Pemasaran SMS - Baru tetapi menjanjikan impak yang besar

5 02 2007

Salam Sejahtera,

Minggu lepas minggu yang agak sibuk. Saya perlu sediakan final report untuk program Master dan juga tentunya pick of the week is Konvensyen Rahsia Buat Duit Dengan Internet Saifulsham. Saya rasa sungguh bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman dan aspirasi perniagaan SMS dengan semua peserta.

Hakikatnya, presentation saya pada hari tersebut merupakan presentation saat2 akhir. Tapi seperti biasa, persediaan saat akhir tidak bermakna tiada pengisian dan hentam keromo. Apa yang penting telah saya sampaikan, apa yang berguna kepada peserta yang lain telah saya kongsikan. Untuk game hari tu, saya sempat setup kan lepas solat Subuh sebelum konvensyen. :) Nasib baik sempat. Harap2 Bitol, Faizal dan Abg Roslan gunakanlah RM10 itu sebaik-baiknya. :) Seronok juga bila kita boleh lihat respon dari audience.


Ada kenal muka otai dalam ni ? :)

Ada yang bertanya kenapa sanggup layangkan RM30 untuk game SMS tersebut. Hikmahnya mudah. Itulah sebenarnya perasaan pengguna SMS di Malaysia. Dengan hadiah tawaran RM30, mereka tidak kisah untuk modalkan RM0.50. Kebanyakan rakyat Malaysia, sanggup dan mahu untuk mendapatkan sesuatu dengan nilai yang kecil tetapi pulangannya besar. Modal yang dikatakan ‘celah gigi’ dipandang tidak seberapa dengan pulangan. Kalau mengena, hasilnya lumayan, tak begitu Abg Roslan ? :). Itu lah sebenarnya persepsi pengguna terhadap SMS. Asalkan dapat pulangannya, SMS RM1 pun sanggup.

Saya dalam gelombang kedua promosi dan awareness program untuk perniagaan dan pemasaran SMS. Harap2 impak kali ini lebih meluas dan berkesan. Belajar dari kesilapan dan dapatkan seberapa banyak input dari semua. Kalau menjadi, saya tidak teragak2 untuk mengadakan seminar pemasaran dan buat duit dari SMS kelak, insyallah.

Satu lagi, ini pertama kali saya dapat membuat pembentangan mengenai ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Pertama kalinya saya melihat respon secara ‘live’ peserta terhadap potensi pemasaran SMS yang saya ceritakan. Dan ini pertama kalinya saya dapat sampaikan dengan erti kata sebenarnya, bagaimana buat duit dari SMS. Respon alhamdulillah. Seperti yang saya janjikan kepada semua isi dewan (pasar) konvensyen kita, ambillah peluang ini untuk mencuba SMS kerana tawaran saya tidak lama dan terhad :). So far Abg Fauzul & Fairuz berminat dan telah mula mengutusi email saya. Anyone else?

Sungguh bermakna kerana kehadiran ramai ikon-ikon internet marketing Malaysia. Ramai juga yang dah memasang pelbagai bentuk JV. Inilah pertama kalinya saya tengok live internet marketing network session. Selama ini hanya ‘bertemu’ di alam siber, kali ini dapat duduk semeja. Tentunya, bercambah2 idea masing2. Bagus la macam tu..

Kalau nak full gambar dari my Sony Cybershot, Download di sini. Tak banyak gamba ada, sebab agak letih hari tersebut, so mood nak amik gambar banyak2 pun tak der… DVD kosong pun tak bawak, so nak amik video pun tak jadi :(

Saya cuma tidak dapat stay lama lepas konvensyen. Ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Insyallah, saya akan berkongsi beberapa rahsia lain dalam konvensyen tersebut di lain kali.


Actions

Informations

7 responses to “Pemasaran SMS - Baru tetapi menjanjikan impak yang besar”

5 02 2007
Zhafran (16:23:14) :

Wahh..jelesnye aku xdpt dtg konvo..ni leceh kehidupan as student..xpe2 next time kalo ade lg sure aku akan dtg :)

5 02 2007
irwan.dahnil (17:04:02) :

tu la.. lain kali lapang2 kan la masa ye bro :)

5 02 2007
Tazilan (17:47:32) :

Hey bro…

I would not miss this opportunity… Idea dah ada dah!

Will contact you soon!

5 02 2007
irwan.dahnil (18:22:17) :

Tazilan,

Dah agak dah.. tu sedang mencurah2 idea tuuu…

6 02 2007
Mohd Sufian (01:41:56) :

Itulah kelebihan jika dapat berkumpulan dan berkongis pelbagai maklumat. Pasti idea akan datang mencurah-curah. :D

12 02 2007
M.Azhar (14:50:48) :

memang berbaloi.. ;)

5 08 2007
kilik.com (17:51:08) :

assalamualaikum…wa…bestla bro dapat jdi jutawan pada usia muda!!!..tahniah2..tumpang bangga orang melayu…hehehe..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>