Kertas Kerja Perniagaan - Perancangan Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian III
14 02 2007Salam Sejahtera,
Saya akan bercuti mulai 14 sehingga 22 Februari. Sudah agak lama saya tidak mengambil cuti, rasa2nya kali terakhir pada bulan Julai tahun lepas.
So saya memang berhak dapatkan cuti. At least saya dapat meluangkan untuk menyelesaikan Projek SMS X dan juga beberapa bahan rujukan untuk bulan April 2007.
Anyway, saya cuma ingin menyentuh sedikit perkara mengenai kertas kerja perniagaan yang tak sudah-sudah. :).. Bila lah nak siap ye ? Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai jawatan, fungsi dan tugas kakitangan, dan juga imbuhan balas jasa @ gaji untuk kakitangan.
Kalau anda masih ingat, saya membuat ringkasan tersebut dalam bentuk jadual bagi memudahkan kita untuk memahaminya. Tetapi sebenarnya yang paling penting adalah untuk kita menghasilkan apa yang disebut sebagai perbelanjaan pentadbiran. Perbelanjaan ini adalah segala perbelanjaan yang melibatkan pentadbiran seperti sewa pejabat, alat tulis, mesin fotostate dan juga bayaran utiliti. Hasil daripada ringkasan yang kita buat sebelum ini akan digunakan untuk dimasukkan dalam jadual perbelanjaan pertadbiran seperti berikut :
Kalau anda perhatikan elok2, jumlah gaji yang dimasukkan didalam jadual diatas adalah berdasarkan dari jadual gaji yang disediakan sebelum ini. Perlu diingat, setiap nilai yang dimasukkan dalam setiap jadual haruslah konsisten kerana nilai tersebut akan dimasukkan juga ke penyata kewangan.
Perbelanjaan pentadbiran ini pula boleh dipecahkan kepada 3 kategori utama iaitu perbelanjaan bulanan, perbelanjaan tahunan dan perbelanjaan lain2 (seperti lump sum). Kita perlu asingkan jumlah perbelanjaan mengikut kategorinya. Biasanya gaji dan bayaran utiliti dibayar setiap bulan (kalau bayar gaji setahun sekali, staff kita nak makan apa?)…
Mengapa perlu begitu? Nanti saya huraikan lagi.









saya mengucapkan terima kasih diatas maklumat maklumat berguna.ketika ini saya sedang memikirkan tentang penyediaan proposal untuk projek penaiktarafan sistem sebuah syarikat.jadi adakah format nya sama seperti kertas kerja ini?.adakah saya perlu nyatakan kos kos pentadbiran?.sebab apa yang saya ingin usulkan adalah perkhidmatan dan kos pentadbiran sememangnya sudah wujud.tinggal lagi untuk menawarkan perkhidmatan konsultansi perlu kah saya nyatakan kos ini didalam penyediaan kertas kerja ?.
terima kasih
irwandahnil : Sekiranya proposal untuk client, tidak perlu kita nyatakan kos-kos pentadbiran. Apa yang kita sorotkan adalah tentang kos2 yang perlu dibiayai oleh pelanggan. Sekiranya akan ada kos baru seperti support dan maintenance yang akan ditanggung oleh pelanggan, boleh masukkan sekali.