Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari - Siri #3
11 02 2007Salam Sejahtera,
Lebih 2 minggu saya tidak dapat teruskan siri tutorial ini. Seperti yang saya ceritakan, 2 minggu lalu merupakan minggu yang padat dan meletihkan. Saya tidak mahu posting saya mempunyai kualiti yang ‘ala kadar’ sahaja. Kepada sesiapa yang mengikuti siri tutorial ini, anda akan masuk ke hari ke 3……
Hari #3 – Imagination is Power
Dalam masa beberapa hari ini, saya perlukan sedikit masa berfikir mengenai perniagaan SMSGrup yang saya rancangkan. Mungkin saya boleh gambarkan bahawa SMSGrup ini adalah suatu model perniagaan dimana Pengurus Projek ICT boleh mencipta kumpulannya sendiri dan semua ahli2 kumpulan projek akan berdaftar dibawah kumpulan tersebut, apabila terdapat sebarang makluman atau pengumuman,
Inilah dipanggil sebagai ilustrasi minda. Lebih kurang macam berangan-angan.
Pengurus Projek hanya perlu menghantar SATU SMS sahaja dan kesemua ahli kumpulannya akan menerima mesej tersebut. Oleh itu, saya tidak perlu membuat panggilan telefon berkali-kali untuk mengumumkan perkara yang sama atau perlu berada dihadapan PC untuk menghantar email makluman. Sebagai Pengurus Projek, saya cuma menggunakan handphone untuk sebaran maklumat.
Kalau difikirkan lebih kreatif, SMSGrup ini bukan sahaja boleh digunakan oleh Pengurus Projek ICT sahaja, malah mungkin juga boleh digunakan oleh Pensyarah untuk membuat makluman kepada semua pelajarnya (tentunya pelajarnya adalah ramai ). Sebagai contoh, Pensyarah ingin membatalkan kelas pada hari tersebut, maka dengan satu SMS yang dihantar, maka semua pelajar akan mendapat hebahan tersebut.
Oh ya! Satu contoh realiti yang saya boleh kongsi disini.
Ketika konvesyen Rahsia Buat Duit Dengan Internet anjuran Saifulsham pada minggu yang lalu, pihak penganjur mengalami sedikit kesukaran untuk menyebarkan berita dan makluman kepada semua alumninya. Memandangkan konvensyen ini hanya dapat disahkan pada saat-saat akhir, maka email menjadi kurang efektif untuk penyebaran maklumat. Untuk menghantar SMS kepada semua alumni (kalau tidak silap saya seramai lebih 200 orang) tentunya membebankan dari segi kos.
Saya rasa, disini Saifulsham mungkin boleh cuba gunakan SMSGrup
Sampai berjumpa lagi.









good info, tq.
kalau buat utk student (bagi kuliah tertentu, kolej )
ok juga kan?
Smsgrup.. Ok jugak macam tu. Rasanya kerajaan jugak perlu ada smsgrup ni. Ye la macam masalah gempa hari tu, mau 40 kali pengumuman kat tv3.. Tu pun kalo rata-rata rakyat Malaysia tengok tv kan.. amaran untuk pantai timur sabah berjaga-jaga tsunami.. rasanya kalo ada smsgrup nie sekali tekan je.. 21 juta orang akan terima sms amaran yang sama.. Tul tak!?
Idea yang menarik, Bagi suatu mesyuarat atau pindaan kepada tarikh2 sangat membantu mengurangkan jumlah kertas yang digunakan, bayangkan kalau satu pemberitahuan pindaan tarikh akan melibatkan 4 keping mukasurat termasuk lampiran2. Kalau untuk 10 orang dah jadi 40 keping kertas.
Bagi student pun sesuai, bagi peringatan kuliah atau pindaan bilik kuliah atau masa, tak perlu berjalan ke sana sini, jimat tenaga dan masa.
Tujuannya sebagai satu aplikasi yang pelbagai guna.. Yang penting menggunakan konsep penyebaran maklumat yang sama.. jimat dan efisien… Nanti saya cuba poskan logo yang saya buat utk SMSGrup
Ya encik irwan, kitorang akan gunakan SMS nnti. Nnti kitorang kontek anda. Thanx for the info. Hehe.