Nilai kemahiran dan pengetahuan

31 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Akhir-akhir ni asyik cerita tentang nilai atau dalam bahasa Inggerisnya value. Saya sengaja tekankan sebab saya sendiri perlukan sedikit motivasi untuk terus percaya dengan apa yang saya lakukan, berikan udara segar dalam pemikiran, berfikir sejenak sebelum terus melangkah..

Selepas saya buat posting mencari apprentis untuk projek saya semalam (sila baca posting semalam), saya dihujani SMS dari rakan-rakan yang bertanyakan tentang jawatan tersebut. Tentunya soalan top yang saya terima adalah, ” Berapa gaji sebulan? Banyak tak ? Ada benefits lain i.e medical, cuti, etc? “

Saya dengan selambe kodok (pinjam perkataan Afdllin Shauki kejap) jawab ” Mana ada gaji…. kerja amal ni!” .. Hahaha.. Saya hanya ketawa, begitu juga dengan mereka.

Soalan-soalan itu mengingatkan saya satu lagi cerita dari email yang diterima tidak lama dulu. Cerita orang tua, dan kemahiran membaiki kapalnya. Mungkin ada yang pernah mendengar, tetapi cerita ini mempunyai ‘nilai’. Cerita ini dalam bahasa inggeris dan saya terjemahkan dan saya ubah sedikit dari cerita asalnya sebab ada beberapa fakta saya tak ingat, tetapi tidak mengubah maksud. Ceritanya seperti dibawah :

Alkisah, terdapat sebuah kapal yang sangat besar di pelabuhan yang tidak dapat meneruskan pelayaran akibat mengalami kerosakan dan engine tidak boleh dihidupkan. Kapten kapal mengarahkan semua tenaga kerja dan anak-anak kapal, dari semua peringkat baik dari jurugegas sehingga jurutera yang terhandal untuk membaiki kerosakan tersebut. Maka siang dan malam mereka bekerja.

Tetapi kapal tersebut masih belum boleh belayar!

Akhirnya, Kapten pun mengarahkan untuk memanggil jurutera dari luar untuk datang melihat dan membaiki masalah kapal tersebut yang tidak dapat diselesaikan walau oleh jurutera berpengalaman yang ada.

Maka datanglah seorang tua dengan membawa toolbox dan juga alat-alat yang lain untuk membaiki kapal tersebut. Kapten dan anak-anak kapal yang lain hanya mampu melihat.Orang tua tadi pun masuk ke bawah kapal, dan kemudian melihat-lihat  beberapa bahagian kapal tersebut. Jauh sekali untuk mengusik bahagian kapal, orang tua tadi hanya melihat! Dari satu bahagian ke satu bahagian, dari atas ke bawah.. Sampailah ke bahagian enjin, orang tua tadi akhirnya mengeluarkan tukul, dan mengetuk sebanyak DUA kali pada komponen enjin. Dan orang tua tadi mengarahkan enjin kapal dihidupkan…..

Enjin kapal berjaya dihidupkan! 

Kapten dan anak-anak kapal hanya menggeleng kepala dan seakan tidak percaya melihat enjin kapal berjaya dihidupkan. Selepas mengucapkan terima kasih kepada orang tua tadi, Kapten dan anak-anak kapal kini bersedia untuk belayar. Sebelum berlayar, Kapten pun mengarahkan anak buahnya untuk mendapatkan invois dari kerja-kerja yang telah dilakukan oleh orang tua tadi…

Setelah invois diperolehi, maka tercatat di situ nilai invois sebanyak RM10 ribu!! Maka terkejut la Kapten tadi, tidak percaya hanya dengan DUA KETUKAN mencecah bil sebanyak itu. Diarahkan anak buahnya untuk mendapatkan bil terperinci (itemised bill) dari orang tua tadi kerana tidak puas hati dengan bill sebanyak itu.

Maka, orang tua tadi pun menyerahkan bil terperinci kepada Kapten tadi dengan maklumat terperinci seperti berikut :

1. Upah Mengetuk RM1 x 2 kali ketuk = RM2

2. Mengetahui di mana hendak diketuk = RM9,998

Mahu atau tidak, Kapten tadi mengarahkan pembayaran dibuat kepada orang tua tersebut! 

Bagi saya, cerita ini membawa maksud bahawa ‘nilai’ tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Ia sangat subjektif, malah tiada siapa yang boleh mempertikaikan ‘harga’ sebuah ‘nilai’. Ia hanya boleh diterjemahkan dalam bentuk yang tidak boleh dipegang tetapi boleh dirasai..

Ini saya kaitkan dengan senario perniagaan di Malaysia yang pada pendapat saya, kebanyakan kita tidak benar-benar menghargai nilai. Istilah ‘kawan2 takkan nak berkira’ yang selalu meletakkan nilai di tempat yang bawah dan tiada harga.

Tidak hairan mengapa di Malaysia, kemahiran, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan tidak mendapat tempat yang sewajarnya di hati pelanggan. Dan tidak hairan mengapa ramai yang mempunyai nilai tersebut mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara lain, kerana mungkin terasa seperti ‘hampas’ di negara sendiri..

Sedihnya… Adakah anda akan memberi penilaian yang sama kepada ‘nilai’ yang ada disekeliling kita ? Tepuk dada…

p/s : Saya telah kemaskini salesletter Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS.. Apa pendapat anda?


Actions

Informations

3 responses to “Nilai kemahiran dan pengetahuan”

3 08 2007
ros (21:05:25) :

Wah! wah!! simbolik betul bahasa En. Irwan kita ni……..maknanya sapa-sapa nak kerje dengan dia make sure kena macam orang tua tu 2x ketuk mesti kena perform……. jangan maraaahhhh

4 08 2007
irwan.dahnil (15:01:20) :

:) . Maksudnya sesiapa yang akan bekerja akan dinilai dari DIMANA HENDAK DIKETUK, dan bukan dari berapa kali dia ketuk …

p/s : I have a good news on a our project. Wait for my call ..

22 09 2007
Intan Syafeera (10:49:56) :

Phisically, human beings can’t move by itself till u have KUDRAT IRADAT ILMU n plus having good soul, of course u can get better result…it can be can get value added that u want. 3 things…

When u r young= HAVE free time but NO Money
When u r working = NO free time but HAVE Money
When u r old = HAVE free time, HAVE Money but NO KUDRAT.

So whut u wanna be?

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>