Tips Pemasaran SMS : Memilih SMS Gateway Provider

25 04 2007

Salam Sejahtera,

Hari ini saya akur untuk menulis sedikit setelah beberapa kali desakan saya terima. Sudah saya katakan, bahawa saya tidak pro kepada mana-mana perkhidmatan, syarikat atau organisasi yang menawarkan penyambungan ke telco. Saya bukan agen, reseller dan wakil penjual kepada syarikat tersebut. Saya hanyalah orang biasa yang ingin menyebarkan berita yang baik-baik mengenai SMS. :)

Tetapi hari ini saya tunduk kepada desakan. Bukan tidak mempunyai pendirian, tetapi saya rasa elok saya longgarkan sedikit prinsip saya untuk kebaikan orang lain. Hari ini saya akan memberikan satu contoh bagaimana anda memilih rakan teknologi untuk menyediakan SMS Gateway.

Saya andaikan anda telah membaca ebook saya. Soalan yang saya terima adalah bagaimana saya ingin mendapatkan kod 5 digit ? Berapakah cajnya dan syarikat mana yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Sekarang saya akan tunjukkan apa yang saya dapat apabila saya call syarikat2 ini. Dan kita lihat apa hasilnya

****************************

Dari Meja Irwan Dahnil, 24 April 2007 10.30am
Prolog : Saya buka Google. Saya buat carian senarai syarikat penyedia perkhidmatan SMS Gateway di Malaysia. Aha! Saya dah jumpa satu. Syarikat ini boleh dicapai melalui di sini. Dah selesai browse dan baca semua maklumat dari website tu, saya dail nombor telefon syarikat tersebut. Hanya untuk pastikan keaslian!
Dalam satu perbualan melalui telefon :

Irwan : Hello. Assalamualaikum!. Boleh saya bercakap dengan eksekutif pemasaran ?

Operator : Wsalam. Boleh saya tahu siapa di sana?

Irwan : Saya Irwan. Saya cuma ingin bertanya mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di syarikat anda.

Operator : Oh begitu. Sebentar ya En Irwan. Saya sambungkan anda..

Irwan : Terima kasih…

(so saya pun disambungkan ke eksekutif pemasaran)

Irwan : Hello. Assalamualaikum. Saya Irwan Dahnil. Saya cuma ingin mendapatkan beberapa maklumat mengenai perkhidmatan SMS yang syarikat saudara tawarkan.

En X : Wsalam. Saya En X. Boleh.. Boleh.. Saya sangat mengalu-alukan. Sebelum saya pergi lebih panjang, apa sebenarnya perancangan En Irwan?

Irwan : Begini. Saya mempunyai kemahiran untuk menghasilkan ringtone saya sendiri. Saya mempunyai content yang saya rasa pelanggan berminat untuk mendapatkannya. Cuma saya tidak tahu macam mana untuk saya buat perniagaan SMS ringtone ini.

En X : Oh! Mudah sahaja. Kami ada menyediakan pakej permulaan untuk tujuan tersebut. Tetapi saya ingin nasihatkan En Irwan buat kajian pasaran sebaik mungkin kerana perniagaan ini sedang menunjukkan trend yang menurun.

Irwan : Oh ye ke! Hmm.. Saya ada satu lagi cadangan. Kalau saya buat perkhidmatan untuk muat turun hadis, waktu solat, atau seumpama dengannya bagaimana? Okay tak perniagaan tu ?

En X : Boleh juga. Tapi pun dah ramai orang membuat nye…

Irwan : Bagaimana kalau saya buat perkhidmatan memanggil teksi?

En X : Hmm .. itu bole juga.. tapi perlukan customization utk sistem. Kos nya mungkin lebih tinggi

Irwan : Bagaimana kalau saya buat…

En X : …..

Irwan : Bagaimana …

En X : …

En X jadi seperti agak bingung juga dengan soalan2 saya. :) Soalan saya berjela2 hanya untuk tengok sejauh mana hebatnya kemampuan syarikat ini untuk buat pelbagai benda untuk saya.. Hehe.. saje uji kesabaran En X

Irwan : Hmm.. Okay.. Kalau camntu, saya nak buat perkhidmatan SMS untuk menyediakan tips2 hebat perniagaan. Saya nak hantarkan tips kepada subsciber SMS saya satu tips perniagaan satu hari. Boleh tak macam tu ?

