Selamat Hari Pekerja
30 04 2007Salam Sejahtera,
Saya tahu ketika saya menulis posting untuk hari ini, ramai yang bercuti. Saya yang duduk di KL pun terasa ‘kekosongan’. Ramai yang ambil cuti panjang barangkali apabila berlaku hari-hari kerja ‘tersepit’ seperti hari Isnin sedangkan Ahad, Selasa dan Rabu adalah hari cuti. Kalau hendak dikira cuti hari pertabalan Yang Dipertuan Agung pada hari Khamis, mungkin ada yang awal2 lagi dah bercuti terus sehingga hari Rabu 2 Mei. Apa pun, semoga percutian anda dipenuhi aktiviti yang menggembirakan.
Seperti biasa, sejak akhir2 ini terlalu banyak pengumuman yang saya perlu lakukan. Maklumlah diambang pelancaran produk baru dan juga penambahbaikan produk yang sedia ada.
Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS Akan Naik Harga!
Semakin hari semakin mahal pula ebook ini. Bukan begitu. Saya menambahbaik pakej ebook tersebut. Jadi tentunya ada sedikit nilai yang saya kenakan. Lagipun ada strategi harga yang saya kena kawal. Kenaikan harga tersebut tidak dapat saya elakkan. Bagi sesiapa yang belum mendapatkan ebook tersebut, cepat2 dapatkan sebelum harganya akan naik lagi bermula 1 3 7 Mei 2007.
Selamat Hari Pekerja
Esok semua warga kerja di Malaysia akan menyambut Hari Pekerja. Tentunya cuti umum bagi menghargai jasa2 tenaga yang bertungkus lumus bagi membangunkan tanah air. Dengan keadaan ekonomi yang stabil ketika ini, tentunya jasa2 mereka perlu dinilai semula. Adakah sepadan kerja mereka dengan imbuhan yang mereka perolehi? Dengan kenaikan harga barang, tol, minyak dan kos kehidupan yang lain, saya dapat rasakan Hari Pekerja tahun ini akan menyaksikan pengumuman kenaikan gaji dan bonus untuk kakitangan. Khususnya untuk kakitangan awam, tentunya kakitangan swasta juga bakal mendapat tempiasnya. Tapi itu hanya tekaan saya. Entah betul, entah tidak.
Kita tunggu sajalah.
Kepada mereka yang mempunyai kakitangan, Hari Pekerja adalah hari untuk anda hargai kakitangan anda. Ucapkan terima kasih kepada mereka kerana menyumbang tenaga untuk syarikat anda. Tunjukkan yang anda hargai mereka. Walau hanya sekecil ingatan penghargaan anda kepada mereka, mereka akan terus bersemangat untuk terus membantu anda membangunkan syarikat. Lagi pun, mereka juga manusia biasa, bukannya robot!

p/s : Yang seronoknya bekerja sendiri adalah apabila orang bekerja kita cuti. Tapi jangan lupa, selalunya orang bercuti kita bekerja!








Yang lebih seronok utk org yang kerja sendiri (mcm aku, hehe), org kerja aku cuti, org cuti, aku pun cuti lagi sakan… ni kat sepang goldcoast ni… semalam kat genting… hari ni nak pi PD lak…
tapi, ‘pekerja2′ siber aku tak cuti lak… salah satu laman aku naik popularity 3% masa aku tengah bercuti dah masuk 3 hari ni… dah top 6000 most visited site by Malaysians dah… (top-100k dlm dunia among 90 millions active web domains today) after much less than six month in the market. And kena bangga sebab Malaysia yang dipeloporiku akhirnya dan secara rasminya dah #1 bermula hari ini dalam pentandingan dengan 50 negara-negara lain termasuk negara-negara maju seperti USA, UK, Jerman etc.
itulah kuasa pemasaran Internet! make it WORK for you, even while you sleep…
You’re right Irwan, govt and people need to wake up. I’m going alone against MSC/the govt this coming 8 MAY 2007 (David vs. Goliath). i’m going to tell the world, what’s wrong with the world including Malaysia today! May God help me!
irwandahnil : Congratulations! Bangga dengan pencapaian kawan2. May the ‘force’ be with you
Memang paling enak kalo tu bisa kerja di rumah. Tanpa jadwal, bebas kita atur la sendiri.