Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/irwany3m/public_html/wp-settings.php on line 18
Usahawan, Perniagaan, Kembara & Inspirasi » Pengalaman Berniaga Ramadhan + SOHO Baru

Pengalaman Berniaga Ramadhan + SOHO Baru

13 09 2007

Salam Ramadhan,

Pertama sekali, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, saya ingin menyusun jari yang sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua sama ada pelanggan ebook, alumni seminar, peserta bengkel mahu pun pembaca blog ini diatas kesalahan tingkah laku dan tutur kata yang tidak menyenangkan. Semoha kita dapat menjalani ibadah puasa dan semoga diterima amal kita. Insyallah.

Saya akan bercuti (sebab takde internet) …

Sebenarnya saya benar2 sibuk dengan hal-hal peribadi dalam masa 3 hari sebelum puasa ini. Nak tahu kenapa ?

Saya telah berpindah ke SOHO yang baru!

Excited sungguh. Saya dah pindahkan mesin fotostate, fax, komputer multimedia dan juga fail-fail penting. Opsss.. Ada yang tertinggal.. Saya masih belum pindahkan line Streamyx dan belum pun apply telefon line. Tak berkesempatan kerana banyak betul urusan yang tidak selesai dalam minggu ini (tulis blog pun dah hari Khamis!). Sementara menunggu Streamyx dan telefon masuk, terpaksa la saya ke office juga beberapa hari untuk capaian internet.

Tak kisah lah! Kerana cita-cita saya untuk mempunyai SOHO yang mempunyai kelengkapan telah tercapai!

Agak menyimpang pula catatan saya hari ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman yang akan sentiasa saya ingat apabila Ramadhan menjelang tiba.

Pengalaman berniaga di bulan Ramadhan…

Bukan.. bukan.. Saya bukan jual roti john, atau sebarang juadah berbuka, jauh sekali ABC atau cendol. Saya bukan jual di bazaar atau pasar Ramadhan.

Tapi saya jual baju Melayu kanak-kanak untuk lelaki dan perempuan. Untuk lebih spesifik, di Jalan Masjid India, berhadapan dengan Syarikat Peerbhai!

Tiap kali Ramadhan, saya pasti teringat kisah jual baju ni. Ketika tu masih berkereta Kancil berwarna merah, teringatlah mcam mana susahnya tiap kali punggah baju2 tu dalam kereta yang kemetot tu. Teringat lagi masa itu baru buka stall 30 minit tiba2 hujan ribut melandaa… Masih teringat lagi betapa bestnye jual baju kat kanak2 yang tersenyum selepas beli baju baru… Teringat lagi saat mengira-ngira duit jualan lepas stall tutup di malam hari… Masih ingat lagi bertekak dengan peniaga haram Indonesia yang selamber badak bukak kedai tengah jalan (dan DBKL buat bodo je) dan kacau business orang yang ada lesen…

Hai… hai.. hampir sebulan pengalaman menjual baju kanak-kanak memang best!

Pengalaman yang membezakan antara usahawan asli dan usahawan ikutan!

Tak semua manis… Saya teringat ayat lazer dari mak bapak budak yang marah2 sebab saiz seluar ngan baju anak mereka tak padan.. teringat jugapada ketika terasa betul letihnya sebab sesen pun duit tak masuk sebab sehelai baju pun tak terjual… masih teringat, betapa tebalnya muka sebab tatau tentang fesyen sedangkan menjual pakaian!

Tentunya anda juga mempunyai pengalaman yang menyeronokkan ketika Ramadhan. Saya nak tau juga apa pengalaman yang paling seronok ketika anda berniaga Ramadhan…


Actions

Informations

12 responses to “Pengalaman Berniaga Ramadhan + SOHO Baru”

14 09 2007
N (11:47:29) :

Fuh, nyaris2 ingat hang nak main2 berniaga baju bulan ni… kan expert… bukan pernah berniaga makan sekali ke?

Dulu2 tu, pasar-pasar malam dan pasar pagi tu biasa sangat la. Masa tu baru sekolah rendah, memang la seronok tolong mak bapak, sebab tak tahu sangat untung rugi. Janji makan best dekat gerai-gerai berdekatan. Tahun lepas, saja nak main2 berniaga jual-beli runcit. Cukup kot sebulan berpesta. Ternyata kerja di SOHO walaupun tak perlu berpenat lelah lebih menguntungkan sebenarnya.

Kita kena exchange/share gambar SOHO nanti. Nak kena upgrade sikit as well masa bulan posa sebelum raya ni.

My Pajamanation colleague di UK ada kumpul gambar-gambar orang putih dengan SOHO depa, ie. di http://www.flickr.com/groups/pajamanation/pool/ Ada baiknya kita pun buat koleksi gambar-gambar SOHO orang Asia… Malaysia kan boleh… ;)

14 09 2007
Maizul (16:01:52) :

Menarik pengalaman tu. Mesti tiba sahaja bulan ramadhan pasti teringat. En. Irwan Dahnil dah berpindah ke rumah baru rupanya. tahniah. Selamat berpuasa.

