43 Web | 17 Syarikat | RM1 billion Pelaburan
19 04 2007Salam Sejahtera,
Seminggu dua ni, cerita pelaburan internet masih belum2 padam. Sejak Majlis Fatwa mengeluarkan hukum ke atas pelaburan internet, nampaknya semakin ramai orang mula memperkatakannya. Baik orang politik atau pun media mula memberi perhatian khas atas pelaburan2 ini.
Terkini, Suruhanjaya Sekuriti melalui laman webnya (www.sc.com.my) telah menyenaraikan 43 laman web yang terlibat dalam pelaburan internet ( setahu saya lebih dari 43 laman web yang ada ) dan juga 17 syarikat yang terlibat.
Bukan untuk berdebat tentang halal haram, tetapi laman web dan syarikat tersebut telah menjalankan aktiviti pelaburan yang mencurigakan, tidak berlesan, melanggar undang-undang dan mengutip deposit secara tidak sah.
” KUALA LUMPUR 18 April – Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyenaraikan 43 laman web dan 17 syarikat pengantara pasaran modal pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda dalam Senarai Amaran untuk dijauhi orang ramai.
Ini kerana, laman-laman web tersebut dan syarikat terlibat menjadi pengantara pasaran modal menjalankan aktiviti pelaburan mencurigakan, tidak berlesen, melanggar undang- undang dan mengutip deposit secara haram.
Semua aktiviti dijalankan oleh 60 laman web dan syarikat itu dianggarkan melibatkan 500,000 pelabur tempatan dengan nilai pelaburan tidak kurang RM1 bilion iaitu transaksi hampir keseluruhannya dalam dolar Amerika (USD).
Menurut laman web rasmi SC (sc.com.my), skim itu antara skim itu ialah SwissCash atau Swiss Mutual Fund (swisscash.com, swisscash.biz, swisscash.net); Buy-e-barrel (buyebarrel.us, buyebarrael.com); Al-Arabic Fund (al-arabic.com) dan ABB Fund (abbfund. com).
Bagi skim yang kononnya berpangkalan di Dubai, Cambridge Capital Trading (cambridgecapitaltrading.com, dubaiex.com), SC telah pun mengeluarkan kenyataan pada 26 Februari lalu berhubung tindakan pembekuan dua akaun bank berjumlah RM1.6 juta kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan.
SC pada 5 September 2006 juga mengeluarkan kenyataan bersama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai skim pelaburan SwissCash yang mencurigakan, tidak berlesen dan mengutip deposit haram.
Laman web SC juga menyediakan kemudahan menyemak status laman web atau syarikat pengantara pasaran modal lain menerusi enjin pencari: www.sc.com.my/eng/html/licensing/ fr_lic_ELA. html.
Sambutan
Hasilnya, pelaburan I Love U For Ever (iluf.biz) yang mendapat sambutan hangat orang ramai ketika ini juga merupakan bakal disenaraikan dalam Senarai Amaran kerana sebab-sebab yang sama.Antara syarikat atau skim pengantara pasaran modal yang termasuk dalam Senarai Amaran SC ialah Jai Network Sdn. Bhd., Matrix Cash, Hibah Fund, CB.IRAQ, Capital Glory Holdings Ltd, Duit Wayang, GC Group Asset Management, Ocean Balance Ltd dan 3A Consulting Group Sdn. Bhd.
SC meminta orang ramai yang ingin meminta penjelasan atau membuat aduan supaya menghubungi 03-62048999 atau e-mel aduan@seccom.com.my.
‘‘Orang ramai yang mengenal pasti dan mengetahui sesuatu laman web yang mencurigakan bolehlah menghantar e-mel kepada kami atau sebarang maklumat di Internet berkaitan pelaburan dan perkhidmatan boleh disalurkan kepada SC,’’ jelas SC dalam laman web itu.
‘‘Melesenkan semua pengantara pasaran modal ialah satu daripada langkah diambil SC untuk memenuhi tanggungjawab berkenaan dan dengan itu, undang-undang sekuriti mewajibkan semua orang yang mengendalikan aktiviti (pasaran modal dan pelaburan) mestilah dilesenkan oleh SC.
‘‘Amat penting kepada para pelabur untuk melabur hanya dengan pihak-pihak yang berlesen dan dilindungi mengikut undang-undang sekuriti,’’ katanya.
Laman web itu seterusnya menyatakan, SC memberi peringatan dan amaran kepada orang ramai mengenai pihak-pihak tertentu yang menjalankan aktiviti pasaran modal tanpa lesen dan berkemungkinan besar berunsur penipuan.
