Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2007 » April

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

Selamat Hari Pekerja

30 04 2007

Salam Sejahtera,

Saya tahu ketika saya menulis posting untuk hari ini, ramai yang bercuti. Saya yang duduk di KL pun terasa ‘kekosongan’. Ramai yang ambil cuti panjang barangkali apabila berlaku hari-hari kerja ‘tersepit’ seperti hari Isnin sedangkan Ahad, Selasa dan Rabu adalah hari cuti. Kalau hendak dikira cuti hari pertabalan Yang Dipertuan Agung pada hari Khamis, mungkin ada yang awal2 lagi dah bercuti terus sehingga hari Rabu 2 Mei. Apa pun, semoga percutian anda dipenuhi aktiviti yang menggembirakan.

Seperti biasa, sejak akhir2 ini terlalu banyak pengumuman yang saya perlu lakukan. Maklumlah diambang pelancaran produk baru dan juga penambahbaikan produk yang sedia ada.

Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS Akan Naik Harga!
Semakin hari semakin mahal pula ebook ini. Bukan begitu. Saya menambahbaik pakej ebook tersebut. Jadi tentunya ada sedikit nilai yang saya kenakan. Lagipun ada strategi harga yang saya kena kawal. Kenaikan harga tersebut tidak dapat saya elakkan. Bagi sesiapa yang belum mendapatkan ebook tersebut, cepat2 dapatkan sebelum harganya akan naik lagi bermula 1 3 7 Mei 2007.

Selamat Hari Pekerja
Esok semua warga kerja di Malaysia akan menyambut Hari Pekerja. Tentunya cuti umum bagi menghargai jasa2 tenaga yang bertungkus lumus bagi membangunkan tanah air. Dengan keadaan ekonomi yang stabil ketika ini, tentunya jasa2 mereka perlu dinilai semula. Adakah sepadan kerja mereka dengan imbuhan yang mereka perolehi? Dengan kenaikan harga barang, tol, minyak dan kos kehidupan yang lain, saya dapat rasakan Hari Pekerja tahun ini akan menyaksikan pengumuman kenaikan gaji dan bonus untuk kakitangan. Khususnya untuk kakitangan awam, tentunya kakitangan swasta juga bakal mendapat tempiasnya. Tapi itu hanya tekaan saya. Entah betul, entah tidak.

Kita tunggu sajalah.

Kepada mereka yang mempunyai kakitangan, Hari Pekerja adalah hari untuk anda hargai kakitangan anda. Ucapkan terima kasih kepada mereka kerana menyumbang tenaga untuk syarikat anda. Tunjukkan yang anda hargai mereka. Walau hanya sekecil ingatan penghargaan anda kepada mereka, mereka akan terus bersemangat untuk terus membantu anda membangunkan syarikat. Lagi pun, mereka juga manusia biasa, bukannya robot!

p/s : Yang seronoknya bekerja sendiri adalah apabila orang bekerja kita cuti. Tapi jangan lupa, selalunya orang bercuti kita bekerja!








Tips Pemasaran SMS : Memilih SMS Gateway Provider

25 04 2007

Salam Sejahtera,

Hari ini saya akur untuk menulis sedikit setelah beberapa kali desakan saya terima. Sudah saya katakan, bahawa saya tidak pro kepada mana-mana perkhidmatan, syarikat atau organisasi yang menawarkan penyambungan ke telco. Saya bukan agen, reseller dan wakil penjual kepada syarikat tersebut. Saya hanyalah orang biasa yang ingin menyebarkan berita yang baik-baik mengenai SMS. :)

Tetapi hari ini saya tunduk kepada desakan. Bukan tidak mempunyai pendirian, tetapi saya rasa elok saya longgarkan sedikit prinsip saya untuk kebaikan orang lain. Hari ini saya akan memberikan satu contoh bagaimana anda memilih rakan teknologi untuk menyediakan SMS Gateway.

