Book Smart vs Street Smart

16 05 2007

Salam Sejahtera,

Hampir seminggu tiada catatan dari saya.. Ke mana menghilang ye? Senyap je… :)

Minggu lepas saya baru selesai menyiapkan pembentangan projek SMS saya dihadapan panel MavCap, MDeC dan Mara. Asas pembentangan untuk melihat sejauh mana perniagaan yang saya cadangkan ini berdaya maju, mempunyai prospek di masa hadapan dan yang paling penting perniagaan saya ini mampu untuk menarik ‘pelabur-pelabur’. Konon2 hajat dihati, saya ingin mencari ‘pelabur’, tetapi saya pada awal lagi telah menetapkan bahawa sasaran saya hanya untuk melihat respon atau maklum balas dari panel. Tidak lebih dari itu (walau bersengkang mata tak tido malam untuk siapkan pembentangan). Anyway, saya tidak perlukan pelabur untuk perniagaan saya buat masa sekarang!.

Cerita Usahawan Book Smart

Masa dahulu, nak dapat segulung ijazah bukan mudah. Saya mungkin bernasib baik, tetapi ada rakan2 saya yang berasal dari kampung yang ibubapanya terpaksa bergolok bergadai untuk menyekolahkan anak. Begitu mahal harga sebuah ijazah ketika itu. Kawan saya, Leman (bukan nama sebenar), dianugerahkan otak yang cerdas, dan begitu cemerlang dalam pelajaran. Selalu membantu mak menjual goreng pisang, mungkin antara sebab beliau terdorong untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di London atas tajaan JPA.

Balik dari London, Leman bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah GLC. 12 tahun kemudian selepas rasa agak tersiksa bekerja dibawah telunjuk orang, beliau berhenti makan gaji dan memulakan hari berikutnya sebagai seorang usahawan. Leman yang penuh dengan ilmu didada, dan juga pengalaman 12 tahun Leman mampu menguruskan perniagaannya sehingga berkembang. 5 tahun selepas bermula perniagaan, syarikat beliau tersenarai di Bursa Saham dan beliau menaiki kereta mewah ke sana ke mari dengan hasil wang perolehan saham.

Leman seorang yang berjaya. Seorang jutawan dalam perniagaannya. Dan Leman seorang yang mempunyai ilmu yang dipraktikkan dan menjadi seorang yang sangat terkenal dalam industrinya.

Cerita Usahawan Street Smart

Kawan saya, Syed (juga bukan nama sebenar) yang tak abis sekolah (drop out). Abes sekolah sampai Form 3, itu pun selepas berenti sebab ada masalah disiplin sekolah. Saya rasa ramai yang mempunyai kawan seperti Syed. Syed, walau pun ada sedikit perasaan malas dalam dirinya, bukan seorang yang berat tulang. Mungkin atas desakan hidup, Syed membuat pelbagai kerja, dari mencuci kereta sehingga mengutip hasil2 hutan. Yang penting, hidupnya diteruskan. Syed percaya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Syed yang hanya pandai membaca dan mengeja. Kalau nak memohon kerja, tidak lebih sebagai seorang mat despatch atau sehebat-hebatnya jadi kerani.

Syed mulakan usaha kecil-kecilan. Pelbagai perniagaan Syed cuba, dari broker tanah sehingga ke penternak ayam. Banyak pengalaman yang di timba. Bukan setakat pengalaman, jatuh bangun perniagaan (yang biasanya banyak rugi dari untung) pun dah menjadi makanan harian Syed. Biasalah.. hari ini untung, esok belum tentu.

Alah bisa, tegal biasa. Lama kelamaan Syed berjaya mewujudkan rangkaian syarikat yang menjual kereta terpakai. Dalam masa 9 tahun cawangan perniagaannya boleh dikatakan ada diseluruh negeri. Rangkaian perniagaannya terus berkembang.

Dah jadi tokey kereta, tentunya Syed juga dapat merasai nikmat empuk duduk di rumah yang besar, dan juga senyap dan eksklusifnya duduk dalam kereta mewah yang mempunyai pemandu peribadi sendiri.

Syed juga seorang yang berjaya. Seorang jutawan dalam perniagaannya. Dan Syed seorang yang mempunyai pengalaman pahit perniagaan yang menjadikan beliau seorang yang berjaya.

Apakah beza antara Leman dan Syed ?

Kedua-duanya berjaya sebagai usahawan. Cuma laluan tidak sama.

