Pelaburan Internet Haram | Dah cakap dah..

13 04 2007

Salam Sejahtera,

Sudah agak lama jga isu ini didebatkan di internet. Bahkan saya rasa boring juga kerana asyik2 baca benda yang sama. Di laman web dan blog Dr Irfan dah mentah2 menolak skim ini. Malah ada dalam komen blog Ro.botys yang mencecah 463 entry kerana masing2 berdebat halal-haram pelaburan ini. Malah bacaan saya melalui blog Pakdi mengenai seorang Chartered Financial Consultant, Azizi Ali juga telah mengkelaskan ia suatu skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya yang tak ubah seperti Skim Pak Man Telo pada tahun 80an dahulu.. Berbuih-buih cakap pun, orang masih join…

Saya seperti biasa, tidak membahaskan perkara-perkara yang orang sedang bahaskan. Biar dan tengok sahaja.

Jadi dalam Utusan Online keluar berita ni …

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.

‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.

Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.

Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.

Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.

Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).

Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.

Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.

Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.

Kita tengok macam mana implikasi fatwa selepas ini kepada investor.. Yang sedihnya, rata2 ramai yang melabur yang saya kenal tu Melayu… :(


Actions

Informations

8 responses to “Pelaburan Internet Haram | Dah cakap dah..”

18 04 2007
azhar (05:13:24) :

Pada pandangan saya kebanyakan orang2 agama ini kekadang cakap tak serupa bikin… hipokrit ! Jika pandai mengaji tapi tidak tahu makna apa beza nya ? Nak menyalahkan orang, nak mengharamkan orang, cukup senang ! Tapi sudah ke buat kajian secara meluas…pleasa la go global ! Jangan terkonkong dengan satu ketauap dah jadi aku pakar halal haram… Yang dapat Ph D tu setahu saya cuma memdalami ilmu sesuatu bidang sahaja ! mengapa sampai tergamak pukul rata mengatakan halal haram… ada ke satu kaedah yang benar2 berkesan boleh memberikan kabaikan … KWSP .. halal ? saya berasa amat khuatir untuk menunaikan haji…kerana wangnya bercampur2… tolong bantu bukanya senang2 nak halal atau haram kan saja… tolong pandang kiri kanan .. setahu saya orang yang masuk neraka adalah yang pakai ketayap yang tak sudah ! percaya lah…
Salam….

irwandahnil : mungkin perlu badan lain yang lebih telus, lebih berkredibiliti ? 

18 04 2007
Nasir (11:21:09) :

What to do, people just never learned from the past… abis satu, satu lagi, dah kena dulu, still nak kena lagi, or even worse, kenakan orang pulak… now i wonder how many of these operations will be flooded with request of withdrawal, and i doubt everybody will get their money back. immediately, people will blame majlis fatwa for making the lose money, up to possibly memaki-hamun/mencerca ahli agama atau pekerja jabatan-jabatan berkaitan (or the govt in general). what they forgot is sooner or later, they’d lose money anyway, and heck, their loss if things like these don’t get stopped, could even be worse than what could happen today.

people come to me asking my opinion about schemes that offer 3 times return etc. in a few short months, but don’t they know that i/they can actually make a lot more by doing legitimate business like a simple retail/trading? org malas memang la x leh multiply duit, org buat kerja, senang je. buat sendiri lagi bagus drp percaya kan orang. or baik invest je ngan aku, drp invest ngan websites yang kita pun tak tau sapa yg run… THERE IS NO SUCH THING AS GUARANTEED RETURNS. (unless ada public entity to refund when such tragedy happens, and they DO HAPPENED, many times already!). Any business/investment has a failure rate, and it’s usually higher than success rate!! CHEW ON THAT.

18 04 2007
edy_sifuku (16:16:44) :

itulah hakikatnya saudara.. kebanyakan mentaliti orang melayu mahu kaya dengan cara yang mudah tanpa berusaha.. saya pun sedih dengan bangsa kita sendiri.. masih tidak sedar yang kita masih ketinggalan dari segenap sudut.. hanya fikir kesenangan diri sendiri sahaja.. dengki-mendengki itu dah menjadi perkara biasa..suka melemahkan semangat bangsa sendiri untuk berjaya(berniaga).. harap mereka berubah…

irwandahnil : yeap edy. setuju sangat

19 04 2007
sumurwang (16:48:30) :

Wahai khalifah-khalifah sekalian
Tentang hal-hal pelaburan halal haram ni,janganlah didebatkan sangat dikhalayak umum,nanti makan diri. Adakah semua pelaburan tu halal…..KWSP,ASB,ASW, beratus-ratus saham lain,pinjaman-pinjaman bank dan macam-macam lagi, semua tu halal belaka ke, semua tu tak ada riba ke,semua tu tak ada interest ke……..jangan hidup hipokrit wahai khalifah-khalifah sekalian. Dan telan,dah guna,dah tinggal,dah duduk berapa banyak halal haram, baru cerita perkara-perkara macam ini….agenda siapa ni…..
Tq

19 04 2007
sushee (19:45:28) :

memang ramai orang melayu yang main saham nie tapi mereka yang melarang juga harus ingat zaman sekarang semua orang memerlukan wang.daripada mencuri atau merompak lebih baik kita cari altenatif sebegini.nak cakap pasal halal haram memang takkan habis.ini semua mainan politik je, padahal mereka nie semua dah makan lagi byk dr kita.jika nak kira yang halal baik jadi seperti orang dulu2 yang simpan duit bawah bantal; tak ada faedah, tak ada dividen dan tak makan riba.amacam setuju..???

21 04 2007
Abu (11:50:51) :

kita tak payah soal halal haram….nanti makan diri sendiri…tepuk dada tanya selera. selama ini kita di bantu ke.. oleh intitusi kewangan yang ade…..

saya setuju ape ulama beritahu soal halal haram tapi saya alhamdulillah segala hutang telah selesai dan habis di bayar…

jika kita ingin membuat loan selalunya gagal disebabkan bekerja swasta…takkan nak pinjam along…main skim lagi bagus dari dikejar along…

intitusi kecil yang ade telah di gabungkan dengan bank-bank besar….Jual burger pun kena proposal ke…

fikir-fikirkan…

8 05 2007
Azlan (10:13:19) :

Bagi saya, kalau nak invest, lebih bagus invest diri dgn melengkapi dgn ilmu yg bermanfaat and juga invest dgn website sendiri.

Memang tak termasuk di akal, pulangan 100% dalam 1 hari.

1 02 2008
Jool (13:43:26) :

sushee aku setuju. kita simpan duit bwh bantal je la. ye la duit banyak buat ape tapi derhaka pd Tuhan. baik simpan duit bwh bantal. melabur dgn Tuhan lg banyak dividen.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>