Adakah golongan ingin cepat kaya lebih ramai dari golongan ingin berusaha?

6 02 2007

Salam Sejahtera,

Saya menerima email hujung minggu lalu bertanyakan tentang ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Apabila saya baca email tersebut saya dapat bacakan penulisnya adalah jujur, berterus-terang dan mahukan jawapan yang sebenar-benarnya. Soalan beliau boleh saya quotekan sedikit :

” Dengan sedikit pengetahuan teknologi komputer begitu jua serba sedikit tentang perniagaan saya berminat untuk memiliki ebook dan lebih tepat lagi ilmu saudara ini bagi memenuhi hasrat saya untuk memperoleh punca pendapatan sampingan yang menarik.Diharap agar pihak saudara dapat lebih meyakinkan saya bahawa dengan memiliki ebook ini saya sudah boleh mula dapat hasilkan kewangan baru pada bila2 masa sahaja. “

Saya boleh simpulkan, pengirim email mahukan saya meyakinkan beliau dengan lebih lanjut mengenai Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Pada saya, mungkin beliau pernah melalui pengalaman yang tidak menyenangkan mengenai buat duit di internet. Oleh itu, kali ini beliau berhati-hati sebelum betul2 ingin membeli ebook saya.

Jawapan saya : Tiada skim cepat kaya yang menghasilkan sumber kewangan dengan tiba-tiba dan cepat. Malah saya tidak menawarkan sebarang ‘magic’ atau sebarang skim cepat kaya, piramid, MLM atau seumpama dengannya. Ebook saya tidak mempunyai formula yang membolehkan anda dapat wang bila2 masa. Sekiranya anda mencari skim tersebut melalui ebook saya, saya pasti anda tidak akan menjumpainya. Untuk mengelakkan anda kecewa kerana ebook tersebut tidak mempunyai skim tersebut, saya TIDAK MENGGALAKKAN SEKERAS-KERASNYA untuk anda membeli ebook tersebut.

Ebook tersebut merupakan kupasan perniagaan SEBENAR SMS yang boleh diceburi oleh semua. Ebook tersebut meletakkan diri anda sebagai tuan punya syarikat yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan SMS atau tidak. Ebook tersebut tidak ‘bias’ dengan mana-mana produk, malah saya langsung tidak mempromosikan sebarang produk atau perkhidmatan SMS kepada pembaca. Ebook tersebut adalah sebagai ‘awareness’ kepada peluang perniagaan yang tidak ramai orang ketahui apatah lagi untuk menceburinya. Setiap pakej bonus yang saya tawarkan merupakan susulan kepada perniagaan SMS untuk mereka yang benar2 berminat untuk menceburinya. Sekurang2nya saya menyediakan platform kepada pelanggan untuk memiliki nombor 5 digit seperti 32781 sendiri untuk perniagaan SMS mereka.

Bertepatan dengan presentation saya pada convention hujung minggu lalu, saya perlu lebih educate masyarakat mengenai perkara ini, mengenai perniagaan yang sebenar yang tidak mempunyai unsur-unsur ajaib menjana wang dalam sekelip mata.

Ada benar juga cadangan saya dalam convention, dan perbincangan saya dengan Sham RajaAdsense untuk mencipta lebih banyak skim2 perniagaan yang cepat kaya, mudah, modal rendah tapi untung berlipat ganda kerana tersangat ramainya golongan ini di internet. Cuma hasil perbincangan kami, saya tak sanggup di sumpah seranah oleh pelanggan kelak. Itu baru hal2 dunia, akhirat kelak bagaimana ?


Actions

Informations

5 responses to “Adakah golongan ingin cepat kaya lebih ramai dari golongan ingin berusaha?”

6 02 2007
Jebat Mesranet (19:42:20) :

Terima kasih diatas pendapat jujur anda! Saya pun tak begitu pasti perniagaan sms nie yang macam mana? Belum ada pendedahan lagi bab perniagaan sms ini. Tapi dah nampak sedikit bayangan bila saudara utarakan bab 5 angka tu. Nak tanya satu benda, berapa kos permulaan perniagaan ini? Pastu mungkin kita kena berurusan dengan maxis ke, celcom ke… tak cerewet ker?? Saya tak faham sebenarnya perniagaan sms nie :-) Sebab tu tanya.

6 02 2007
irwan.dahnil (19:52:48) :

Jebat,

Konsep perniagaan dan pemasaran SMS sebenarnya bukan baru di Malaysia. Kita sebenarna dah biasa gunakan dalam kehidupan harian. Cuma mungkin belum meluas.

Itulah matlamat saya sekarang. Untuk mempromosikan pemasaran SMS.

Siapa yang dah beli ebook saya mungkin ada jawapannya bagaimana dari pemasaran SMS boleh bertukar menjadi perniagaan SMS. Bagaimana wang tersebut ‘diculik’.

Kosnya lebih kurang mcam nak buat internet marketing juga. Yang penting promosi!

Saya akan cuba beri lebih banyak info pemasaran dan perniagaan SMS melalui blog ini. Insyallah

6 02 2007
Mohd Sufian (20:51:03) :

Irwan,

Memang betul tu. Masyarakat kita memang telah didedahkan dengan skim cepat kaya. Dan memang dah menjadi sifat kita ramai yang ingin cepat kaya dan tidak boleh bersabar ketika berniaga.

Kalau tak, masakan begitu banyak program skim cepat kaya nie wujud. Walaupun program sebelum nie dah tenggelam, ada je program baru akan timbul. Sekarang dah ada kemudahan internet, lagi lah benda yang tak elok nie berkembangan dengan cepat. Walaupun kadang2 mereka dan tahu benda nie skim cepat kaya, tapi mereka butakan mata dengan menyertai program2 nie.

Memang dah jadi tanggungjawab kita untuk mendidik masyarakat kita dengan ilmu dan keadah perniagaan yang lebih menguntungkan dari segi jangka panjang. :D

6 02 2007
irwan.dahnil (22:54:38) :

Sufian,

Cabaran tu utk educate masyarakat. Satu lagi perkara, bila golongan macam ni ramai, maka ramai pulak yang offer skim2 macam nie… macam x berkesudahan. Hukum perniagaan, ada demand, adalah supply :)

20 04 2007
sham (04:59:35) :

Wah..Bincang sesaje dulu masa konvensyen dulu..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>