Saya andaikan anda telah membaca ebook saya. Soalan yang saya terima adalah bagaimana saya ingin mendapatkan kod 5 digit ? Berapakah cajnya dan syarikat mana yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Sekarang saya akan tunjukkan apa yang saya dapat apabila saya call syarikat2 ini. Dan kita lihat apa hasilnya

****************************

Dari Meja Irwan Dahnil, 24 April 2007 10.30am
Prolog : Saya buka Google. Saya buat carian senarai syarikat penyedia perkhidmatan SMS Gateway di Malaysia. Aha! Saya dah jumpa satu. Syarikat ini boleh dicapai melalui di sini. Dah selesai browse dan baca semua maklumat dari website tu, saya dail nombor telefon syarikat tersebut. Hanya untuk pastikan keaslian!
Dalam satu perbualan melalui telefon :

Irwan : Hello. Assalamualaikum!. Boleh saya bercakap dengan eksekutif pemasaran ?

Operator : Wsalam. Boleh saya tahu siapa di sana?

Irwan : Saya Irwan. Saya cuma ingin bertanya mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di syarikat anda.

Operator : Oh begitu. Sebentar ya En Irwan. Saya sambungkan anda..

Irwan : Terima kasih…

(so saya pun disambungkan ke eksekutif pemasaran)

Baca Selanjutnya »








Sabar itu sebahagian dari iman…

24 04 2007

Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang membantu saya menyelesaikan projek akhir program master saya. Saya pernah berkongsi dengan anda betapa siksanya menyelesaikan program master saya yang telah menuntut segala macam bentuk pengorbanan. Tentunya buat Junariah Datu Derin dan Suffiya Addini yang banyak membantu. Hanya menunggu masa untuk pembentangan, dah saya harapkan saya dapat menamatkan program ini secepatnya.

Pengumuman! Pengumuman!
Saya akan melancarkan Projek Perintis SMS-Web pada bulan Mei nanti. Insyallah, semua bahan kajian dan juga keperluan projek telah saya selesaikan. Menunggu masa untuk dilancarkan. Projek Perintis SMS-Web adalah projek yang bermatlamatkan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Pemasaran SMS dalam perniagaan internet. Saya ingin melihat satu bentuk pencapaian yang membolehkan SMS menjadi penyumbang kepada pendapatan usahawan internet di Malaysia. Saya akan update anda pengenai Projek Perintis SMS-Web ini dari semasa ke semasa.

Sah! Tarikh pilihan
Saya telah mengesahkan tarikh pelancaran produk baru pada 15 Mei 2007. Manual Pemasaran SMS saya akan lancarkan secara serentak dengan laman web promosiSMS.com. Laman web SMSWang juga kan berwajah baru. Young and Vibrant! Nantikan tarikh tersebut.

Itu saja pengumuman yang saya ingin lakukan.

Semakin hari semakin banyak pertanyaan yang saya terima mengenai perniagaan dan pemasaran SMS. Saya mengucapkan terima kasih diatas soalan-soalan anda. Walau saya mengambil sedikit masa untuk membalasnya, tetapi saya tetap akan komited untuk membantu anda.

Apa yang saya tuntut dari anda adalah sedikit kesabaran

Dalam perniagaan, satu perkara yang sangat penting adalah kesabaran dan kecekalan. Kita perlu sabar dalam mencuba sesuatu perkara, tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Sabar dalam menghadapi cubaan dan sabar dalam melihat sesuatu usaha sebelum usaha tersebut boleh membuahkan hasil. Tentunya dalam perniagaan hasilnya bukan boleh dilihat dalam sekelip mata, hari ini mula berniaga, esok jutawan. Mereka yang sabar ini adalah mereka yang akan berjaya!

Saya tahu anda tidak sabar-sabar untuk memulakan perniagaan SMS. Seperti yang saya ceritakan dalam ebook saya, saya tidak boleh membimbing anda dengan menyatakan saya mempunyai ‘formula luar biasa’ yang boleh diikuti oleh semua orang. Sebagai contoh, adalah tidak manis jika saya mempromosi sebarang produk atau perkhidmatan SMS Gateway di dalam ebuku saya.

Mengapa? Kerana saya tidak ada kena mengena dengan mereka, malah prestasi perkhidmatan mereka juga akan mencerminkan kualiti perkhidmatan saya. Saya tidak mahu dipersalah kan sekiranya perkhidmatan mereka kurang bagus.

“En Irwan yang cadangkan dengan SMS Gateway Provider tersebut, tapi perkhidmatan provider tersebut hampehh”

Saya perlu bersikap neutral. Sekiranya anda bertanya pada saya, saya boleh mencadangkan beberapa gateway provider, tetapi saya tidak akan bertanggungjawab apa2. Tambahan pula telah saya nyatakan, untuk mendapat provider anda boleh bertanya kepada En Google. Lebih mudah dan cepat!

