Lagi Cerita Ramadhan + Pengaruhi Emosi Pelanggan

17 09 2007

Salam Ramadhan,

Semalam saya sempat (untuk pertama kalinya Ramadhan ini) singgah ke pasar Ramadhan di Puchong. Memandangkan, saya hanya pergi berseorangan, saya tidak risau sangat tentang terlebih beli atau membeli makanan yang berlebihan. Sebelum pegi, memang saya dah setkan difikiran saya,

“Beli ala kadar je dah la, aku sorang je yang nak makan. Bulan Ramadhan kan bulan untuk berjimat cermat, dan makan jangan membazir”. Jadi saya teruskan ‘membeli belah.

Jadi, dalam masa 20 minit jalan di pasar Ramadhan, keputusan ’shopping cart’ saya :

1. Nasi Kerabu @ RM4
2. Air Soya Panas @ RM1
3. Tau Foo Fah @ RM1
4. Roti Jala @ RM2
5. Kuih Puteri Mandi @ RM1
6. Ayam Percik @ RM3.50
Jumlah Perbelanjaan @ RM12.50 !!

Hihihi… Sedar-sedar bila saya menghala ke kereta untuk pulang ke rumah, saya dah menjinjit begitu banyak makanan. Dan makanan tersebut hanya untuk saya seorang !!! (saya masih slim, berat belum naik mendadak lagi :) )

Sepanjang memandu balik ke rumah, saya sedar bahawa saya telah dipengaruhi oleh faktor-faktor emosi ketika membeli. Di mana silap saya? Saya telah setkan difikiran sebelum membeli belah bahawa saya akan mengawal perbelanjaan untuk ala - kadar sahaja. Tetapi tidak terjadi seperti itu. Mengapa ?

Saya sedar bahawa emosi saya ketika membeli telah berjaya dipengaruhi oleh peniaga :

1. Dah lamanya tak makan ayam percik ni

Saya sendiri tahu, bahawa saya ni bukannya seorang yang selalu jalan2 di pasar malam @ pasar Ramadhan. Selalunya saya minta adik saya yang belikan. Bila sekali sekala pegi, saya sendiri terliur tengok ayam percik yang dibakar licin berkilat, dan seolah-olah bersalut madu! Maka saya tewas!

Pengajaran Emosi #1 : Cara persembahan, packaging dan pembungkusan produk oleh peniaga berjaya membuatkan pelanggan rasa kecur, dan berselera. Utamakan presentation!

2. Ni baru first time datang pasar Ramadhan

Pertama kali tu selalunya memang rasa excited bila datang ke sesuatu tempat. Lebih-lebih lagi pasar Ramadhan tersebut panjang, banyak stall, ramai peniaga dan banyak pilihan menjadikan. Ini menjadikan saya rasa ingin membawa pulang sesuatu yang istimewa dari kunjungan pertama kali.

Pengajaran Emosi #2 : Pandangan pertama (1st impression ) sangat penting. Sebagai peniaga, tampilkan keistimewaan kerana ini akan mempengaruhi keputusan pelanggan anda.

3. Sekali sekala apa salahnya

Saya tidak rasa, saya pengunjung kerap pasar Ramadhan. Sekali-sekala datang, mengapa tidak beli je apa yang saya suka @ teringin kan?

Pengajaran Emosi #3 : Pelanggan akan terasa ‘Tidak Apa’ kalau hanya sekali sekala. Masa ni, pelanggan memang cukup pemurah!

4. Ala.. Seringggit je, tak mahal.. bayar je

Saya rasa harga kebanyakan makanan di pasar Ramadhan adalah berpatutan, tidak terlalu mahal. Lagi pun kalau hanya seringgit, apalah sangat di zaman ini. Ibarat kata, “wang celah gigi”

Pengajaran Emosi #4 : Cuba tengok, berapa item yang berharga RM1. Lebih murah, saya terbeli banyak. Barangan yang dipekkan dalam saiz yang lebih kecil, ditawarkan dengan harga yang rendah, menjadikan pelanggan rasa tidak berkita untuk mencuba.

Saya akui, saya telah ditewaskan oleh emosi ketika membeli. Pernah tak anda rasa anda rasa ‘terpedaya’ dengan emosi anda ketika membeli ? Saya rasa hampir semua dari anda… Apa kata anda ?

p/s : Itu lah kadang-kadang sebabnya saya tak pergi shopping… Lain yang nak dibeli, lain pula yang terbeli! Kawal perbelanjaan anda!


Actions

Informations

16 responses to “Lagi Cerita Ramadhan + Pengaruhi Emosi Pelanggan”

19 09 2007
zaizen (08:31:58) :

Itu la..susah nak kawal nafsu terutamanya bab makan.. :D . kalau kta dah biasa berbelanja byk utk makan..susah kalau kita mengejut nak kurangkan belanja.hehe.

kene buat to do list ni ape yg patut di beli :D

19 09 2007
Helmi Hakim (10:41:08) :

Memang tak dapat dinafikan, setiap perbuatan kita mengikut kehendak emosi.
The key point here is that we have to control our emotions instead of letting it control us :)

19 09 2007
Maizul (15:56:56) :

En. Irwan Dahnil biasalah tu… bila dah lapar macam-macam nak beli. Itu nak lah ini pun nak jugak bila dah makan dah tak larat nak habiskan.

