam sesuatu aliran maklumat atau aliran kerja sebagai contoh anda adalah seorang pengurus projek ICT, maka lebih mudah anda boleh lihat produk atau perkhidmatan SMS yang boleh didalam satu aliran kerja.

Sekiranya anda tidak mengetahui aliran maklumat, maka adalah sukar untuk anda mencadangkan perniagaan SMS yang sesuai. Walau bagaimanapun, kaedah paling mudah adalah dengan memahami aliran kerja kita sendiri, atau secara alternatif membuat kajian mengenai aliran kerja orang lain.

Kita andaikan bahawa saya telah mengambil masa 2 hari untuk memikirkan produk dan perkhidmatan. Maka saya masih mempunyai 12 hari untuk bertindak.

Bagaimana saya memilih perniagaan SMS saya?
Memandangkan saya mempunyai pengalaman kerja sebagai pengurus Projek ICT, saya mempunyai pemahaman aliran kerja yang mendalam terhadap sesuatu projek ICT. Saya cukup masak dengan elemen yang terlibat dalam sesuatu projek, seperti masa, budget, sumber dan dokumentasi.

Oleh itu, suatu sistem SMS yang berkaitan dengan projek mungkin saya boleh cadangkan kerana saya benar-benar faham dengan konsep dan aliran kerjanya.

Aha! Saya ada idea. Salah satu tanggungjawab yang paling besar ketika mengelolakan projek adalah pengurusan sumber manusia dimana saya perlu melakukan kordinasi antara pelanggan, ahli – ahli projek dan pengurusan. Sekiranya perlu, saya perlu membuat makluman sebarang perkembangan projek kepada mereka. Ini melibatkan kerja yang berulang-ulang seperti menghubungi mereka melalui telefon atau menghantar email. Apabila sesuatu makluman hendak disampaikan kepada mereka untuk tindakan segera, ini akan menyusahkan saya. Jadi saya memerlukan sesuatu kaedah yang fleksible, mudah dan efektif!

Saya bercadang untuk membuat suatu sistem hebahan menggunakan SMS dimana dengan hanya satu SMS, membolehkan saya menghantar hebahan makluman dalam masa yang cepat dan singkat kepada semua ahli kumpulan projek saya walau dimana saya berada! So, saya cadangkan nama sistem ini saya panggil SMSGrup (sengaja letakkan nama sistem yang agak kemelayuan)

Saya juga manusia biasa. Fikiran dah tepu. Apa yang dapat saya fikirkan adalah perkara lain selain dari produk dan perkhidmatan. Jadi, saya cuba2 buat logo untuk perkhidmatan saya ini. Nanti saya kongsikan logo yang telah saya buat..

Jumpa lagi






Kertas Kerja Perniagaan - Apa Yang Perlu Ada?

9 01 2007

Salam Sejahtera,

Saya ada poskan beberapa minggu lepas mengenai kertas kerja mantap , mengapa dan kenapa kita memerlukannya. Perlu diingat, kertas kerja disediakan untuk audiens atau pembaca yang khusus. Kenali audience anda. Apabila anda sudah tahu siapa, anda perlu memberi penekanan yang lebih dalam bab-bab yang khusus. Sebagai contoh, sekiranya kertas kerja saya disediakan untuk penilaian pelabur, saya perlu tekankan apakah keistimewaan produk dan perkhidmatan saya, bagaimana saya boleh memenangi persaingan, berapa jumlah pelaburan yang saya perlukan, dan berapa pulangan yang pelabur bakal perolehi.

Sebenarnya masa yang paling lama dalam menyiapkan kertas kerja perniagaan adalah MENGUMPULKAN MAKLUMAT.