“Saya takut nanti kene sembelih la dengan provider ni”

Itu juga saya tidak boleh janji. Itu deal antara anda dengan gateway provider. Kalau anda hulurkan leher anda, saya rasa siapa pun akan sembelih anda.

“En Irwan cadangkan lah satu provider. Saya janji tak salahkan En Irwan kalau provider tersebut tak bagus”

Haha.. Kalau macam tu, anda cari di internet, gunakan Google, taipkan perkataan “SMS Gateway Provider Malaysia”. Mesti panjang berjela list yang ada. Hubungi mereka!

“Kalau macam tu sama la seperti tidak rekomenkan apa2″

Kalau anda mahu saya rekomen, saya tuntut sedikit kesabaran anda. Tidak lama.. dalam masa 2 bulan sahaja lagi. Saya akan menyediakan pakej istimewa baik dari segi harga dan juga pembahagian keuntungan untuk pelanggan2 saya. Saya dalam proses terakhir untuk menandatangani MOU dengan rakan teknologi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Sekiranya Nabi Ayub boleh bersabar dengan dugaan yang Allah berikan selama bertahun-tahun, mengapa tidak kita cuba?

PENGAJARAN

* Allah akan memberi ganjaran pahala yang cukup besar kepada hamba-hamba yang taat kepada suruhan-Nya.
* Sabar itu adalah separuh daripada iman.
* Segala ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t. itu hendaklah kita hadapi dengan tabah.
* Ingatlah bahawa tempoh waktu kita sakit yang diberi oleh Allah lebih pendek berbanding tempoh waktu kita sihat yang sangat panjang.








43 Web | 17 Syarikat | RM1 billion Pelaburan

19 04 2007

Salam Sejahtera,

Seminggu dua ni, cerita pelaburan internet masih belum2 padam. Sejak Majlis Fatwa mengeluarkan hukum ke atas pelaburan internet, nampaknya semakin ramai orang mula memperkatakannya. Baik orang politik atau pun media mula memberi perhatian khas atas pelaburan2 ini.

Terkini, Suruhanjaya Sekuriti melalui laman webnya (www.sc.com.my) telah menyenaraikan 43 laman web yang terlibat dalam pelaburan internet ( setahu saya lebih dari 43 laman web yang ada ) dan juga 17 syarikat yang terlibat.

Bukan untuk berdebat tentang halal haram, tetapi laman web dan syarikat tersebut telah menjalankan aktiviti pelaburan yang mencurigakan, tidak berlesan, melanggar undang-undang dan mengutip deposit secara tidak sah.

” KUALA LUMPUR 18 April – Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyenaraikan 43 laman web dan 17 syarikat pengantara pasaran modal pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda dalam Senarai Amaran untuk dijauhi orang ramai.

Ini kerana, laman-laman web tersebut dan syarikat terlibat menjadi pengantara pasaran modal menjalankan aktiviti pelaburan mencurigakan, tidak berlesen, melanggar undang- undang dan mengutip deposit secara haram.

Semua aktiviti dijalankan oleh 60 laman web dan syarikat itu dianggarkan melibatkan 500,000 pelabur tempatan dengan nilai pelaburan tidak kurang RM1 bilion iaitu transaksi hampir keseluruhannya dalam dolar Amerika (USD).

Menurut laman web rasmi SC (sc.com.my), skim itu antara skim itu ialah SwissCash atau Swiss Mutual Fund (swisscash.com, swisscash.biz, swisscash.net); Buy-e-barrel (buyebarrel.us, buyebarrael.com); Al-Arabic Fund (al-arabic.com) dan ABB Fund (abbfund. com).

Bagi skim yang kononnya berpangkalan di Dubai, Cambridge Capital Trading (cambridgecapitaltrading.com, dubaiex.com), SC telah pun mengeluarkan kenyataan pada 26 Februari lalu berhubung tindakan pembekuan dua akaun bank berjumlah RM1.6 juta kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan.

SC pada 5 September 2006 juga mengeluarkan kenyataan bersama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai skim pelaburan SwissCash yang mencurigakan, tidak berlesen dan mengutip deposit haram.

