Sedekah… dari kekayaan

6 08 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya mendapat email mengenai wawancara antara stesen televisyen CNBC dengan billionaire kedua terkaya di dunia Warren Buffet. Beliau telah mendermakan sejumlah 31 billion dari kekayaannya untuk tujuan kebajikan.

Apa yang menarik mengenai Warren Buffet adalah aspek kehidupannya :
1.Membeli saham yang pertama pada usia 11 tahun, dan sekarang beliau menyesal kerana terasa seolah-olah sudah terlewat untuk membelinya!

2.Warren Buffet : Membeli ladang kecil yang pertama pada usia 14 tahun hasil dari jualan suratkhabar!

3. Memandu keretanya sendiri. Beliau tidak mempunyai ’supir’ @ driver atau pengawal peribadi yang menjaganya.

4. Beliau tidak pernah pergi ke mana-mana menggunakan jet peribadi, walaupun mempunyai syarikat jet yang terbesar di dunia!

5. Beliau tidak mempunyai telefon bimbit atau mempunyai komputer di atas meja kerjanya.

6. Beliau tidak bergaul dengan golongan kelas atasan. Beliau lebih gemar pulang kerumah menonton televisyen sambil makan pop corn

7. Beliau mempunyai 6 anak syarikat dimana beliau hanya menulis SATU surat sahaja kepada setiap CEO anak syarikat tersebut.

8. Mesej kepada CEO dari beliau adalah jelas ; Rule 1 : Jangan rugikan wang pelabur Rule 2 : Ingat Rule yang Pertama!

Ada lagi beberapa perkara yang menarik mengenai Warren Buffet. Tetapi saya kagum dengan pendekatan beliau yang bermula dari awal, sedangkan pada usia saya 11 tahun saham yang saya tahu hanya Amanah Saham Nasional @ ASN. Itu pun dah merungut sebab kene potong duit belanja sekolah untuk masuk tabung!

Apatah lagi untuk bercerita tentang saham, ladang dan kekayaan pada seawal umur macam tu. Ntah la, kalau ada antara kita ni yang memang telah bermula dengan kewangan ni sejak dari kecil lagi, maybe bole cerita tentang kejayaan yang dicapai pada hari ini.

p/s : Saya kecil2 lebih gemar bermain dan belajar dari cerita tentang duit! :)


Actions

Informations

4 responses to “Sedekah… dari kekayaan”

8 08 2007
Azahari (02:20:06) :

Best baca kisah Jutawan ni..tambah pulak yang low profile macam Warren Buffet.
Kecik-kecik lagi dah otak bisnes.. :) saya ni start bisnes bila dah dewasa je..itulah bezanya :)

8 08 2007
irwan.dahnil (04:29:24) :

Azahari,

Kadang-kadang pendedahan datang lewat. Perlu ke kita dedahkan anak2 tentang wang pada usia muda? Itu boleh menjadi satu persoalan tu.. :) Fikir2kan

28 08 2007
Shalon (07:21:17) :

Sebenarnya semua orang mahu mula awal masalahnya tiada pendedahan awal. Lagi masalahnya macam bapa saya bukannya otak bisnes macam warren buffet dan Robert T.Kyosaki. Sebenarnya saya mula tahu bisnes ni pun pada usia saya 23 tahun. Sekarang saya baru 24 tahun dan baru mula buat bisnes sampingan sambil berkerja dgn gov.

Fikiran saya benar2 terbuka selepas membaca Buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert T.Kyosaki dan sebuah buku bertajuk The Winning Investment Habbits Warren Buffet & George Soros. Dan pada usia 24 tahun ini saya baru bermula, tak apa walau pun lambat bermula kerana pada masa saya bergelar bapa nanti saya pasti akan memberi pendidikan akdemik & pendidikan kewangan kepada semua anak-anak saya (utk pengetahuan, saya dah kahwin tahun lalu).

Apa pun Warren Buffet & Robert T.Kyosaki adalah hero saya. Dan saya fikir hero adalah penting untuk kita melakukan sesuatu terutamanya bisnes dan menguruskan kewangan kita.

Sekian ja…

21 09 2007
Intan Syafeera (16:56:23) :

As u know we have same MIND but how many of us activate every single part inside your MIND. It will gone if we dont use it. Believe or NOT..? So please THINK..THINK & THINK..

::Syafeera::

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>