19 09 2007
Perniagaan Internet Tips Rahsia Buat Duit Internet » Archive » Suratan Atau Kebetulan? (22:46:45) :

[…] p/p/s: Nampaknya, kalau ikut gaya Irwan Dahnil shopping sakan kelmarin di Pasar Ramadhan, ada gang lah saya Raya ni untuk kuruskan badan! Bacaan Lanjut:Share This […]

20 09 2007
sham (00:43:16) :

Ok ape rm12 lebih..semalam pun 1st time ke pasar ramadhan… Saya abis rm30 lebih..huhuhu…teruk betul..:P

Ayam golek sekor -rm14
Roti john - Rm3
Ikan pari - rm6
Air Lai Ci Kung Panas -rm1.5 x2 (rm3)
Murtabak - rm4

abis la rm30 lebih sehari.. Tak sedar pokej dah kecut..:p

20 09 2007
shueqry (01:25:33) :

satu lagi bro Irwan,

makanan time bazar Ramadhan ni tak selalu dapat time hari biasa, selalunya ada dalam masa bulan Ramadhan saja .. tu yang membuat emosi pembeli memuncak, kekadang ‘fear of loss’ pun ada gak..

Petang kemarin dalam kepala saya plan nak beli mee goreng saja, ntah cemana terbeli murtabak jawa (RM1), kuih kek batik (RM1), air bandung (RM2) dan ayam masak merah (RM4) ! Campur semuanya dah lebih bajet.

Insya allah melalui tips dari blog ini saya akan gunakan utk kawal belanja time Ramadhan ni.

Thanks for sharing :)

- Shueqry -

20 09 2007
emzek (01:33:05) :

hehe.. biase la tu.. tp lain pula dengan saya.. sy ni kalau byk sgt choice jadi tatau nak beli yang mane satu. kekadang tu balik dengan tangan kosong, hanya makan ape yang ade kat rumah je..

20 09 2007
titan (10:07:13) :

Biasala tu. Masa jadi student dulu. Macam-macam mau. Nasi baikla ramadan sebulan aje. Kalau 2,3 bulan..berlubang poket seluar. Ni bukan nafsu sebab syaitan lagi ni. Ni memang nafsu makan ni..

20 09 2007
Suri (21:40:55) :

Memang kuat daya tarikan di Pasar Ramadhan nie, tapi cara saya mengatasinya adalah dengan “TIDAK PERGI LANGSUNG”. Saya beli barang keperluan dapur macam biasa cuma akan menambah menu kuih muih untuk berbuka. Tapi bila jejak je ke Pasar Ramadhan tu….. anda tau kesudahannya….Purse pun macam slim sikit…kalaulah badan boleh slim macam purse tue….

21 09 2007
Azahari (08:48:01) :

Sedikit tips dari Dr Fadzilah Kamsah (yg saya ingat) kata kalau nak shopping perlu

-shopping masa kenyang biasanya masa kenyang banyak benda kita tak nak
-jangan bawak bakul @ trolley sebab tabiat manusia suka penuhkan…kalau boleh bawak pakai tangan dan kita sendiri terasa banyaknya barang yang kita beli.
-beli ikut list..kalau takde dalam list jangan beli..itu biasanya kehendak dan bukannya keperluan.. kalau perlu beli juga, letak barang tu dalam list akan datang

21 09 2007
sham (10:31:03) :

Style warren buffet plak..hohoho

22 09 2007
irwan.dahnil (02:06:57) :

zaizen > rasa2nya itulah hikmah ramadhan. Mana2 yang terlebih kita kurangkan. Jangan yang kurang jadi terlebih pulak

Helmi > Kene sentiasa beringat !

Maizul > heheh.. biasanya dah beli banyak2, dan abis makan semuanya :) Yang tak laratnye nanti nak solat terawih :) )

sham > RM30 ?? Banyak tu… Bila pula perut nak kecut ya ?! :)

shueqry > Setuju sangat sebab kadang2 makanan bulan puasa ni memang eksklusif dan tak dapat pada hari2 biasa

Suri > Macam mana kalau Suri tukar menjadi slim dan purse tu pula jadi kembung ? Cabaran untuk Suri..

22 09 2007
irwan.dahnil (02:09:26) :

titan > masa student memang perlukan lebih karbohidrat dan lemak untuk dicernakan ketika belajar.. nafsu makan pun lebih disitu :)

22 09 2007
Intan Syafeera (09:34:22) :

2 Things…

i. Dont buy brand/good looking thing but buy thing that u comfortable with.
ii. Dont forget rule no i.

::Syafeera::

22 09 2007
irwan.dahnil (20:26:54) :

Intan > Agreed!

23 09 2007
Temubual TV (RTM1) untuk “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” | Internet MLM | Rahsia Sistem Merekrut MLM (21:39:36) :

[…] dari kiri: Osman Affan, Irwan Dahnil dan Zamri Nanyan […]

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>