Terdapat pelbagai ‘mazhab’ atau kaedah penyusunan kertas kerja.Tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kebanyakan kertas kerja boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian Baca Selanjutnya »






Kelemahan + Limitasi SMS

8 01 2007

Salam Sejahtera,

Dalam keadaan kita tahu betapa powerfulnya SMS, kita perlu sedar beberapa kelemahan SMS. Sebenarnya bukanlah kelemahan, tetapi kita sebut sebagai kekangan atau limitation. Saya sebenarnya tidak gemar menulis post yang berunsurkan teknikal. Saya sendiri kadang2 rasa boring baca hal-ehwal teknikal .. Yawn!!.. tapi nak buat macam mana kan..
Sebenarnya dalam keadaan SMS yang sangat fleksible utk pembangunan aplikasi web, SMS mempunyai pelbagai kelemahan seperti berikut :

1. Seperti yang kita maklum, SMS hanya boleh menyokong sehingga 160 aksara sahaja dalam satu2 mesej. Oleh disebabkan kelemahan ini, suatu teknologi yang dikenali sebagai Concatenated SMS telah diperkenalkan. Ia juga dikenali sebagai Long SMS (agak lucu kerana kalau dibaca secara panjangnya berbunyi “Long Short Message Service“). Ini membolehkan sesuatu mesej yang panjang itu dipecahkan kepada beberapa mesej SMS yang pendek dan dicantumkan kembali di handphone penerima. Bergantung kepada jenis handphone, mesej yang panjang tadi mungkin disambungkan dalam satu mesej, atau setiap mesej yang telah dipecahkan akan masuk sebagai SMS pendek setiap satunya.

Walaupun begitu, concatenated SMS juga mempunyai kelemahan apabila tidak handphone menyokongnya. Ada sesetengah handphone support, ada juga yang tidak.

2. Selain daripada saiz data dan teks yang dihantar, SMS juga mempunyai kelemahan kerana tidak boleh membawa kandungan yang yang mempunyai unsur media seperti ringtone, wallpaper, operator logo dan sebagainya. Disebabkan ini SMS memerlukan satu lagi ‘penyelamat’ iaitu Enhanced Messaging Service (EMS).

Kadang2 disebabkan kita lihat SMS itu cukup sempurna, kita tidak dapat rasakan bahawa SMS mempunyai beberapa kekangan. Kalau tiadalah teknologi yang dapat meningkatkan keupayaan SMS, mungkin juga menyebabkan penggunaan SMS tidak serancak sekarang.






Sebutharga + Work Order + L.O + D.O + Invois

7 01 2007

Salam Sejahtera,

Tentunya ada diantara kita yang baru akan kembali ke pejabat pada 4 Januari 2007 setelah bercuti raya dan juga tahun baru. Kepada mereka yang mempunyai anak yang bersekolah, sesi persekolahan juga akan bermula. Tentunya lebih sibuk dengan urusan masing2. Apa pun, terima kasih kerana singgah di blog saya :)

Cuti kali ini saya gunakan sepenuhnya untuk menyiapkan pelbagai kerja yang perlu diuruskan dalam kadar segera. Sempat juga saya muhasabah diri dan perniagaan saya, disamping dapat merancang untuk perniagaan internet saya.

Akibat kecelaruan kerja (maklumlah saya baru sahaja menceburi perniagaan internet), blog ini pun saya tengok dah bercampur aduk sikit kandungannya, jadi saya buang ’sampah2′ dan saya susun elok2 semula. Dengan harapan kandungan blog ini dapat saya catatkan secara aslinya bahan2 rujukan dan perbincangan untuk usahawan2 di Malaysia khasnya.

Sudah panjang pula saya bermukadimah. Kali ini saya cuma ingin berkongsi dengan anda antara aliran dokumen yang biasa digunakan di dalam sesebuah syarikat yang melibatkan sebarang pembelian atau procurement (feww… amik nafas sekejap).

Baca Selanjutnya »






Adakah Anda Usahawan Itu?

7 01 2007

Salam Sejahtera,

Memulakan sesuatu perniagaan atau memiliki sesuatu perniagaan bukan perkara kecil. Ia memerlukan pandangan yang berwawasan dan perancangan yang teliti untuk mengubah kehidupan dari makan gaji ke menggaji diri sendiri. Sebelum anda boleh mengarahkan orang tentang apa yang perlu dilakukan, anda hendaklah menilai diri sendiri apa yang anda TAHU dan MAHIR lakukan. Pilih perniagaan yang sesuai dengan kebolehan anda sendiri.

Perniagaan Menuntut Pengorbanan. Adakah anda bersedia?

Saya rasa bersyukur kerana memulakan perniagaan di kala usia saya masih muda lebih kurang setahun lepas tamat pengajian. Jadi saya tidak terasa banyak tekanan apabila memulakan perniagaan untuk berubah dari makan gaji ke perniagaan sendiri. Maklumlah, dah biasa dengan ‘tiada duit’, menjadikan saya lebih matang dalam berbelanja dan merancang perniagaan saya.

