Habis tu saya nak makan apa…
28 05 2007Salam Sejahtera,
Wah!Wah!.. Banyak betul kerja. Tapi bukan sebagai alasan tidak update blog. Akan kembali aktif seperti biasa. Saya sekarang berada di Kedah untuk menyelesaikan tugasan ‘terakhir’ bersekolah
. Harap2 tiada apa halangan lain dan saya boleh kembali ke KL malam ini juga.
Sekiranya selesai, maka selesailah program Master. Boleh bergelar MSc. Technopreneurship dengan kadar bayaran khidmat perundingan RM300 sejam (mengikut rate kerajaan) lepas ni
Pengalaman berharga saya sepanjang dua tahun dalam menyelesaikan program master bersama kawan-kawan usahawan, membuatkan saya mempunyai masa yang panjang untuk berfikir.
Berfikir tentang perkara yang lepas,
Berfikir tentang masa kini, dan
Berfikir tentang masa hadapan.
Selepas banyak tahun menghabis masa dengan menjadi usahawan sepenuh masa, tidak semua pengalaman adalah indah.Banyak yang memeritkan dari yang menyenangkan. Tapi yang tidak boleh dijual beli adalah kebebasan untuk menentukan apa yang saya mahu lakukan!
Maka berakhirlah lagi satu chapter dalam hidup saya. Goodbye master, go for higher lepas ni!
Jangan sampai tak makan..
Sembang2, kembali kita kepada topik.
Seringkali saya hadiri seminar atau kursus, bakal2 usahawan hanya diajar motivasi perniagaan, membuat kertas kerja, dan juga memohon pinjaman.
Dalam kertas kerja diajar macam mana nak buat proposal yang ‘cantik’, boleh meyakinkan panel. Bahkan dalam proposal juga diajar untuk mengubahsuai financial statement untuk mendapatkan pinjaman. Pendek kata, menyediakan kertas kerja perniagaan yang sempurna!
Tetapi langit tidak selalu cerah. Di sangka panas sehingga ke petang, hujan di tengahari.
Bagaimana kalau perancangan kita tidak menjadi? Bagaimana kalau unjuran jualan berjuta-juta tu menjadi kosong? Bagaimana kalau keuntungan berubah menjadi rugi?
Bagi saya, perkara PERTAMA untuk menjadi usahawan, adalah dengan mengajar bakal2 usahawan untuk survive dalam perniagaan. Elemen ini yang saya rasa ‘tertinggal’ dalam pembangunan usahawan.
Untuk perniagaan benar2 stabil mengambil masa yang agak lama. 6 bulan, 1 tahun dan mungkin lebih. Jadi dalam ketika perniagaan baru nak merangkak-rangkak maju, bagaimana dengan diri kita ? Makan minum kita, perbelanjaan minyak tol kita atau sekurang-kurangnya membeli prepaid untuk telefon bimbit kita. Dari mana sumber kewangan yang hendak kita perolehi untuk menampung keperluan hidup?
Saya berkecimpung dalam perniagaan ketika usia saya masih muda. Tiada komitmen nak bayar kereta, sara anak isteri, tiada loan rumah dan sebagainya. Tapi bagaimana untuk mereka yang mempunyai isteri, anak, kereta, rumah dan sebagainya?
Kalau perniagaan tak menjadi, hutang pula makin meningkat. Sakit kepala! Itu yang banyak jadi kes dimana dah resign dari makan gaji, tapi perniagaan tak menjadi. Bukan sedikit kes macam ni, banyak!
Ilmu ‘magic’ untuk survive ni tak diajar dimana-mana. Tapi ada caranya…
Insyallah dalam post akan datang kita akan kongsikan.
















Rate kawan, RM30 sejam dah la…
irwandahnil : dah kasi tumpang umah Maybank dah kira bagus.. takyah bayar
erm..tak sabar nak tunggu
Congrats Irwan kerana dah dapat M.Sc.
Saya masih ingat juga time saya complete my MSc, time tu baru je usia 24…
7 years ago…
Rasa bangga time tu, tapi setelah pulang ke Malaysia, rupa-rupanya makin tinggi sijil kita, makin susah nak dapat pekerjaan. Dan bila dah dapat kerja, rupa-rupanya tidak seperti yang dijangkakan, gaji kecil, kerja 7 hari seminggu dan politik kerja merata-rata…
Further studies? Kalau ye pun, dalam bidang IT atau related to my business.
Personally for me, doing internet marketing has been the best thing in my life!
… and if I could turn back time, I would have done internet marketing 11 years ago, way back in 1996 when I was still doing my degree…
Galadriel.