Langkah Menjadi Jutawan ‘ala Azizi Ali’
6 09 2007Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Saya selak-selak akhbar pagi ini terjumpa dengan artikel mengenai Azizi Ali, seorang jutawan Melayu yang terkenal dengan kekayaan yang dimiliki dari hartanah. Saya beberapa kali telah berjumpa beliau untuk menguruskan buku terbitan Truewealth. Kali ini beliau masuk ke liputan akhbar lagi!
Begitu juga dengan Dr Irfan Khairi yang secara rasminya telah berkembang portfolio beliau dari seorang usahawan internet ke personaliti talkshow ASTRO.
Kalau anda biasa mendengar ceramah atau menghadiri seminar pengurusan kewangan peribadi, atau bengkel mengenai kekayaan tentunya anda telah biasa mendengar langkah-langkah yang biasa digunakan oleh jutawan untuk mencapai nilai kejutawanan tersebut.
Cuma anda lihat apa kata Azizi Ali membuat perhitungan terhadap wang ringgit. Sangat menarik :
1. “Kalau beli kereta, pastikan anda boleh membayar hutang dalam tempoh setahun. Jika tidak, bermakna anda tidak mampu membeli kereta itu, Mengapa tidak? Belilah kereta terpakai,â€
2, “Ramai yang bertanya kepada saya, mana satu lebih penting? Kebahagiaan atau wang? Bagi saya, ini satu soalan bodoh. Umpama kaki dan tangan, wang dan kebahagiaan sama penting. Mengapa perlu memilih? Saya tidak pernah lagi mengalami situasi yang mana memiliki wang menjadikan keadaan lebih teruk,â€
3. “Sebaik menerima gaji bulanan, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya. Ia dikira sebagai membayar diri anda sendiri. Tidak kira sama ada gaji anda kecil atau besar, pastikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripadanya di simpan dalam akaun seperti Amanah Saham.
4. “Perlu diingatkan, insurans bukan roket pelaburan, tetapi ia melindungi andai anda kehilangan keupayaan untuk bekerja dan pendapatan tetap. Misalnya apabila mengalami penyakit kritikal dan sebagainya. Di Malaysia, belum ada lagi insurans yang melindungi pelanggan yang kehilangan pendapatan tetap secara sementara,â€
5. “Ada hutang yang baik, tetapi ada hutang yang buruk. Hutang baik yang membawa keuntungan seperti membeli rumah, hartanah atau pelaburan lain termasuk pinjaman untuk melanjutkan pengajian. “
Seronok saya membaca artikel-artikel macam ni. Sebenarnya memang tidak mustahil, tetapi kadang2 kita sering terasa sangat jauh dari dunia kejutawanan.
Soalan Cepu Emas : Bagaimana anda mentafsirkan seseorang itu jutawan ? Wang ada RM1 juta dalam akaun? Atau bagaimana?















Artikel yang menarik… Kadang-kadang geram jugak kalau dapat kereta terpakai asyik duit pergi ke situ je setiap bulan untuk dibaiki. Betul tu?
Mengenai soalan cepu emas. Pemdapat saya kalau dulu tengok ketera wow ni mesti orang kaya… tapi lepas membaca buku. Kita tengok pada aset lah pulak baru jutawan. Bukan apa ramai yang pakai kereta mahal tapi jenuh membayar itu je untuk bergaya.
Kekadang penampilan mengambarkan jutawan. Hakikatnya aset itu sendiri tidak dapat dilihat secara fizikal. Yang nampak bergaya selalunya berkonsep ‘biar papa asal bergaya’. Tapi golongan jutawan ni tahu dimana tempat melabur duit. Jadi menentukan siapa jutawan itu subjektif juga cara menilainya…
Cikgu Maizul > Kene pilih kreta yang elok la ye tak.. Kalau macam saya ni yang takder background mekanik @ kreta2 ni, senang2 je kene tipu ngan used car tu .. susah juga
Suri > Ikut buku yang saya baca, menilai jutawan ni objektif. Boleh dikira dengan mengira aset dan liabilitinya. Kalau liabiliti lebih 50% masih belum jutawan. Ada logiknya …
Saya suka konsep nie
“Ada hutang yang baik, tetapi ada hutang yang buruk. Hutang baik yang membawa keuntungan seperti membeli rumah, hartanah atau pelaburan lain termasuk pinjaman untuk melanjutkan pengajian. â€
Namun kalau berhutang itu berpada padalah
Helmi > Kredit card kadang2 mmg boleh buat kita against the concept
… Its so free to swipe your card kalau tak manage expenses
Pada saya jutawan ni org yang takde hutang, lepas tu saving lebih dari RM1 juta dalam bank. Kereta, rumah dan segala harta tidak berhutang..itulah jutawan pada saya.
JUTAWAN is not Billionaire but Billionaire is JUTAWAN.
For me .. Once u get MONEY but u can’t manage MONEY as well u ‘ll be ask then ” Dari mana KAMU perolehi & Kemana kamu belanjakan harta KAMU..?”.
I think… MONEY is nt everything but good LIFE will generate MONEY. MONEY will not come to you but u have to find out MONEY yourself. MONEY will bcome Million if u see vision as Billionaire. MONEY will generate MONEY when u have right MONEY’s thaught and MONEY’s mindset. Best of LUCK Money Trendsetter.
cerita pasal hartanah ni… saya ada satu peluang pelaburan untuk dikongsi bersama.. modal serendah RM 500 . Pulangan pelaburan adalah setiap 2 tahun sebanyak 40% - 45% . Mengikut pengiraan saya pelaburan amat2 lah berbaloi jika dibandingkan dengan semua pelaburan diluar sana . Keuntungan harian , bulanan dan tahunan juga disediakan . Pulangannya juga pantas . Sokongan virtual office (internet) juga disediakan . Sebarang maklumat lanjut sila hubungi saya 017.3394.293. . Business Consultan Karisma Strategik Land Sdn Bhd .
hem..satu idea kewangan yang baik.sya setuju dgan pendapat saudara bhw kta x boleh membuat pilihan yg kedua2nya adlh sma penting,”ibarat diluah mati emak,ditelan mati bapak”..kalau kta jutawan pun jika tdk bahagia,takda maknanyer…so,jutawan bgi sy adlh jika seseorg itu kaya harta dn kaya dgan kebahagiaan..
it’s an excellent step by step guide on how to make money online,and the best part is…
you can download a free copy here:
http://imsuccessformula.com/?rid=8339