Model Pemasaran SMS #2 - Diskaun Atau Tawaran Istimewa

7 02 2007

Salam Sejahtera,

Kali ini saya berpeluang untuk berkongsi antara model pemasaran dan perniagaan SMS yang lebih mudah.

Produk Percuma, tetapi berbayar … Bagaimana tu ?

Kali ini, saya akan ‘membedah-siasat’ suatu model perniagaan SMS iaitu dengan menjual kupon diskaun atau tawaran hebat.

Konsepnya amat mudah. Saya ingin melihat berapa ramai orang yang akan memberi respon kepada diskaun atau tawaran istimewa yang saya tawarkan. Kepada mereka yang memberi respon, saya akan berikan satu kupon diskaun, mungkin dalam bentuk tawaran kurangan harga, bonus atau pertukaran barangan.

Senario Perniagaan:
Kita ambil senario mudah yang saya telah laksanakan. Sebagai tujuan promosi berkala, saya ingin adakan promosi dengan cara meminta pelanggan menghantarkan SMS ke nombor SMS saya dan sistem SMS saya akan memberikan kod diskaun. Dengan menyertakan kod diskaun ketika membuat pembelian, saya akan berikan diskaun RM5 daripada harga ebook. Setiap SMS dicaj RM0.50 sahaja.
Mungkin akan membuatkan prospek pelanggan saya teruja, kerana apabila dengan menghantar SMS RM0.50 akan dapat potongan RM5. Lebih dari nilai yang dilaburkan. Jika pelanggan membeli pake ebook Regular, maka pelanggan hanya akan perlu membayar RM32 sahaja untuk ebook tersebut! Tawaran yang hebat!

Contoh Aplikasi:
Sebagai contoh sepanjang bulan Februari 2007, saya ingin memberikan diskaun kepada pelanggan-pelanggan yang berminat untuk mendapatkan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Saya ingin menggunakan model perniagaan SMS ini di www.smswang.com. Apa yang saya boleh lakukan, saya ada paparkan diskaun istimewa bulan Februari. Sesiapa yang ingin mendapatkan diskaun harga, boleh mendapatkannya dengan menaipkan SMS:

IRWAN[jarak]OFFER dan menghantarkan ke 32728

* [jarak] bermaksud space atau ruang, dan tidak seharusnya ditaip semula ketika menaip mesej

Setiap SMS yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM0.50. Selepas itu, pelanggan akan menerima balasan SMS yang menyatakan bahawa mereka layak untuk menerima diskaun ebook tersebut. Pelanggan hanya perlu bayar harga ebook kurang RM5 dari harga asal.

Pemasaran SMS vs Pemasaran Internet :
Pemasaran internet boleh menggunakan kaedah coupon yang disediakan di laman-laman website. Kalau tidak silap, dikenakan caj2 tertentu mengikut perkhidmatan.Dengan pemasaran SMS, respon dari setiap promosi atau diskaun dapat diperolehi serta merta. Dengan menyimpan nombor telefon, bahkan kita boleh menghubungi prospek untuk tujuan jualan secara terus.
Isu :
Gunakan coupon discount yang disediakan oleh laman2 web mungkin lebih murah dah cepat. Mengapa perlu SMS?

Prospek:
Mereka yang mempunyai produk yang hendak diedarkan sebarang promo product atau produk percubaan. Prospek pelanggan yang menghantar SMS adalah mereka yang benar2 berminat untuk mendapatkan produk. Produk promosi kita juga diedarkan secara ekonomi dengan hanya mengedarkannya kepada mereka yang berminat.
Apa pendapat anda? Ada sebarang komen dengan model perniagaan SMS ini? Mungkin idea ini boleh digunakan untuk website seperti kepunyaan En Tazilan dengan Idea Business Luar Biasa.


Actions

Informations

7 responses to “Model Pemasaran SMS #2 - Diskaun Atau Tawaran Istimewa”

7 02 2007
Jebat Mesranet (16:28:02) :

Satu cara perniagaan yang menarik. Bagi kupon percuma untuk Ebook dalam masa yang sama dapat income dari perniagaan sms tu dan besar kemungkinan mereka yang dapat kupon percuma tu akan membeli ebook saudara :-) . Saya dah mula suka perniagaan sms nie ;-) . Banyak soalan nak tanya, boleh tak buat pertanyaan kat sini :-)

7 02 2007
Tazilan (17:30:14) :

Hoho..

