Mengapa saya mahu berpindah pejabat..
8 05 2007Salam sejahtera,
Sejak 6 bulan yang lalu, hati saya mula terdetik untuk berpindah pejabat. Kalau jadi pindah ini kali ke 3 saya akan berpindah pejabat dalam masa 7 tahun bergelar usahawan. Memang saya tidak suka berpindah pejabat, tetapi kali ini saya ingin sangat berpindah dari pejabat ke ‘rumah’.
Juga dikenali sebagai SOHO, saya juga sedang menimbang untuk membuat kajian lebih mengenaibaik buruk berpindah.
Tetapi hidup di bandar seperti KL ini, menyebabkan rasa hati saya tu semakin hari semakin tebal. Anda bayangkan :
7 am - Bertolak ke KL dari rumah di Kajang
Kos : Tol RM1 + RM1.80 + Petrol
Masa yang dibazirkan : 1 jam
8 am - Sampai di KL. Minum pagi bersama teman lama di warung mamak
Kos : Parking RM5 per entry + Teh tarik RM1 + Roti Bakar RM2
Masa yang dibazirkan : 1 jam (sebab aktiviti sembang2 ni memang tak terasa
)
9 am - Meeting
Kos : Tiada kos cuma perut kenyang dan terasa mengantuk pula pagi2. PRICELESS!
Masa yang dibazirkan : Ini bukan pembaziran, ini dipanggil produktiviti
11 am - Bertolak ke pejabat di Puchong
Kos : Tiada tol + Parking free + Petrol
Masa yang dibazirkan : 45 minit. Tak jauh tetapi jalan raya yang konon2nya ada highway canggih dan bersimpang siur tapi tak pernah tak sesak!
11.45 am - Sampai di pejabat Puchong. Bukak laptop. Tengok2 kerja yang harus diselesaikan.
12.30 tgh - Client call ajak lunch. Dah client ajak, takkan la nak tolak.
Kos : RM25 3 orang makan + Parking RM2 + Petrol
Masa yang dibazirkan : Jumpa client. Buat hubungan baik. Ini bukan membazir namanya. Ini tanam saham!
2 pm - Masuk office balik. Solat. Ada discussion dengan technology partner at 2.30pm
Kos : Tiada
Masa yang dibazirkan : 1 jam produktiviti, 1 jam lagi mungkin perbincangan yang tiada kaitan
4 pm - Abes discussion. Partner ajak pegi minum petang pulak.
Kos : RM4.50 untuk teh tarik dan roti bakar
Masa yang dibazirkan : 1 jam bersembang mengenai perancangan hari esok yang mempunyai agenda yang lebih kurang sama dengan hari ini.
5 pm - Balik rumah
Kos : Tol RM1.60 + RM1
Masa yang dibazirkan : 20 minit
Cuba anda kirakan berapa duit yang saya dah habiskan? Adakah saya membayar untuk suatu pembaziran?
















That’s why micropreneurism and teleworking is the FUTURE. Malaysia and most places in Asia are NOT condusive for commerce by SMEs. On the other hand Western world (USA, Canada, UK, France, Germany etc.) are very condusive. Only if Asians take full advantage of the facilities provided by ICT, will Asia be able to match commerce made by the Western countries.
That’s also why I stay in a small village in Penang island (with hi-speed broadband though) while most others are congregating and getting frustrated in busy cities like KL.
Live the ala-carte way. Dato Tony will say: the “no-frills” way. (rumah dia pun kat tempat tak berapa sibuk, although big businesses dia run tempat sibuk)
TIME is MONEY! Unfortunately, Malaysia forced its people to waste so MUCH TIME on daily basis for traditional employment.
I meant to say micro and small businesses, not SMEs. medium and large enterprises will benefit the most in Malaysia business environment and they continuously become the darlings of Malaysia government. Mana taknya, Malaysia govt also invest in most of these big companies, ie. Government-linked companies that kill micropreneurs, instead of helping them.
Banyak juga kos tu en.irwan based on ur daily schedule..
Its up to u sbnrnya..tapi kalau sy la..sy pindah je..
Biar benar Irwan nih… Tak aci nih. Citer tak abis.
Asyik makan & meeting je, bila kerjanya.. tak caye2… :p
p/s: Tapi la kan… Kalau office kat rumah sekalipun, tetap kena meeting dengan client juga kan? hmm….
irwandahnil : ada dua alam. makan & meeting tu ada 8 jam je sehari. 16 jam lagi buat kerja, tapi tak cerita ngan orang
Takkan tak tido kot? Must have eight hours of sleep.
En. Irwan ni tak tido, dia nak jadi Superman, kalo tido pun dok ingat camana nak carik duit guna sms, so serupa macam tak tido la… hehehe..
Nak pindah pindah lah. Jangan pindah Kota Belud dah lah.
irwandahnil : Mana lah tau satu hari nanti berhijrah ke Sabah pula. Tinggi kebarangkalian tu..
If you want to be an entrepreneur in the modern facet, Mr Irwan Dahnil is a model you have to and must follow.
Intriguing to acknowledge the insights of a real life entrepreneur
Continue your effort and wish you lots of success…
irwandahnil : wish u all the best too! How’s ur project going ?
Lebih baik meminimumkan kos dalam keadaan Malaysia yang semakin “NAIK” sekarang ini. Setuju dengan saudara menjalankan perniagaan dari rumah dengan cara yang lebih mudah dan praktikal. Tak kiralah dimana tempat dituju walau ke Puncak Gunung Kinabalu sekalipun akan memungkinkan perkara itu berlaku dengan adanya teknologi di hujung jari anda.
Benih yang baik walau dicampak dbumi mana sekalipun akan menjadi pulau, kalau dicampak di rumah atau di atas gunung mana sekalipun akan membawa kebaikan. Insya’Allah. Kuncinya pada diri sendiri
, dengan izin Allah.
irwandahnil : Kene kurangkan belanja yang tidak produktif.
Atau tingkatkan penggunaan ICT. Orang Malaysia kena belajar pakai Skype, GizmoProject etc, or kalau nak canggih lagi pakai Webex-like apps untuk web collabaration. Satu lagi freebie yang cukup berguna ialah Google Docs & Spreadsheet. Kalau lebih selesa dengan Microsoft, boleh guna OfficeLive.
Kalau lagi bersemangat, belajarlah guna ERP and CRM (dah ada yang percuma atau yang murah (pay-per-use), tak payah bayar puluhan ribu kepada Microsoft, SAP, Oracle etc). Barulah orang kita boleh bersaing di dunia global.
Oye, jangan lupa tentang crowdsourcing/Web 2.0 (hint: klik la link aku…)
Say, “penyumber-ramaian”?
Silakan pakar-pakar bahasa sekalian….