Salam dari Bumi Kenyalang

13 06 2007

Salam Sejahtera Rakan Sekalian,

Saya hanya dapat membuat catatan ringkas pada hari ini. Hari ini adalah hari perjalanan saya ke Kuching, Sarawak. Jadi ada beberapa email yang saya tidak dapat untuk reply serta merta. Kepada Alfa dan Faizal, terima kasih di atas email anda dan saya akan balas secepat mungkin.

Kali ini saya akan berada di Kuching sehingga hari Sabtu, sebelum saya ke Cameron Highland pada minggu depan. Bulan ini agak sibuk dengan kerja-kerja di luar KL. Kepada mereka yang sedia maklum mengapa saya kerap keluar KL sejak akhir-akhir ini, satu kejutan saya akan beritahu tidak lama lagi. Mungkin ada yang beranggap yang saya selalu menguruskan projek diluar, tetapi sejak bulan Jun 2007, TIDAK LAGI. Saya dah tukar bidang … Hahah..

Saya ada satu ‘misi khas’ bila keluar dari KL. Nantikan ya… Pendedahan eksklusif tidak lama lagi :)

Mungkin ketika ini saya sedang didalam kapal terbang. Saya ingin menggunakan masa untuk berehat dan menyusun kerja yang semakin banyak. Doakan saya pulang ke KL dalam keadaan yang selamat dan dapat berkongsi idea-idea yang lebih segar selepas ini.

p/s : Kalau berkesempatan, saya cuba ‘tangkap gambar’ bersama ‘kucing-kucing’ di Kuching dan poskan di blog.. Berapa banyak kucing daaa… :)

Jumpa lagi.


Actions

Informations

One response to “Salam dari Bumi Kenyalang”

17 06 2007
Nasir (09:53:51) :

Kalau kucing tau main SMS kan bes… ;)

Ada iklan kat papan iklan besar sebelah Giant Bayan Baru promosikan kitten neutering sebab takut besar sangat populasi kucing… (tapi bubuh gambar ribuan anjing). appara… kucing bes la… miau! (”nak vote AF/Ikon”)…

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>