Baca Selanjutnya »






Mengapa SMS terus popular?

4 01 2007

Salam Sejahtera,

Minggu pertama Januari ini saya akan tambahkan beberapa kategori tajuk utama dalam blog SMS ini. Sebelum ini, saya telah memulakan posting Siri Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari. Seterusnya saya juga mungkin akan memasukkan maklumat mengenai beberapa analisis perniagaan SMS yang popular ketika ini. Ada juga beberapa email yang saya terima meminta memasukkan posting yang berkaitan teknikal. Saya rasa sesuai juga, tetapi mungkin saya akan hadkan kerana SMSBlog yang dibangunkan ini khusus untuk pembangunan perniagaan SMS dan bukan secara teknikalnya.

Berbalik kepada topik post hari ini, SMS masih lagi memacu pasaran dengan penggunaan yang meluas. Dalam ebook saya ada menerangkan 3 perkara utama mengapa perniagaan berasaskan SMS adalah model perniagaan yang mempunyai prospek yang cerah iaitu :

1. Caj penghantaran dan penerimaan yang rendah oleh telco. Ia menjadikan SMS sebagai mampu dimiliki oleh pelbagai peringkat usia.

2. Kandungan berasaskan teks memudahkan maklumat dimanipulasi oleh pelbagai sistem. Ini merupakan ciri fleksibiliti sistem SMS yang paling ketara.

3. Hampir semua handphone masa kini menyokong SMS sebagai ciri minimum. SMS tidak memerlukan ciri2 khas pada handphone seperti perkhidmatan lain seperti MMS dan 3G.

Sungguhpun begitu, terdapat juga pelbagai ciri2 SMS yang menjadikan ia tetap popular. Antaranya :

1. Mesej SMS boleh dibaca dan dihantar bila-bila masa (tidak termasuk keadaan bila talian telco bermasalah). Memandangkan handphone boleh dikatakan sebuah alat yang “wajib ada” pada seseorang, handphone sentiasa ada. Tidak kira di mana anda berada sama ada di sekolah, di pejabat atau di rumah.

2. SMS boleh dihantar kepada handphone lain walau dalam keadaan dimana handphone penerima SMS tidak dihidupkan sama ada disebabkan tiada network coverage, tiada bateri atau handphone tersebut rosak. SMS yang dihantar akan disimpan terlebih dahulu sebelum dihantar ke handphone penerima pada ketika handphone tersebut bersedia dalam rangkaian telco.

3. SMS adalah telekomunikasi ’sunyi & bisu’. Ini merujuk kepada keadaan dimana SMS boleh dibaca dan dibalas pada bila2 masa tanpa mengganggu persekitaran. Menaip mesej juga tidak menghasilkan sebarang bunyi yang mengganggu. Tidak seperti talian telefon, seseorang yang terpaksa menjawab sesuatu panggilan dan dalam masa yang sama terpaksa ‘mengganggu’ persekitaran. Contohnya di bank yang melarang menggunakan handphone, tetapi tentunya tidak dapat mengawal dan melarang daripada pelanggan menggunakan SMS bukan ?

4. SMS adalah platform yang matang. SMS disokong oleh pelbagai telco atau network carrier di pelbagai negara. SMS juga disokong handphone berteknologi GSM menjadikan ia lebih global.

5. Dari segi teknikalnya, SMS merupakan teknologi yang menyokong pelbagai pembangunan aplikasi wireless. Selain dari menyokong GSM, SMS boleh membawa data binari selain dari teks. Ini membolehkan ia membawa pelbagai data seperti ringtone, gambar, operator logo, wallpaper, animasi dan juga VCard. Kemudahan teknologi reverse-billing juga memudahkan sebarang kaedah pembayaran dalam transaksi SMS.

Ada sebarang pandangan mengapa SMS masih dan terus popular?






Produk | Perkhidmatan ‘Panas’

3 01 2007

Salam Sejahtera,

Tajuk hari ini agak panas.. Haha.. memang panas tetapi apa yang panas tu?

