Sekiranya anda pembaca…
4 05 2007Salam Sejahtera,
Mungkin masih ada yang bercuti panjang. Tetapi sepanjang cuti yang lalu, bukan hari yang baik untuk saya bercuti. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mengejar dateline 15 May, walau hampir 80% kerja selesai.
Ini yang seronoknya bila kita buat kerja sendiri, dan kita sendiri yang meletakkan matlamat. Bila saya sasarkan untuk selesaikan pada 15 May, saya jadi lebih disiplin dan bekerja keras utk mencapainya kerana saya tahu, sekiranya gagal untuk berbuat demikian, maka RUGI lah jawabnya.
Minggu lalu saya mendapat surat tawaran untuk menjadi penulis jemputan untuk sebuah majalan baru. Majalah tersebut adalah khusus untuk perniagaan, usahawan, cerita kejayaan, living dan juga kesihatan. Tentunya saya diminta untuk menulis mengenai dunia SMS. Wah! Terujanya saya!
Majalah tersebut telah diterbitkan bermula April yang lepas. Tajuk majalah? Nantilah.. Rahsiakan dulu. Biar ‘mentor’ saya yang umumkan nanti memandangkan beliau akan menjadi cover page utk edisi bulan Ogos.
Dalam keserabutan saya bekerja, saya hanya boleh menggaru2 kepala. Bagaimana saya patut menulisnya. Ini akan menjadi pengalaman pertama saya untuk menulis sebuah majalah. Memang betul, saya telah menulis ebook, sebuah buku, malah saya juga sedang menulis manual teknikal! Kalau nak dikira blog sebagai medium baru penulis, tentu tidak asing lagi hal-hal penulisan
Tidak! Tidak! Bukan itu! Walau ada sedikit pengalaman dengan penulis sebelum ini, majalah memberikan satu pengalaman yang lain. Bukan hanya dari segi pembaca, tetapi ‘look dan feel’ juga. Anda tentunya dapat merasakan perbezaan apabia anda membaca sebuah majalah, yang anda boleh pegang dan belek berbanding dengan anda membaca ebook atau artikel di internet. Perasaannya berbeza!
Kalau kita membaca buku, buku juga memberikan feel yang berbeza berbanding dengan membaca majalah. Bagi saya majalah ni lebih ‘live‘, banyak warna, pelbagai topik yang diceritakan, penulis berbeza dan sebagainya. Pengalaman membaca majalah lebih menyeronokkan berbanding membaca buku
Kalau saya ingin menulis di majalah, perkara pertama yang bermain di kepala saya adalah “Bagaimana saya ingin menulis di majalah?”
Bagaimana untuk memastikan pembaca majalah membaca tulisan anda? Bagaimana anda perlu tulis untuk memastikan pembaca enjoy tulisan anda, dan pada waktu yang sama anda dapat menyelitkan beberapa promosi produk anda tanpa pembaca merasa yang anda teringin sangat nak jual barang? Adakah penulisan tersebut perlu formal, atau gaya bahasa yang santai?
Kalau anda sebagai pembaca, apakah bentuk atau gaya penulisan yang anda gemari di majalah ?









Hmmmm… bila dah ramai orang kenal dan ada recognition dari badan-badan tertentu, saya rasa En. Irwan tak perlu lah menukar gaya penulisan En. Irwan.. Buat macam biasa jer, asalkan banyak ilmu baru yang En. Irwan dapat sumbangkan.
Orang akan respect penulisan, jika penulisan itu menggambarkan keikhlasan hati si penulis, tidak berpura-pura dan tidak terlalu berbunga-bunga sehingga membuang masa si pembaca..
Tak lama lagi, En. Irwan dijemput masuk forum usahawan kat tv la pulak, maklumlah dah jadi penulis glemer..
Tahniah, guna cara penulisan tersendiri tapi perlu diambil kira para pembaca, put urself as a lay person. Elakkan penggunaan technical terms yang tidak mudah difahami. Ayat yang pendek-pendek. Tapi saya yakin En Irwan mempunyai cukup ilmu dalam bidang penulisan ini. Selamat Maju Jaya.
irwandahnil : Terima kasih… saya akan cuba.
Tahniah!
Teruskan memartabatkan bahasa Melayu di persada teknologi maklumat.
hasil pasaran ebook mendapat sambutan yang meluas sekarang ni dan ramai juga yang mencuba tetapi tidak tahu bagaimana “RAHSIA LOMBONG EMAS DENGAN EBOOK .ebook ini akan membongkar rahsia dan teknik bagaimana menjana pendapatan melalui penulisan ebook. Anda hendak senang carilah ilmu dahulu sebelum maju kehadapan. sila lihat link dibawah ini
http://www.penulisebook.com/index.php?ref=norzey