Pada 12 April lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangan ke-77 di Kuala Terengganu membuat ketetapan bahawa semua pelaburan di Internet, termasuk SwissCash yang menjanjikan faedah atau pulangan tetap sebagai haram kerana berunsur riba.
Pada 14 April pula, Utusan Malaysia mendedahkan bahawa skim-skim pelaburan dalam saham Internet menyerupai skim cepat kaya itu sebenarnya didalangi rakyat tempatan sendiri yang mengaburi mata rakyat dengan imej laman web kononnya beroperasi dari luar negara khususnya Amerika Syarikat.
Dalang-dalang terbabit membuka sesuatu laman web dan kemudian membuka yang baru apabila web terdahulu sudah mencapai tahap tepu dan tidak terkawal.
Penyiasatan Utusan Malaysia itu membongkar fakta bahawa 80 hingga 98 peratus pelabur dalam laman web skim-skim saham ini adalah rakyat Malaysia walaupun ia kononnya global dan diiktiraf dunia.”
















Hehe… every Internet user should know how to check ownership information of a domain. Make sure that the domain owner have little to hide about their operation and if the domain owner’s information matches the information published on their site - where they claims they are. Check also IP address (whether it’s hosted locally, or elsewhere) of the particular site and their traffic pattern (reachability).
Tak tahu macam mana? Seriously? Hmm… banyak la depa pandai… cemana depa tau orang Mesia yang pi those so called confirmed punya “global sites”. Tobat Arab/UK punya company. Tanyer la.. hehe.
I’ve in fact warned several people who introduced me these investment programs, and many were quite surprised on how I have so much information about operational aspects of these so called legitimate businesses. Oh well, orang lama web hosting ler katakan… We’re living in the age of where info is knowledge, and knowledge is power ==> info = power.
Be prosper, be safe semua… Dajia Hao!
irwandahnil : Spread the good words
Pity yang menjadi mangsa ( u asked for it), In my office (Govt.) , our staff dah sibuk nak jual saham and money yang depa invest, (now, tak de sapa nak bei) staff sokongan gaji around RM 8++ dah keluarkan duit tabung haji, ASB dan invest lebih kurang RM 9000 dalam these schemes (nak kumpul balik bilalah nak dapat agaknyer) …. kesian jerlah, tapi….sapa suruh….?
irwandahnil : Zaman skim Pak Man Telo dah kembali.. tetapi wajah baru, kaedah baru dan teknologi baru..
asalamualaikum,apa kabar saudara.
saya rasa turut terpanggil untuk memberi kenyataan mengenai skim yang ntahapantah!saya juga nyaris2 tertipu mengenai pelaburan internet ini.swiss cash dan lain lain.bagus kerajaan menyekat laman web tersebut.saya harap pihak kerajaan menyekat laman web semua skim yg tak berdaftar.
saya rasa seronok orang yang masuk skim ni tertipu kerana sifat tamak haloba.walaupun gaji saya rm500.00 cukup untuk makan 3 beranak.alhamdulilah
irwandahnil : mentaliti orang kita masih di takut yang sama..
hello.. i just want to shere..
im bisness minded person. so i willing to take risk. but im not the person that people address as tamak haloba..
so, in this games (investment) these some people lose n some win. i have joined dengan modal paling minimum usd20. tapi sekadar cuba2. then after few day, i tambah lagi usd40. sebab i dah tahu boleh dapat pulangan. walau bagaimanapun taklah ambil risiko banyak sehingga buat pinjaman n guna tabungan (tapi budget minyak kreta i kurang utk rm228. lebih kurang 3 minggu utk perjalanan biasa).
hasilnya, i dapat beli 1 biji hp nokia 8250 dengan harga rm30 saja.. hasil yang i tak nampak pla tunggakkan kreta selama 2 bulan i dapat bayar. adalah cikit2 untuk kad kredit n len2 utang n bagi derma kat pengemis di kk. sekarang nie i masih rugi dalam lebih kurang usd1000++. itupun sebab akaun i di bekukan pengeluarannya..
alami masalah yang sama jgn lupa buat posmotem tuk invesment u all. tapi jangan lah juga kecewa sgt sebab itu cuma satu permulaan.
p/s:biarlah untung cikit asalkan tetap untung.
irwandahnil : maybe bole digunapakai utk pelaburan yg sah sahaja kot…