Berikan Pelanggan Peluang | Berikan Apa Yang Mereka Mahu

27 06 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Selalunya sebagai penjual, kita perlu meletakkan diri kita sebagai pembeli atau calon pelanggan kepada perniagaan kita sendiri. Bagaimana kalau anda menjadi calon pembeli? Cuba anda bayangkan betapa ‘cerewet’nya anda sebagai pelanggan? Sebagai pelanggan, tentunya mahukan produk yang terbaik dan harga yang termurah! Kalau kita mempunyai kecerewetan sebegitu, tidak kurang juga dengan pelanggan perniagaan kita. Mereka juga mahu memilih. Produk dan harga yang terbaik.Tentunya harga lebih rendah lebih baik.

Oleh sebab itu kita tengok beberapa perniagaan yang berjaya menggunakan strategi tawaran harga untuk mendapatkan pelanggan terlebih dahulu. Yang paling ketara, Airasia dengan konsep pembelian tiket 6 bulan lebih awal sebelum tarikh penerbangan. Memang boleh dikatakan, Airasia berjaya mengubah persepsi pelanggan 100% terhadap nilai perkhidmatan!

Saya memang sangat kagum dengan kejayaan Airasia. Mereka berjaya mendapatkan pelanggan. Hanya dengan menggunakan tawaran harga rendah, semua pelanggan beralih kepada Airasia. Memang hebat!

Seminar Pemasaran dan Perniagaan SMS vs Airasia

Bukan nak lawan Airasia. Tapi saya sendiri sedang mencuba strategi yang digunakan oleh Airasia dalam perniagaan saya. Tahukah anda, Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS menggunakan taktik yang sama seperti Airasia? Yuran akan menjadi semakin mahal apabila tarikh semakin dekat dengan seminar. Anda tahu keputusannya?

Seminar Pemasaran dan Perniagaan SMS FULL-HOUSE!! 25 TEMPAT DUDUK PENUH! Yang paling mengejutkan, penuh dalam masa 2 MINGGU PROMOSI ‘EARLY BIRD’!

Inilah yang menarik. Memang strategi ini so far berjaya. Saya sendiri masih mendalami strategi ini. Strategi ini adalah dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan anda apabila mereka membuat keputusan awal. Beri mereka peluang untuk membuat keputusan dan berikan mereka ganjaran atau diskaun atas keputusan mereka.

Memang betul kata Tony Fernandes “

‘Berikan apa yang pelanggan anda mahu… Mereka akan memilih anda’

Saya akan terus mengkaji strategi ini. Mungkin banyak lagi baik buruk yang saya belum nampak. Anda juga mungkin nampak kebaikan strategi ini, saya sendiri ingin berkongsi dengan anda!

Anyway, thanks Mr Tony!


Actions

Informations

2 responses to “Berikan Pelanggan Peluang | Berikan Apa Yang Mereka Mahu”

30 06 2007
Nasir (23:25:26) :

Let’s call him Dato’ Fernandes… Tony, reminds me Tony the Tiger ;)

1 07 2007
irwan.dahnil (10:22:15) :

Ok then… Izzit Dato’ or Datuk anyway En Nasir? :)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>