En X : Boleh.. boleh sangat. Tapi betul ke nak buat yang ini? En Irwan dah decide bebetul ?

Irwan : Ala.. saya cuba je dulu. Jadi tak jadi tu belakang kira. So apa pakej yang sesuai utk saya?

En X : Hmm… Ok… Pakej ni simple je. En Irwan perlu isi borang, turunkan tandatangan dan chop syarikat untuk menggunakan perkhidmatan SMS ni.

Irwan : Kalau sebagai individu bole tak? Saya tak der syarikat :)

En X : Sebaik-baiknya ada syarikat. Lepas isi borang tu, En Irwan akan pilih ID SMS sendiri, dan kami akan sediakan sistem SMS tersebut.

Irwan : Senang je ye rupanya. Apa lagi saya saya dapat ?

En X : En Irwan akan diberi satu SMS ID. Satu username + password utk En Irwan tengok trafik SMS bila2 masa. Satu application. Lebih kurang itu sahaja. Profit sharing kita kasi dalam 70% untuk En Irwan dan 30% untuk kami Itu pun setelah ditolak caj telco. En Irwan juga boleh gunakan kod pendek 5 digit 32244 as sharing number.
Irwan : Itu je ? Ada charge bulanan tak ?

En X : Tiada caj bulanan kami kenakan. Tiada caj aplikasi. Bahkan setup fees tu pun untuk seumur hidup

Irwan : Fuyohh! Bagusnya seumur hidup. Kalau saya dah mati boleh saya wariskan tak ?

(Malangnya En X tak gelak dengar lawak saya tu)

Irwan : Jadi berapa caj tu?

En X : Cajnya sangat minima. RM2000 sahaja.

Irwan : Aiseh! RM2000? (dengan nada sinis) Hmmm… itu je ke atau nanti ada caj2 lain?

En X : Itu sahaja. Tiada caj tersembunyi.

Irwan : Ok lah.. saya dah dapatkan info yang saya kehendaki. Nanti saya hubungi semula ya! Terima kasih

En X : En Irwan ada sedikit masa saya nak terangkan tentang promosi bla…bla…bla..bla

So saya letak telefon, dan buat beberapa kesimpulan.Dan semua perbualan diatas mengambil masa kira-kira 8 minit 1/2 sahaja! Kesimpulan yang saya boleh buat untuk anda :

1. Syarikat ini mengenakan start - up fees sebanyak RM2000 untuk satu akaun
2. Tiada yuran untuk aplikasi. Bermakna sistem SMS Subscribe tu saya boleh guna secara percuma dan diselenggarakan oleh mereka. Juga tiada yuran bulanan.
3. Profit sharing 70% utk content provider, 30% mereka ambil (selepas ditolak telco)
4. Tiada kos lain yang tersembunyi (walau saya rasa ada!)

Lihat! Itu sahaja yang anda perlu lakukan!. Angkat telefon dan hubungi mereka. Kadang2 kita tidak berasa yakin. Tetapi yakinlah dengan kemampuan anda.

Saya dah ingatkan. Kalau anda ingin saya bantu anda untuk mendapatkan SMS Gateway Provider yang baik, telus dan berintegriti anda perlu bersabar.. Menunggu sedikit masa.

Tetapi kalau anda sudah tidak sabar-sabar memulakan dengan segeranya, anda buka Google dan cari senarai syarikat yang menyediakan perkhidmatan SMS gateway. Ambil nombor telefon, bercakap dengan eksekutif pemasaran. Berbincang dengan mereka, nyatakan hasrat anda, dan mereka akan berikan harga beserta dengan terma perkhidmatan mereka.

“Betul ke tu? Nampak macam kacang je…”

Memang kacang pun. Tapi mungkin anda yang tak berani dan tak yakin. Rasa kurang ilmu!

