Pakai Tie Boleh, Pakai T-shirt Pun Boleh ?
5 11 2007Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Minggu lepas tidak berkesempatan untuk kemaskinikan blog ini. Sebenarnya saya dalam ‘kesusahan’ ketika ini. Ketika ini, rumah saya 200 meter terkeluar dari kawasan lingkungan perkhidmatan Streamyx, Celcom & Maxis Broadband pula tiada coverage. Jadi saya hanya bergantung kepada GPRS telefon bimbit saya atau talian ‘dail-up’ seperti kura-kura… Walaupun office cuma 5 minit dari rumah, tetapi saya lagi gemar buat kerja di rumah kerana saya dapati saya tidak ‘diganggu’ dengan urusan rasmi yang lain ….
Nak tak nak, kene juga pegi office, atau bertahan dengan perkhidmatan mana yang ada…
Pernahkah anda menghadiri temuduga ? Sekiranya pernah, apakah yang anda utamakan terlebih dahulu? Adakah penampilan anda, atau keupayaan anda untuk menjawab soalan temuduga ?
Saya teringat ketika mula-mula saya ditemuduga untuk jawatan sebagai engineer di sebuah bank 9 tahun yang lalu. Ketika menunggu giliran saya untuk ditemuduga, saya sempat bertanya mamat sebelah saya (ada 4 orang yang ditemuramah,3 lelaki sorang wanita), “Saudara ni datang interview jawatan apa ?”. ” Network Engineer”, jawab mamat tu.. jawatan yang sama yang saya pohon…
Tetapi apa yang buat saya bertanya (dah tekejut sikit) tengok pakaian dia macam ’selekeh’ je, pakai t-shirt, jeans dan kasut sniker je sedangkan saya ketika itu dah siap berpakai tie (cuma tak pakai kot je) dan kasut yang polish berkilat!
Saya jadi konfius… Boleh ke kita berpakaian macam tu ? Pada hakikatnya jawatan engineer tu memang la tak de pakai kemas2 sangat, tapi adakah jeans dan t-shirt boleh diterima ?
Di dalam seminar perniagaan seperti internet dan SMS, sekarang konsep kerja dari rumah di war-warkan dan mula diterima. Takkan pakai kot dan tie juga dirumah ye tak?
Anyway, itu pandangan saya dahulu. Sekarang saya sudah sedar bahawa imej yang dibawa oleh seseorang itu lebih penting dari apa yang dipakainya. Tetapi apa yang dipakai akan mewakili imej seseorang. Jadi ia berkait!
Imej dicipta dengan pelbagai ramuan seperti penampilan fizikal, pakaian, suara, tingkah laku, cara kita mengutarakan pandangan dan bagaimana kita bersosialisasi. Berpakaianlah mengikut imej yang kita mahu, dan bukan mengikut imej2 orang lain..
Hakikatnya sekarang, sama ada ada berkemeja, atau t-shirt,jeans atau bertali leher, tidak salah. Kuncinya perlu sesuai dengan imej yang kita bawa dalam sesuatu masa.
So tidak hairan, mengapa Azizi Ali berpakaian kot dan tie, manakala Irfan Khairi memilih untuk berpakaian simple dan kemas. Sedar atau tidak, apa pun yang lekat dibadan mereka, imej mereka tetapi tidak tercalar!
Kuiz Untuk Anda : Apakah imej yang anda ingin tampilkan dalam perniagaan anda? Santai atau serius ? Apakah pakaian anda sesuai dengan imej yang anda ingin bawakan ?
p/s : Saya sedang mencari imej yang tepat. Boleh kah anda bantu saya? Anda pasti dah tahu Akademisms.com dah bertukar imej @ baju baru. Apa pendapat anda? Sesuai tak imej tu dengan saya rasanya ? ![]()
















Hi semua.
kali ni, isu yang diutarakan Sifu amat menarik! mengapa? secara tak sedar, hal ini menjadi isu kepada semua orang, cuma tidak diketengahkan (tidak banyak) untuk dijadikan bahan pengumpulan dan perkongsian ide.
walau pun saya tak pernah ditemuduga, namun saya yakin semua orang akan hadapinya. (kerja sendiri, pasti la tak ada temuduga! )
begini, pertama kita kena tahu samada penampilan kita itu untuk tujuan apa. jika untuk proses temuduga (untuk bekerja dengan orang), maka kita wajib kena tahu dan mengikut protokolnya. pandangan pertama bagi si peng’interview’ amatlah penting. tiada pilihan lain di sini.
jika kita bekerja sendiri pula (walau tiada temuduga), kita perlulah memahami konsep ‘perniagaan manusia’. mengapa Azam? kerana pasaran kita adalah manusia. pertama, mereka akan melihat kita, bukan apa yang kita mahu ketengahkan (samada produk, perkhidmatan, peluang, atau apa-apa yang berkaitan). maka penampilan amat, amatlah utama! again, tiada pilihan di sini.
tapi, dunia ini pasti ada yang indahnya. kita tak perlu ini semua apabila aktiviti kita itu di depan komputer! (perlu diklasifikasikan hal ini hanya untuk di rumah) ikut suka kita! malah, saya sendiri selesa memakai t-shirt dan kain pelekat (saya amat selesa dengannya). nikmat ini hanya bagi usahawan-usahawan internet! (tapi jangan pula, postkan gambar kita sedang melayari internet dengan keadaaan sebegitu di website kita, ya tak)
pokoknya, kita dahulu kena puas dengan apa saja kita lakukan. jangan pura-pura pada diri! (kesian, bukan orang lain, diri kita sendiri - sayangilah diri kita sendiri - ) seterusnya, penampilan kita itu tidak keterlaluan. iaitu, kena pada tempatnya. macamana nak tahu? banyakkan bertanya, timba ilmu dan pengalaman. hukum mencari, pasti jumpa. pasti!
Sifu, cadangan saya, Sifu kekalkan imej tersendiri Sifu ni. pada saya, amat unik dan kena sekali!
p/s: Sifu, macamana boleh saya layari laman eksklusif dalam website ni.
= AzamWahid@yahoo.com =
Satu persoalan yang menarik. Saya bersetuju dengan pandangan Azam. Namun kalau kerja bermajikan dan urusan memberikan perkhidmatan yang memerlukan penampilan i.e penyambut hotel kena ikut selesa mata orang yang memandang. Namun kalau membuat penampilan dalam keadaan bukan perkara rasmi yang melibatkan VIP penampilan “smart casual” lebih sesuai.
VIP yang saya maksudkan di atas bukanlah orang-orang kenamaan, namun orang yang mempunyai kepentingan kepada apa yang akan kita sampaikan. Penampilan yang selesa boleh membentuk “bonding” dan menarik kepercayaan orang (Added value). Namun terlalu formal juga akan membuatkan orang lain merasakan jurang. Biar sesuatu itu nampak sederhana namun “nilai mata” seseorang masih pada “sikap” dan “apa yang anda sampaikan” ..Saya rasa penampilan En. Irwan sudah cukup baik, namun saya belum berkesempatan melihat cara En. irwan berceramah cuma menilai dari cara penulisan di dalam blog ini.
Setuju dengan Azam.. Orang selalu kata, ‘Dont judge a book by its cover’, dont judge people by its cover, but people always do…
Suri > insyallah, saya sedang edit video sesi seminar Wealth Summit minggu lalu di blog… dalam pembikinan.. Nanti boleh lah tengok cara saya berceramah ya lepas ni
En Irwan, mungkin ada imej tertentu sebagai JUARA dalam bidang perniagaan SMS. TQ.