14 09 2007
Galadriel (19:40:11) :

Selamat berpuasa Irwan!

Semoga dimurahkan rezeki sentiasa dan cepat dapat internet balik.

Wah, tak sangka you pernah berniaga di area Jalan Masjid India dulu. Respectlah dengan awak!

Tahniah on your new SOHO dan kongsi-kongsilah gambo dengan kami semua.

Galadriel.

14 09 2007
mazlie (23:47:12) :

Salam…pertama kali anta post kt blog ni…..bercakap psl niaga bulan ramadhan, saya dulu pun penah niaga pd bulan yng mulia ni..masa tu masih lg blaja kt kolej kt kl, niaga kt kampung, saya niaga jual brg2 runcit,brg keperluanla lbh kurg..mmg betul dugaan niaga ni mmg byk…perangai pelanggan jgn cakpla, dah bg diskaun, nk diskaun lg, alasan, “makcik kenal ayah awk”..heheheh…nk xnk, terpaksala bg gak diskaun wpun dpt modal je…tp ingt lg pesan org tua, nk lg murah rezeki, jgn kedekut, dan itulah yg diamalkan oleh boss saya masa tu…hidupnye hanya dengan niaga…dan anak2 nya pun sume niaga…dan ade yg dh bjaya…2 minggu b4 raya, kami niaga kuih2 raya lak…lagila, penatnye jgn dickpla…tp puas hati kalo tgk jualan kita laris…2 lori bwk, 2 lorila hasbis b4 raya….alhamdulilah….tula serba skit penglaman niaga bulan pose….maaf kalo melalut, sbb x reti sgt menulis…

15 09 2007
irwan.dahnil (08:51:45) :

N > Nanti ‘tangkap’ gamba cun-cun , saya poskan nanti kat blog :)

Cikgu Maizul > Selamat Berpuasa juga

Galadriel > Masih teringat SMS puasa yang paling IT of the year!

Mazlie > Kuih raya memang penat, tapi memang berbaloi kalau kene dengan strategi..

15 09 2007
Suri (20:04:01) :

Memang seronok berniaga di bulan posa, tapi bila dah ujung-ujung bulan posa tue buisness start turun sebab dah ramai balik kampung. Kepada pembeli2 pulak bukannyer time nie nak membocorkan poket anda, sepatutnyer lebih berjimat…macam terbalik pulak sekarang nie… :)

16 09 2007
irwan.dahnil (01:27:04) :

Suri > Betul.. betul… masih ingat lagi.. kalau dah minggu terakhir puasa tu, barang2 jual lelong je kasi habis stok.. dari simpan, baik let-go je barang2 tu.. :) kalau orang KL, last minute shopping utk dapat best bargain. Kalau tak caya, jalan2 la kat Jln TAR ketika malam raya.. kuih raya 5 kotak RM10!

16 09 2007
Jiwa Mantap, Minda Hebat, Hasil Cemerlang…. » Seminar Percuma Untuk Anda.. (16:02:11) :

[...] Sekiranya anda masih lagi ingat, saya pernah mengatakan bahawa saya akan melakukan satu perniagaan yang juga memberikan manfaat kepada anda. Ya, satu berita baik untuk anda.kini masanya telah tiba untuk saya mengumumkannya.. Kami akan menaja anda untuk menghadiri seminar perniagaan internet yang dianjurkan oleh saifulsham dan satu lagi pilihan seminar untuk anda iaitu seminar perniagaan sms iaitu sms yang dianjurkan oleh saudara Irwan Dahnil. [...]

18 09 2007
Helmi Hakim (10:00:44) :

Wow… Hard core entrepreneurs like you, make me proud of being in the Malay community…

Strive hard and prepare for the quantum leapt…. May we all be more successful, in the month of Ramadan. Insyallah :)

18 09 2007
irwan.dahnil (20:22:10) :

Helmi > Life is about survival..

28 10 2007
sal (22:20:40) :

A’kum.hai saya berminat dengan perniagaan pakaian kanak-kanak.sekarang saya involved dengan berbagai bidang perniagaan seperti travel & tours,kiosk mobile ,ladies tailoring &cataloque handbags .saya rasa pakaian yang belambak dipasaran sekarang banyak focus kepada dewasa tetapi untuk kanak-kanak amat sedikit .yang cantik dan berkualiti pun mahal sangat.
sesiapa yang ingin berkongsi idea boleh email saya.>salhijrah@yahoo.com.

28 07 2008
+fnajiha (14:23:09) :

thanks for sharig this useful blog! me and my husband are organising a seminar on the topic “My SOHO”. if you are interested, do visit our website for more info at : http://multimediaconcept.biz/mysoho/index.htm

thank you!

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>