Cuba dulu.. Baru anda tahu!

p/s : Saya tidak ada kene mengena dengan syarikat tersebut. Kalau anda pula call dan mereka memberikan harga yang lain, jangan salahkan saya ok. Saya cuma mendemonstrasikan kepada anda bagaimana untuk berurusan dengan mereka..


Actions

Informations

6 responses to “Tips Pemasaran SMS : Memilih SMS Gateway Provider”

28 04 2007
Nurhaliza (18:21:09) :

RM 2000 ? Mahal jugak yer.. ingatkan ratus2 jer. Tapi seumur hidup, bukan tahunan. hmmmm…. bagus kalo dapat menyelesaikan masalah saya.

En Irwan.. saya ni sekadar bertanya.. itupun kalo En. Irwan sudi menjawab.

Situasinya begini…

Saya mempunyai satu sistem kawalan bilik server yang dibagunkan sendiri menggunakan teknologi sms. Tujuan sistem ini adalah untuk menghantar status “alarm” dari beratus-ratus server di seluruh Malaysia ke server di HQ . Server-server ini disambungkan kepada HQ menggunakan “LAN”. Jika berlaku apa-apa ralat pada server, alat yang dipasang pada setiap server akan menghantar status tersebut kepada sistem di HQ menerusi LAN, dan selepas itu mesej “Alarm” tersebut akan di hantar kepada “maintenance crew” dan semua yang terlibat melalui sms untuk tindakan serta-merta. Sistem di HQ menggunakan GSM modem dan mempunyai slot “Sim Card” seperti telefon biasa.

Masalah saya ialah, jika ia dipasang diseluruh Malaysia, ia akan menjana beribu-ribu SMS mesej yang perlu di hantar kepada ” maintenance crew” dan kesemua pihak yang telibat . Ini akan merugikan syarikat sekiranya saya menggunakan “line” biasa pada server di HQ.

Soalan saya adalah,

Adakah SMS Gateway Provider boleh membantu saya dalam hal ini?

atau

Adakah saya perlu menjadi “SMS Gateway Provider” untuk membolehkan saya menghantar beribu-ribu SMS daripada sistem dalam satu kadar yang tetap?

atau

Adakah mana-mana pihak yang menyediakan satu kadar caj yang tetap menggunakan sim card biasa yang boleh dipasang pada server saya di HQ untuk membolehkan syarikat menikmati satu kadar caj SMS yang tetap?

irwandahnil : Ada juga yang charge RM1000 ke bawah tetapi bayaran tahunan. Ada yang mengenakan caj bulanan.Secara teknikalnya, memang boleh dilaksanakan. Tapi saya tidak tawarkan perkhidmatan teknikal di sini. Cuba anda pula ambil inisiatif untuk call. Bagitahu mereka masalah anda. Saya rasa mereka akan membantu anda.

29 04 2007
Nasir (10:25:57) :

Sedara Irwan ni lawakla.. ingat beli insuran takaful ke? hehe…

irwandahnil : tak sangka jadi lawak. :)

5 05 2007
Nurhaliza (10:44:57) :

Oooo untuk berbisnes saja ek… sorrila kalo terlampau teknikal.. sekadar bertanya pendapat saja.. terima kasih di atas pendapat Cik Irwan..

irwandahnil : Ada banyak syarikat di luar sana yang akan mengalu2kan pertanyaan seperti ini. Saya pasti mereka menunggu anda!

19 12 2007
GB (14:06:40) :

boss……t’rma-ksih atas website anda yang hebat dan so-useful nie…..
i baru browsing berhari hari nie..cuba dapatkan informasi tentang gateway nie…thnx alot buddy

22 07 2008
MOHD HAYQAL AZIS (20:47:22) :

En Irwan.blh tlg saya x?sy ada cust d muar nk pakai sms 2 way d mana dia blh caj cust dia dr sms yang ditanya.mane nk dpt harga best.ada yearly maintenance pun xpe.janji murah coz sy dh tersalah letak harga rm1850.Hayqal 0196146313,0177552114

24 10 2008
hezuan (03:58:36) :

Boleh saya tahu, buat masa sekarang sms gateway provider mana yg terbaik yg boleh sy dapatkan? sebab didalam carian google terlalu banyak dan buat saya keliru. 016-7761921 Hezuan

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>