Laman web SC juga menyediakan kemudahan menyemak status laman web atau syarikat pengantara pasaran modal lain menerusi enjin pencari: www.sc.com.my/eng/html/licensing/ fr_lic_ELA. html.

Sambutan

Hasilnya, pelaburan I Love U For Ever (iluf.biz) yang mendapat sambutan hangat orang ramai ketika ini juga merupakan bakal disenaraikan dalam Senarai Amaran kerana sebab-sebab yang sama.Antara syarikat atau skim pengantara pasaran modal yang termasuk dalam Senarai Amaran SC ialah Jai Network Sdn. Bhd., Matrix Cash, Hibah Fund, CB.IRAQ, Capital Glory Holdings Ltd, Duit Wayang, GC Group Asset Management, Ocean Balance Ltd dan 3A Consulting Group Sdn. Bhd.

SC meminta orang ramai yang ingin meminta penjelasan atau membuat aduan supaya menghubungi 03-62048999 atau e-mel aduan@seccom.com.my.

‘‘Orang ramai yang mengenal pasti dan mengetahui sesuatu laman web yang mencurigakan bolehlah menghantar e-mel kepada kami atau sebarang maklumat di Internet berkaitan pelaburan dan perkhidmatan boleh disalurkan kepada SC,’’ jelas SC dalam laman web itu.

‘‘Melesenkan semua pengantara pasaran modal ialah satu daripada langkah diambil SC untuk memenuhi tanggungjawab berkenaan dan dengan itu, undang-undang sekuriti mewajibkan semua orang yang mengendalikan aktiviti (pasaran modal dan pelaburan) mestilah dilesenkan oleh SC.

‘‘Amat penting kepada para pelabur untuk melabur hanya dengan pihak-pihak yang berlesen dan dilindungi mengikut undang-undang sekuriti,’’ katanya.

Laman web itu seterusnya menyatakan, SC memberi peringatan dan amaran kepada orang ramai mengenai pihak-pihak tertentu yang menjalankan aktiviti pasaran modal tanpa lesen dan berkemungkinan besar berunsur penipuan.

Pada 12 April lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangan ke-77 di Kuala Terengganu membuat ketetapan bahawa semua pelaburan di Internet, termasuk SwissCash yang menjanjikan faedah atau pulangan tetap sebagai haram kerana berunsur riba.

Pada 14 April pula, Utusan Malaysia mendedahkan bahawa skim-skim pelaburan dalam saham Internet menyerupai skim cepat kaya itu sebenarnya didalangi rakyat tempatan sendiri yang mengaburi mata rakyat dengan imej laman web kononnya beroperasi dari luar negara khususnya Amerika Syarikat.

Dalang-dalang terbabit membuka sesuatu laman web dan kemudian membuka yang baru apabila web terdahulu sudah mencapai tahap tepu dan tidak terkawal.

Penyiasatan Utusan Malaysia itu membongkar fakta bahawa 80 hingga 98 peratus pelabur dalam laman web skim-skim saham ini adalah rakyat Malaysia walaupun ia kononnya global dan diiktiraf dunia.”








PromosiSMS.com Dry Test | SMSWang New Facelift

18 04 2007

Salam Sejahtera,

Minggu ini saya menjadi paling pasif dalam membuat posting dalam blog ini. Kesibukan melampau dalam menyiapkan dua tugasan besar menghadkan masa saya untuk menulis sesuatu. Pertama sekali, saya sedang menyiapkan laporan akhir program master. Terpaksa mengadap pensyarah dan mentor, mendapatkan pengesahan laporan akhir, mendapatkan tandatangan, menyiapkan beberapa sample dan prototype. Hakikatnya, semua kandungan laporan akhir sudah selesai, cuma menyelesaikan hal-hal formaliti sebelum pembentangan pada 30 April ini. Wish me luck! Berharap sangat selesai projek ini memandangkan, 2 tahun saya lalui program master, telah menuntut pengorbanan yang tinggi.