Saya berjumpa dengan kawan lama saya di MRSM dulu di KLCC. Dia bertanya pada saya “Ada bisnes baik tak? Aku nak berniaga, tapi berniaga apa yang paling best?” .. Saya bingkas menjawab, “Jual apa pun boleh, janji halal. Dan tau industri apa yang nak terlibat”…. Kawan satu tu garu kepala… “Industri apa haa?? Aku ternak lembu tau la “…

“Ternak lembu tu satu industri tuuu… Ko business lembu je la lagi bagus “, jawab saya. Bertambah keras dia menggaru kepala… heheh

Saya sedari inilah satu konsep pemilihan perniagaan yang orang tidak sedari. Memang benar, apa produk dan perkhidmatan pun sebenarnya anda boleh ceburi.

Sebenarnya dalam sesuatu industri, wujud apa yang disebut ‘business gap‘ atau jurang perniagaan. Apa itu business gap ? Sepanjang industri, wujud perniagaan upstream dan downstream. Hah..! Apa tu?

Kita ambil contoh perniagaan lembu kawan saya tadi tu. Memandangkan beliau cuma tau hal ehwal lembu, jadi secara mudahnya, saya cadangkan dia involve dalam bidang tersebut. Mengapa? Kerana itu adalah bidang yang beliau tahu. Jangan buat sesuatu yang anda tidak tahu!

Dalam industri penternakan lembu ,upstream busines atau perniagaan huluan adalah merujuk kepada perniagaan yang berlaku lebih awal dalam industri lembu dan downstream atau perniagaan hiliran adalah merujuk kepada perniagaan yang boleh dilaksanakan seterusnya. Sebagai contoh, dalam industri lembu wujudkan perniagaan seperti mengkacuk anak lembu dan menternak lembu, manakala downstream merujuk kepada perniagaan jual beli lembu, penyembelihan dan mungkin juga pemprosesan daging.

Cuba lihat, hanya dengan seekor lembu, wujud satu kitaran perniagaan lembu. Mungkin antara peluang2 perniagaan yang wujud adalah, membekal makanan lembu, membekal jentera, pengangkutan (nak angkat lembu2), peruncitan (jual daging lembu kat pasar), pemborong dan pengilangan. Cukup besar perniagaan lain yang dijanakan oleh lembu sebenarnya kan?

Business gap yang wujud adalah sebarang bentuk perniagaan yang boleh wujud dari industri ini. Contohnya dalam perniagaan kacukan dan membekal anak lembu, mungkin tiada perniagaan baka2 yang diimport dari luar negara untuk dikacukkan. Sekiranya tiada perniagaan seumpamanya, itulah dikatakan business gap. Kalu wujudkan gap ini, maka itulah peluang.

Cuba cadangkan beberapa gap yang mungkin berlaku dalam perniagaan ICT ?






irwandahnilAffiliates| PayDay Disember 2006

3 01 2007

Salam Sejahtera,

Cuti Raya + Tahun Baru saya isikan dengan meningkatkan kandungan blog dan mengemaskini SMSWang.com. Alhamdulillah, apa yang dirancangkan mencapai objektif yang ditetapkan. Masalah internet yang perlahan disebabkan gempa di Taiwan yang berlaku beberapa hari yang lalu masih terasa. Siksanya apabila server berada di US. Merangkak2 nak masuk blog ni. Hari ni sempat update mana yang mampu. Banyak kandungan yang tak dapat dimasukkan lagi. Harap2 capaian internet akan semakin baik dalam sehari dua ini.

Sempat juga buat pembayaran irwandahnilAffiliates untuk Disember 2006. Nasib baik juga server Maybank2u dan CIMBClicks di Malaysia. Jadi tiada masalah untuk pindahkan wang ke akaun affiliates yang berjaya buat duit bulan lepas.

Saya juga telah email kepada mereka yang belum memberikan nombor akaun untuk berbuat demikian dalam masa 5 hari. Masalah yang timbul akibat cek seperti kelewatan pos, penama cek yang salah dan sebagainya membuatkan saya rasa mahu mewajibkan pembayaran menggunakan perbankan internet sahaja.. Amacam? … Ntahlah…
Oh ya, satu lagi yang saya rasakan saya berjaya mulakan adalah dengan percubaan ‘menghidupkan’ SMSBlog. Saya telah membuat posting penting tentang bagaimana Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 hari. Check it out!