Irwan… saya memang nak adakan features SMS coupon ini dalam 2 website sedia ada dan 2 website terbaru akan datang.

Ada 2-3 lagi features SMS boleh digunakan dlm satu website, betul tak? SMS opt-in dan Payment made notification dah semestinya ada…

Apapun… bisnes SMS ni memang BEST! Serampang 2 mata!

7 02 2007
irwan.dahnil (21:32:19) :

Jebat,
Sebarang soalan dialu2kan. Lebih mudah saya tahu apa yg pembaca faham @ x faham

Tazilan,
Memg satu website boleh ada beberapa features SMS… we will work things out … dont worry :)

8 02 2007
Jebat Mesranet (07:24:03) :

Soalan pertama saya.. Adakah berbaloi jika kita sms no 5 angka contoh 35665 kat banyak-banyak nombor hp? Macam tu ker cara promosinya? Sebab saya biasa terima cara promosi yang macam ini.. Mesti mahalkan cara promosi yang macam tu? Bagaimana untuk saya mendapatkan no hp orang-orang yang hendak saya promosikan tu? Adakah ada software, sudah disediakan atau cari sendiri :-)

Soalan kedua.. Adakah tiap sms yang masuk kat no 5 angka saya 35665, saya akan terima hasilnya? Jika keuntungan 1 sms 0.50sen.. berapa untung bersih yang saya perolehi dari 0.50sen tu? Adakah semua harga tu saya yang setkan? Atau telah ditetapkan?

Soalan ketiga.. Tiap kali saya ada produk baru sms, bagaimana saya nak setkan harga serta tulisan yang pelanggan akan terima. Adakah melalui hp, internet atau kena pegi center untuk perniagaan sms tu??

Nie je yang saya tak nampak lagi untuk perniagaan sms ini. Yang lelain saya rasa boleh faham :-) . Nanti kalo ada tak faham lagi saya tanya yer ;-) . nak mulakan perniagaan sms nie, rasa-rasanya kalo beli ebook irwan tu tak ada masalah eaa.. :-) ;-)

8 02 2007
irwan.dahnil (08:48:48) :

Jebat,

Just a brief info.

1. Ada macam2 cara promosi. Kalau nak blast SMS ke semua hp2 pun boleh. Itu dipanggil bulk msg. Kita boleh anta msg ke number2 hp, tetapi kita akan tanggung kosnya. maybe dalam 15 sen satu SMS. memng kos tinggi. Anyway, ini bukan preferred method nak buat promosi.
Cara terbaik kita buat opt-in list dulu dalam SMS service kita. Kita dapatkan hp number prospek kita. Kita buat listing kita. Then kita bole anta SMS kpd prospek.
Konsep ni sama dengan opt-in email dalam mailing list. Kita yg develop database kita. Sama seperti email, SMS juga bole jadi SPAM. Lebih teruk, kalau ada pelanggan handphone buat laporan yang anda SPAM, number anda 35665 boleh kena block oleh MCMC. So awas!

2. Soalan kedua ni anda akan tahu kalau anda sudah baca ebook saya :). Just a brief, about 50% telco makan. Yeap. Harga setiap SMS kita boleh setkan sendiri. Anyway, SMS yang lebih dari RM1, orang akan kurang beri respon. Mahallll!

3. Semua harga kita boleh setkan melalui sistem. Biasanya just inform je provider by email or call, they will do it for u.

Pemasaran SMS is not far from pemasaran internet. Its an icing on the cake.. nanti saya buat posting yang lain about this :)

8 02 2007
Jebat Mesranet (14:19:31) :

a’ah kena buat posting pasal tu.. Tak berapa jelas lagi. Telco nie syarikat kat Malaysia ker? oooooooooo guna sms pun ada spam gak ker? Ingatkan email jer :-)

9 02 2007
irwan.dahnil (06:11:52) :

SMS lebih strict.. melibatkan akta dan undang2

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>