Adakah Anda Yang Saya Cari ?
30 07 2007Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Saya berharap agar maklumat ini dapat disebarkan kepada rakan-rakan, kenalan, saudara mara atau sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk mengisi jawatan di bawah :
***********************************************
Jawatan
Trainer / Associate ConsultantDeskripsi Kerja
Calon akan dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam melayan soalan umum pelanggan, membuat pembentangan, dan juga dapat menyampaikan maklumat syarikat dengan baik kepada pelanggan dan juga rakan perniagaan. Dalam masa-masa tertentu mungkin memerlukan calon untuk bekerja di luar Kuala Lumpur atau ditempat-tempat lain. Calon yang mempunyai progres kerja yang baik berpeluang untuk ditawarkan menjadi aprentis dalam projek syarikat.Kualiti Calon
Mampu menyusun jadual dan disiplin kerja yang baik, penguasaan komunikasi interpersonal, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, mempunyai visi dalam kerjaya, boleh berkerja secara berseorangan dan berkumpulan, mempunyai personaliti yang menarik. Mempunyai nilai seni dan juga citarasa yang baik adalah suatu kelebihan.Kelayakan Akademi
Bukan menjadi keutamaan. Kelayakan berdasarkan diri individu.Pengalaman Kerja
Bukan menjadi keutamaan.Gaji dan Faedah
Pertimbangan mengikut pengalaman kerja yang berkaitan
***********************************************
Proses Permohonan : Sila emailkan resume anda kepada irwanconsult[at]gmail.com Sekiranya anda tertanya-tanya syarikat mana yang mengiklankan kerja ini, saya boleh beritahu anda yang anda juga akan terlibat dalam perniagaan SMS dan telekomunikasi dan anda akan bekerja dekat dengan saya!
Sekiranya disenarai pendekkan, kita akan berjumpa untuk temuduga!
Saya tidak mencari ‘otai’ atau mereka yang dah lama dalam perniagaan. Keutamaan saya adalah mereka yang muda dan energetic, mempunyai nyala rasa ingin mempelajari sesuatu dengan cepat. Paling utama adalah PASSION! Sekiranya anda hanya dari golongan yang ingin bekerja kerana menganggur, atau tidak dapat kerja diluar sana, atau mempunyai mentaliti ‘kerja apa pun boleh dari duduk rumah’, maaf, saya tidak menggalakkan anda untuk memohon.
Dalam mencari kakitangan dalam syarikat, saya lebih suka tidak menggelarkannya pekerja. Mereka yang akan sebumbung dengan saya adalah mereka yang mempunyai kualiti dan ciri-ciri usahawan juga. Saya mahukan mereka yang mempunyai visi di mana satu hari mereka juga akan mempunyai perniagaan sendiri dan terbang tinggi.
Sekiranya jawatan yang saya nyatakan diatas tidak sesuai, anda cadangkanlah nama jawatan yang sesuai untuk calon seperti ini ?
















Wah….
Irwan, kalau ada extra calon, pass juga resume2 kepada kami!
Masih dan sentiasa mencari. Orang berkebolehan sentiasa in-demand.
Sabri
Sabri,
Calon ramai…. tapi nak penuhi kriteria tu memang susah sikit
Sabar-sabar. Kan bagus berniaga ni, selain dari mencari rezeki yang halal, membuka pintu rezeki kepada orang lain…
Renung-renungkan, dan Selamat Beramal.. hehe ( pinjam Dr Izudin punya tagline sekejap)
Saifulsham pun tengah cari apprientise…kene buat pertandingan la..:p
Ok.Sent via Jobstreet resume.
Sham… I’ve received your application. Will keep updated
sham… saya patut bertanding dengan Saifulsham ke, atau calon yang kene bertanding nak masuk jadi apprentis ?
calon la bertanding..wat stail apprentise tu..tak pun the firm..:)
macam menarik offer ni..Kalo saya apply mcmane irwan?:p
Sham, calon pun tak cukup.. camner nak bertanding
Cuba lah apply @ anta resume. Will give it serious consideration
Adess.. Lambat membaca iklan abg irwan nih..
Buka lg ke tawaran ni? huhu..
Seriously, saya sgt suka kerja mncabar dan kerja2 yang mnguasai komunikasi ni tp xpnah plak dapat..
PS: Adoi.. smenjak dua menjak ni asyik lambat je.. daftar sminar lmbat smpai kena reject sbb full.. huhu
fai > Email me personally. Ini bukan kerja makan gaji.. Independent project, tapi guided
ok abg irwan.. saya dah sent..
Thanks..
PS: Independent projek ni mmg best bagi saya berbanding mkn gaji.. Boleh memulakan projek serampang 2 mata sbnarnya.. Disamping blajar dgn kerja ni ,dapat juga kmbangkan sayap perniagaan..