#########################################

PromosiSMS.com

Adalah projek terkini yang saya jangkakan akan selesai sepenuhnya pada penghujung Mei. PromosiSMS.com adalah satu perkhidmatan tambahan yang saya akan sediakan untuk semua organisasi dan syarikat di Malaysia yang ingin menggunakan SMS sebagai alat pemasaran. Saya rasa adalah penting untuk mewujudkan perkhidmatan sebegini. Saya lihat walau penggunaan SMS di Malaysia adalah tinggi, tetapi kelebihan ini tidak digunakan sebaik-baiknya oleh usahawan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui SMS.

“Irwan, saya tahu SMS ni boleh promosi produk, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk bermula. Saya tak dapat bayangkan”

Saya tahu anda tidak tahu di mana mahu bermula. Lebih-lebih lagi di Malaysia tiada perkhidmatan yang seumpama yang dapat membimbing anda dalam memanipulasikan SMS sebagai alat pemasaran. Masing ingat dengan manual pemasaran yang saya pernah beritahu sebelum ini? Manual tersebut merupakan penyelesaian pertama pemasaran SMS anda, kemudian diikuti oleh PromosiSMS.com. Kedua-dua produk ini saling berkait.

Sabar.. satu persatu…. Saya akan cuba merintis jalan. Saya juga sudah tidak sabar, tetapi berikan saya 30 hari lagi untuk menyelesaikannya sebelum PromosiSMS.com benar-benar bersedia untuk dilancarkan.

“Irwan, mana saya mahu dapatkan perkhidmatan, lebih2 lagi bimbingan dalam pemasaran SMS”

Saya sebelum ini tidak terlalu teruja untuk mengendalikan seminar, bengkel dan sebagainya (kecuali seminar utk pelanggan ebook saya pada bulan Julai nanti). Saya lebih berminat untuk membangunkan kemudahan untuk pemasaran SMS buat masa ini. Tetapi, saya rasa perlu juga seminar bimbingan untuk usahawan. Insyallah, selepas terbitnya buku Rahsia Perniagaan dan Pemasaran SMS Terbongkar!, saya akan cuba penuhi tuntutan anda.

“Irwan, adakah ini salah satu lagi skim untuk dapatkan duit dari SMS?

Oh bukan! Ini bukan skim cepat kaya, MLM, pelaburan internet, atau skim-skim yang mendatangkan wang. PromosiSMS.com adalah untuk usahawan. FOKUS untuk menggunakan SMS sebagai alat pemasaran. Tiada profit sharing dan tiada reverse biliing. PromosiSMS.com adalah untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui SMS.

“Irwan, saya mempunyai produk untuk dipromosikan. Bolehkah Irwan tolong hantarkan SMS kepada semua untuk promote produk saya?”

PromosiSMS.com tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran SMS kepada nombor2 telefon rawak. PromosiSMS.com menyediakan platform untuk ANDA MENGHANTAR SMS promosi produk anda sendiri kepada nombor telefon PELANGGAN ANDA. Anda pernah menggunakan email? Email hanya mempunyai antaramuka untuk anda menulis email dan penerima email, tetapi kandungan yang hendak ditulis dan alamat penerima email, DATANGNYA dari anda. PromosiSMS.com bukan perkhidmatan broadcasting SMS secara SPAM.

########################################

SMSWang Berwajah Baru - Akan Datang!!

“Saya telah pergi berjumpa dengan perunding ‘kecantikan’ dan pakar ‘jualan’ di Malaysia. Mereka berpendapat SMSWang telah mengalami sedikit kesan ‘penuaan’. Kedutan-kedutan mula berlaku dan kelihatan sedikit lesu.SMSWang memerlukan sedikit sentuhan dalam memperbaiki penampilan, menegangkan kulit dan juga menambah keceriaan. Pakar mencadangkan tarikh ‘pembedahan’ dilakukan pada 3 Mei 2007. Temujanji telah dibuat dan akan mengambil masa 2 minggu untuk ‘pembedahan’. Dijangkakan SMSWang akan kembali pulih dengan wajah baru yang ‘lebih muda’ pada 15 Mei. “
Doakan kejayaan SMSWang!








Pelaburan Internet Haram | Dah cakap dah..

