Apakah Industri Anda ? Bagaimana SMS Membantu Perniagaan Anda?
26 03 2007Salam Sejahtera,
Telah hampir 5 bulan projek SMS saya dimulakan. Banyak input dan pandangan saya terima. Terima kasih kepada yang menyokong dan juga memberi input-input yang sangat berguna.
Dalam menyediakan pelbagai pendekatan pemasaran baru, sering kali saya diajukan pertanyaan berikut :
“Bagaimana saya boleh menggunakan SMS sebagai alat pemasaran ? Saya tak nampak langsung.. “
Saya sendiri sentiasa terfikir, dalam kecanggihan SMS menyediakan platform yang canggih untuk pemasaran, fundamental atau asas keperluan pelanggan mungkin saya perlu beri perhatian. Saya perlu lakukan sedikit kajian apakah bentuk perniagaan, apakah proses dalam perniagaan , bagaimanakah cara promosi konvensional yang dilakukan sekarang?
Saya mengharapkan sokongan anda kali ini. Berikan saya apakah industri yang anda ingin tahu tentang bagaimana SMS boleh memberi manfaat kepada perniagaan anda…
Saya mulakan dengan industri yang saya ketahui, dan saya harap anda boleh memberi tambahan kepada industri ini. Saya dalam proses menyediakan keperluan perniagaan mengikut industri. Industri anda akan saya ambil kira, dan akan cuba saya selesaikan masalah bagaimana SMS membantu industri anda..
Antara industri yang saya boleh mulakan…
1. Perhotelan
2. Perbankan dan Kewangan
3. Kebajikan
4. Pendidikan dan Pembelajaran
5. Internet ( ini suatu industri kan?)
6. Kesihatan
Apakah lagi yang perlu saya tambahkan? Mungkin banyak diluar sana, tetapi tidak terfikir oleh minda saya…








menarik! eheh..
irwan, tolong saya utk industri pelancongan & industri oil & gas please. thanks.
irwandahnil: sedang buka buku catatan ni… okay, dah masuk buku !
Mungkin agak terlewat saya dgn pos ini. Tapi saya tetap ada cadangan…
Mcm mana dengan industri MLM dan juga insuran (atau insuran termasuk dalam golongan Perbankan & Kewangan)
irwandahnil : Insurans dah dimasukkan. MLM ni mencabar juga