Leman memilih kehidupan yang lebih lurus, terancang, dan menggunakan pengalaman 12 tahun sebagai sandaran untuk berjaya. Syed melalui jalan berbeza, penuh kegagalan, bermula dari bawah dan juga mengharungi hidup dengan apa yang ada.

Tidak semua laluan usahawan itu sama. Tidak ada sebarang cabaran yang menghalang seseorang untuk menjadi usahawan. Kecil atau besar perniagaan, bukan ukuran, tetapi semangat dan nyala rasa sebagai usahawan yang membezakan adalah kita mampu untuk mengharungi liku2 sebagai usahawan.

Belum pernah saya dengar ada usahawan menyatakan menjadi usahawan adalah senang. Semua pernah merasai ’sakit’ (malah ada yang terduduk atau tergolek2) . Atas dasar ini, saya rasakan usahawan yang berjaya adalah usahawan yang paling kuat jati dirinya.

Kalau tidak saya rasa, mungkin dah ramai usahawan yang jadi sasau dan tak siuman (ada..bukan takde)!


Actions

Informations

5 responses to “Book Smart vs Street Smart”

19 05 2007
Nasir (07:04:24) :

First, I’m continuously impressed with your graphics skills, Irwan!

Second, NEVER say you are not seeking funding to representatives of a financing company. They’ll get PISSED OFF! The result, they’ll give you the among the lowest scores possible in their evaluation. (I expected that)

Also, NEVER pretend that you know who your audience is. (This big mistake also happened when I went for a negotiation with a large organization — I’ve learned my lessons now!). Study enough about them, but pretend you don’t know much about them, and only focus about your own self. And never pretend you know more about anything than any of your audience — they’ll like you better.

Say, how about a Book, eh Street, eh Book la, eh Street kot Smart??

Take me for example: 5A in Darjah 5. Among the best in primary school and menengah rendah. Then got to a special school. I flopped, and only got modest result, but still, enough to have rewarded me with immediate overseas study. Then, off to one of the best engineering school in the world. But I flopped there again. I almost failed, but I managed to get a degree after lengthy extensions. I almost swear never to go to school again.

But seven years later, I’m back in school and this time aced out every classes. Then I fumbled again. Some of my lecturers didn’t like me well, so, I got penalized severely. Now I’m not sure…. I just hope to make it, and on my own again.

Am I a book or street smart? (I made it into the Mensa circle btw, so, I know I’m smart, somewhere, somehow…) Maybe I’m just both, but too rebellious for my own good.

irwandahnil : why dont we call it as both street & book smart then ? :)

19 05 2007
Nasir (07:15:19) :

Apa nak buat daa… Out of the dozens of companies MAVCAP invested in, seems like ZERO is in the Internet field. CRADLE pun lebih kurang, almost zero.

Macam mana la Internet nak prosper kat Malaysia. Simply not enough or almost NO risk-taking VCs! Ada pun takat Vincent Tan yang sendiri tak berapa paham tentang Internet. One of my associates who won CRADLE, ended up bungkus and siap court-convicted lepas terpaksa cari makan jual pirated DVDs over the net.

DAGS bwh NITC pula punya la byk funded Internet companies sampai RM100 juta banyaknya, tapi hampir kesemua ~40 projek terkandas termasuklah NITC sendiri (nama domain sendiri pun tak renew macam projek-projek kerajaan tersebut). BTW, MDEC pun “terlupa” nak renew one of its most popular domain (hint: ada kaitan dengan “technopreneur”).

19 05 2007
Suri (20:58:32) :

Its remind me of the Apprentice series, Book Smart Vs. Street Smart. Its better to be both but in reality Book Smart will play safe and street smart berani to take any risk since perkara jatuh dan tergolek is their asam garam, not a big deal and practically they knew what they are juggling and to one extent jatuh dan tergolek been minimize. Book Smart yang I rase banyak jadi gila bila dah terjatuh dan tergolek( my humble opinion)…may be. Bila dah get used dengan keadaan yang sentiasa selamat dan once jatuh kkdg belum tentu boleh bangun. I salute those in the Street smart group….

How abt En Irwan sendiri? which group are u belong?

irwandahnil : tatau nak kategorikan di mana.. on and off always be at the different street at a different time.. Working on to put some books on the street :)

21 05 2007
syana (04:34:46) :

tingginya markah die..hehe.. tahniah ek

irwandahnil : itu kira rendah tu kan.. ada yang hampir nak perfect pun ada :)

4 06 2007
kak chik (08:54:22) :

hmm..

sumernyer book smart..then jadik street smart.

yang street smart nak jadik booksmart susah.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>