13 04 2007

Salam Sejahtera,

Sudah agak lama jga isu ini didebatkan di internet. Bahkan saya rasa boring juga kerana asyik2 baca benda yang sama. Di laman web dan blog Dr Irfan dah mentah2 menolak skim ini. Malah ada dalam komen blog Ro.botys yang mencecah 463 entry kerana masing2 berdebat halal-haram pelaburan ini. Malah bacaan saya melalui blog Pakdi mengenai seorang Chartered Financial Consultant, Azizi Ali juga telah mengkelaskan ia suatu skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya yang tak ubah seperti Skim Pak Man Telo pada tahun 80an dahulu.. Berbuih-buih cakap pun, orang masih join…

Saya seperti biasa, tidak membahaskan perkara-perkara yang orang sedang bahaskan. Biar dan tengok sahaja.

Jadi dalam Utusan Online keluar berita ni …

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.

‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.

Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.

Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.

Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.

Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).

Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.

Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.

Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.

Kita tengok macam mana implikasi fatwa selepas ini kepada investor.. Yang sedihnya, rata2 ramai yang melabur yang saya kenal tu Melayu… :(








Testimonial.. Perlukah dalam perniagaan anda?

10 04 2007

Salam Sejahtera,

Tahukah anda bahawa saya paling benci @ tidak suka memujuk, merayu kepada pelanggan saya untuk membeli produk saya? Bukan saya tidak suka pelanggan beli produk saya, tetapi saya tidak suka orang melihat saya seperti betul2 desperate untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Sedangkan saya percaya, produk yang baik akan sentiasa dicari oleh pelanggan, dan jual beli perlulah mempunyai nilai kebebasan kepada pelanggan untuk memilih dan kesudian kita untuk menjual. Barulah ada unsur2 ’suka sama suka’.

Jadi bagaimana caranya saya menyampaikan maksud saya (untuk meyakinkan pelanggan supaya membeli produk saya), sedangkan saya tidak suka seakan2 memaksa pelanggan saya membeli apabila termakan pujuk rayu saya supaya membeli?

Pernahkah anda melihat iklan minuman Power Root Tongkat Ali yang memaparkan Mawi AF dan Rosyam Nor sebagai duta? “Ini pilihan saya, ini pilihan kami!” antara tagline iklan tersebut. Atau pernahkah anda menonton rancangan Puteri yang sepanjang masa mengiklankan syampu Sunsilk? “Yang penting kita enjoyyy!” yang menggambarkan menggunakan syampu Sunsilk menjadikan Puteri seorang yang berkeyakinan.

Ia menggunakan pendekatan pemasaran dimana orang lain yang membuat promosi atau recommend sesuatu produk. Inilah dikatakan testimonial. Testimonial merupakan pengakuan seseorang mengenai sesuatu perkara. Bila seseorang yang berkuasa, popular atau mempunyai pengaruh, lebih mudah mempengaruhi orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

“Power Root ni mesti power kan? Mawi pun cakap dia pilih power root…”. Disebabkan Mawi mempunyai ramai peminat, tentunya sedikit sebanyak peminat percaya bahawa Power Root adalah minuman yang baik, apatah lagi Mawi pujaan mereka pun mengsyorkannya! Sama seperti iklan Puteri + Sunsilk…. Sebab Puteri berperwatakan yang menarik dan ceria, sedikit sebanyak memberikan kesan yang positif kepada barangan syampu yang Puteri ‘gunakan’.

Bagi saya, teknik testimonial ni merupakan cara yang berkesan! Saya tidak perlu berbuih2 mulut meyakinkan pelanggan, tetapi dari testimonial ini membantu meningkatkan kredibiliti saya. Sedikit sebanyak, testimonial memudahkan anda melakukan jualan. Tentunya saya tidak memujuk rayu pelanggan untuk membeli. Sebaliknya saya wujudkan perasaan ‘rugi kalau tak beli’ di hati pelanggan sedangkan orang yang popular menggunakannya. Bahkan mengakuinya!

Satu lagi, testimonial bukanlah paksaan. Jangan ‘ciptakan’ testimonial anda. Lagipun orang ramai lebih bijak menilai, mana satu testimonial yang asli, mana satu testimonial ‘buatan’. Dapatkan testimonial yang sebenar, ikhlas dari mereka. Testimonial ‘buatan’ hanya akan menjatuhkan kredibiliti anda.

Testimonial juga membantu anda menilai sehebat mana produk atau perkhidmatan anda. Kalau produk anda bagus, testimonial anda juga bagus, sekiranya kurang bagus, tentunya akan mendapat respon yang membina. Di sinilah anda dapat mengelakkan rasa syok sendiri. Bila orang beri pandangan, baru kita tahu hakikatnya…

Seperti juga buku saya yang akan terbit, saya cuba dapatkan pandangan mereka bagi. Bagi saya ini adalah penting, untuk saya menilai sejauh mana buku saya dapat memberi manfaat kepada usahawan dan golongan sasaran saya. Saya sangat particular dalam hal-hal ini bagi mengelakkan saya lari dari matlamat dan objektif asal saya.

Testimonial yang berkesan, datangnya dari individu yang mempunyai pengaruh, pakar, berpengalaman, popular, menjadi pujaan, idola atau ikutan orang ramai. Kalau anda dapat testimonial dari orang yang tak dikenali, testimonial anda tidak akan berkesan. Sekiranya anda menjual produk kesihatan, mungkin anda perlu dapatkan testimonial dari doktor atau pesakit yang berjaya diubati contohnya. Dan bukannya dari orang yang hanya tau berniaga SMS seperti saya! Walau saya beri testimonial sekalipun, saya tidak rasa testimonial saya akan memberi kesan kepada pelanggan. Yelah.. Siapa laaa Irwan Dahnil ni… Bukan selebriti punnn..

Tips untuk mendapatkan testimonial
Be humble. Pilih betul2 siapa yang nak beri testimonial supaya sepadan dengan produk anda. Tak perlu banyak testimonial, tetapi pastikan dari orang2 yang bagus. Biasanya orang2 yang berpengaruh ni, tak senang2 nak kasi testimonial. Kalau semua orang dah kasi testimonial, mereka tidak berminat. Mereka akan teliti dan tengok dulu, adakah produk dan perkhidmatan ini benar2 bagus. Mereka juga tidak mahu tersalah bagi testimonial kerana boleh ‘mendown grade’ mereka. Berikan mereka produk anda secara percuma. Biarkan mereka menilai.

Anyway, having testimonial is a way of good communication. Biarkan orang lain yang mempromosikan untuk anda. Bijak bukan?

p/s : Ini bukanlah iklan Power Root atau Sunsilk. Semua watak didalamnya adalah contoh belaka dan tidak kene mengena kepada yang hidup atau tidak.








This is my card..unlimited

9 04 2007

Salam Sejahtera,

Maaf shuth, saya tak dapat nak prepare awal VCard saya. Banyak outstation minggu lepas… Kalau dah kene tag tu, kena la juga siapkan. So, dalam masa 15 minit inilah hasilnya (sibuk, idea tak keluar).
Anyway, anyone nak contact card saya? Nah, satu untuk anda…

Amacam? 15 minit je tu design.. itu pun tak sempat nak cantik2kan … Boleh la tu untuk sementara. Untuk save, klik kanan pada imej dan pilih Save Image As. So anda boleh cetak kalau anda mahu, boleh edarkan pada kawan2 ya!

Ikut peraturan, kena pula tag 5 orang rakan yang lain. Aiseh, sapa saya nak tag ya?

1. Galadriel (Apa lagi kene tunjuk skill la.. dulu kat mrsm sikit punya hebat subjek lukisan)
2. Bro Tazilan (Ala bang, orang lain pun bizi jugak, tapi kene buat juga la)
3. Fayz Syokkahwin (Bila nak dapat surat TV9 nye??)
4. Dr Irfan Khairi (Tak kisah la baca ke tak blog ni, I just need your card!)
5. Team Saifulsham ( Heheh.. sebab diorg tak buat lagi VCard, so kene tag sekali lagi.Boleh kan?)

Anyway, bagus idea Vcard ni.. lepas ni ada kesempatan nak pegi cetak contact kad.. Senang nak buat business contact lepas ni.

Shuth : Layout kad tiru hang punya. Cuma flipkan je.. takder idea lah brader :)








Jangan keliru..

5 04 2007

Salam Sejahtera,

Ketika mengumpul dan menganalisa maklumbalas dari pelanggan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, ada diantara mereka yang terkeliru dengan konsep perniagaan dan pemasaran SMS. Apakah sebenarnya keupayaan SMS ? Adakah SMS boleh menjadi suatu punca pendapatan atau tidak lebih dari suatu alat pemasaran untuk mengedarkan maklumat?

Jawapan saya tentunya SMS mempunyai kedua-dua keupayaan tersebut. Pada hakikatnya dengan menghantar SMS ke seseorang memaklumkan suatu perkara (promosi) adalah suatu kaedah pemasaran, tetapi SMS sekiranya dilakukan dengan kaedah dan objektif yang berbeza akan menjadi suatu perniagaan.

Bagaimana membezakan ya? Cuba anda rujuk gambarajah di bawah :

Dalam bentuk yang berstruktur, SMS boleh dipecahkan kepada 2 fungsi utama (mungkin ada lagi fungsi yang lain, tetapi saya cuma hi-llight 2 ini sahaja), iaitu fungsi pemasaran dan fungsi perniagaan. Perbezaan keduanya sungguh ketara baik dari segi matlamat dan juga kos operasi.

Anda sekarang hanya perlu memilih, apakah tujuan anda dalam menggunakan SMS. Adakah hanya sebagai alat pemasaran anda, atau anda ingin lakukan perniagaan berasaskan SMS? Perlu diingat elemen sokongan seperti ilmu dan kemahiran yang diperlukan dalam menjayakannya. Untuk pengetahuan anda, terdapat dua golongan yang begitu teruja untuk menggunakan SMS ini.

Pemasaran SMS

Golongan pertama ini adalah golongan yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat promosi dan hebahan mengenai produk dan perkhidmatannya kepada pelanggan mereka yang menggunakan telefon bimbit. Golongan ini tidak berminat dalam menjana pendapatan dari aktiviti pemasaran SMS mereka. Tidak berminat untuk mendapatkan profit sharing dalam setiap transaksi SMS.

Mereka hanya berminat untuk menggunakan SMS bagi tujuan meningkatkan perniagaan mereka, dengan cara SMS dapat membantu meningkatkan jualan dari pelanggan sedia ada, menambah jumlah pelanggan atau meningkatkan margin keuntungan. Biasanya mereka menggunakan SMS ini untuk mempercepatkan dengan mendekatkan mereka dengan pelanggan sama ada melalui hebahan, mendapatkan maklumbalas dan survey pasaran, mengumpulkan pangkalan data pelanggan, mewujudkan interaksi pelanggan dan sebagainya.

Baca Selanjutnya »








Ku sangkakan hujan sampai ke petang…

3 04 2007

Salam Sejahtera,

Setiap perniagaan tentunya mempunyai risiko dan halangan yang tersendiri. Mana mungkin ada satu perniagaan yang bebas dari ‘ancaman’ gulung tikar dan kerugian. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa risiko perniagaan SMS. Ini juga adalah faktor kritikal yang perlu anda ambil kira :

Masalah #1 : Partnership

Dalam memilih rakan perniagaan baik untuk penyediakan content atau pun penyedia perkhidmatan SMS Gateway, perlu mempunyai satu bentuk perjanjian yang boleh dipegang oleh kedua-dua pihak. Memandangkan suatu perniagaan SMS tidak lagi dari kedua-dua pihak ini, kesilapan satu pihak akan memberi kesan kepada pihak yang lain. Satu pihak mempunyai masalah, maka pincanglah perniagaan SMS tersebut.

Kita andaikan kalau satu pihak menyediakan content, tidak dapat membekalkan kandungan seperti yang dijanjikan akan mengundang masalah kepada penyedia SMS Gateway sekiranya wujud aduan dari pelanggan. Begitu juga kalau penyedia SMS Gateway gagal untuk memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

Bagaimana memilih partners dalam perniagaan SMS? Insyallah, jika berkesempatan saya akan buat satu laporan untuk anda muat turun mengenai tips2 bagaimana memilih rakan teknologi. Jangan lupa, bahawa perniagaan ini bukan perniagaan berandalkan janji mulut, tetapi perlu mempunyai perjanjian hitam putih untuk kepentingan ke dua-dua belah pihak.

Masalah #2 : Pembayaran dan Billing

Secara teknikalnya, sekurang-kurangnya terdapat 2 sistem pengebilan SMS. Yang pertama adalah bill penggunaan SMS yang dicatatkan oleh telco sendiri yang menyimpan semua transaksi SMS, dan yang kedua adalah sistem pengebilan yang dimiliki oleh penyedia SMS Gateway.

Baca Selanjutnya »